BAB 3

Romance Completed 6996

Sudah seminggu berlalu, namun number yang diminta masih lagi belum di hubungi, aku merasa segan dan malu untuk menelefon, kerana kami tidak pernah bercakap melalui telefon. Aku berasa bingung dan hairan dengan keadaan ku yang sebegini. Kenapa diri ini menjadi gementar untuk menelefon aisyah.

“kalau aku tak telefon, macam mana aku nak kenal aisyah?”. Kata suara hati ku yang merayu-rayu supaya membuat panggilan.

Jari-jari ku mula memetik punat yang berada di telefon bimbit ku, perasaan gemuruh mula mendatangi dan menyelubungi fikiranku.

“tut tut…tut tut..”.

“Assalamulaikum. Boleh saya bercakap dengan aisyah”.

“waalaikum salam, ya, ni aisyah yang bercakap ni, siapa ni?”.

“ni wan”. Jawab aku dengan suara sedikit gagap.

“oh wan, kenapa wan baru telefon?.

“hahaha,wan sebenarnya segan nak telefon aisyah, mana la tahu aisyah tak jawab panggilan wan”. Gementer ku mula lenyap setibanya aisyah menerima panggilan ku dengan baik.

Walaupun kami mula berhubung melalui telefon namun kami tetap menggunakan yahoo messegger sebagai penghubunng kerana di situlah bermula cinta kami. Hidup ku makin ceria dan sentiasa gembira selalu. Sesekali aku menulis puisi dan menghantarnya kepada aisyah. Begitu juga sebaliknya, aisyah akan membalas dengan bait-bait cinta indah kepada ku.

Cinta yang datang bagaikan bulan

Menjadi teman dimalam hari

Bintang dilangit ku jadikan pedoman

Agar cinta kita tetap bersemi

Cinta kita tidak pernah berkata-kata

serta tidak pula mempunyai suara

hanya pena menjadi tukang kata

penghibur tika duka dan lara

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience