BAB 4

Romance Completed 6997

Makin lama makin sayang, walaupun sudah 4 bulan kami berhubung melalui telefon namun baru hari ini terdetik di hati ku untuk bertemu dengan puteri khayalan ku. Aku membuat permohonan kepada aisyah untuk bertemu dengannya. Aisyah meletakkan beberapa syarat kepada ku jika ingin bertemu dengannya.

“Pertama, kalau wan nak jumpa aisyah boleh, tapi kena la datang rumah aisyah”.

“Kedua, wan kena berkenalan dengan ibu dan ayah aisyah”.

“Ketiga, Wan kena makan malam dengan keluarga aisyah”.

“wan setuju, Insyallah, wan akan jumpa malam jumaat ni”.kata ku kepada aisyah.

Aku sememangnya ingin berjumpa dengan keluarga aisyah lebih mengenali aisyah. Sesekali bermain di minda ku menanyakan siapakah aisyah sebenarnya. Bagaimana latar belakang keluarganya, adakah dia orang dari golongan hartawan atau sebaliknya. Jika aisyah berkuturan hartawan mungkin aku dan dia tidak sekupu, namun pemikiran kuno ku tidak tolak mentah-mentah oleh jiwa sanubari ku. Sekarang ini bukan lagi zaman dua darjat, zaman sekarang orang lebih mendahuluikan agama dari segala-galanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience