BAB 1

Romance Completed 6997

Hari ni genap dua tahun pengenalan ku dengan seorang puteri bernama Aisyah. Pengenalan kami bermula dengan tulisan, melalui tulisan aku dan dia bercinta, melalui tulisan aku peroleh semangat darinya.

Aisyah ku anggap seperti puteri khayalan dalam hidupku. Tidak pernah ku bersua-muka dengannya walaupun sekali.

Namun, kata-kata yang sering ditulisnya membuktikan kepadaku bahawa aisyah adalah seorang wanita yang baik budi perkertinya. Bahasanya yang indah menyebabkan aku tertarik padanya.

“Kawan Wan tu nama apa?, kalau boleh ibu nak berkenalan lah dengan dia”.

“Nama dia aisyah”.

“Dia orang kelantan jugak bu, keluarga dia tinggal dekat tanah merah”.

“Oo..orang kelantan, bila Wan nak bawa Aisyah datang ke rumah kita”.

Aku hanya tersenyum setibanya soalan itu ditanya ibu kesayanganku. Aku sendiri tidak pernah bersua muka dengan Aisyah, bagaimana untuk aku ingin mengundangnya ke teratak ibuku ini. Umurku semakin lama semakin meningkat, begitu juga aisyah. Rasa dihati ingin menjadikan Aisyah sebagai teman hidup ku, sehidup semati.

Sejurus pertanyaan yang diwar-warkan ibuku petang tadi, fikiranku mula memikirkan cara lain untuk berhubung dengan puteri khayalanku. Terdetik di hati aku ini untuk meminta number telefonnya.

“Aku mesti beranikan diri untuk meminta number telefon aisyah”.suara hatiku mula berbicara.

Melalui yahoo messenger aku mem “buzz” Aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience