"SOFEA"panggil atuknya itu..."yaa atuk , kejap Sofea turun bawah"kata Sofea "haa baik mai makan sekali"ajak atuk nya..Sofea turun ke bawah dan melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan itu.."hm Sofea can i ask you something?"kata atuknya.."Yes atuk"jawab Sofea.."kawan Sofea yang kita jumpa kat restoran mamak haritu Sofea dah lama berkawan ke?"tanya atuk nya.."ohh Hairul tu lama atuk dalam 5 tahun lepas dia masuk tentera kami jarang berjumpa pastu ada lah masalah sikit , then Sofea menghilangkan diri sampai sekarang baru jumpa dia tu"kata Sofea panjang lebar.."then dia dengan Sofea dah tak ada apa apa la sekarang?"tanya atuk nya lagi.."hm macam tulah , tapi Sofea takkan lepaskan dia , Sofea masih sayangkan dia , Sofea takkan mengalah untuk pikat hati dia , Sofea yakin yang dia masih sayangkan Sofea.. Mana mana perempuan pun tak boleh dekat dengan dia...Sofea sanggup buat apa jaaa untuk dapatkan dia....It's mine!!"kata Sofea sambil menyuapkan mee goreng ke dalam mulut.."good.. macam tulah cucu atuk"kata atuknya sambil mengusap usap kepala Sofea..."Yes Dato Rahman Sofea kan cucu yang bagus"gelak mereka berdua...
"aku terima nikahnya Keysha binti Kamal dengan mas kahwinnya Rm5000 tunai"dengan sekali lafaz Khairil dan Keysha bergelar suami isteri..Selepas menjamu selera , mereka mengambil gambar dengan pasangan pengantin baru itu..."congratulation bro , semoga kau bahagia hingga ke Jannah , Amin"kata Eddie kepada Khairil.."thank you bro"jawab Khairil pula.."haa keysha cepat cepat dapat baby tau"kata Ika kepada keysha dan mereka tersenyum saja.."dah dah jom bergambar"kata Rizqi.."ayang mai sini , tangkap gambar sekali , kerja makan jaa"kata Rizqi yang melihat Hanisha sedang makan itu..."eish apalah sayang ni , kejap lah"kata Hanisha , mereka semua hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua itu.."jom bat kita pi ambil gambar"kata Hanisha dan menarik tangan Batrisyia..Ika dan ecahh sudah lama di pelamin itu.."ehh mana Hairul?"tanya Shahrul yang sedar akan ketiadaan Hairul.."tadi dia ada dekat depan sana"kata Rizqi pula "haa tu dia , panjang umur"kata Eddie..."sorry sorry tadi aku jawab call"kata Hairul.."haa mai mai tangkap gambar"kata Rizqi.. Hairul berjalan ke pelamin , tanpa disedari dia berdiri di tepi Batrisyia ketika mengambil gambar.. Kemudian Batrisyia baru perasan yang Hairul disebelahnya.. Batrisyia melihat muka Hairul dan begitu juga Hairul.. Hairul baru tersedar yang dia disebelah Batrisyia...Mereka bertentang mata..KLIK kedengaran bunyi kamera telah mengambil gambar mereka.."cehh bertentangan mata lah pulak"kata Hanisha..mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah lain..
Mereka kembali ke meja semula setelah siap bergambar.."rul kau tak nak minta maaf ke dekat bat , kau tak rasa bersalah ke?"tanya Rizqi.. Hairul hanya memandang muka Rizqi dan memandang ke arah Batrisyia yang duduk di meja tidak jauh dari mereka..
"sayang jom kita tangkap gambar berdua dekat pelamin tu"ajak Hanisha.."yelah tak sabar sabar nk kawin la tu"gelak Rizqi dan yang lain , Hanisha hanya memuncungkan bibirnya.. Hairul melihat Batrisyia duduk berseorangan di meja.. Ecah , ika , Shahrul dan Eddie sedang bersembang dengan pengantin kita itu.. Tinggallah Batrisyia di meja sedang bermain telefon..
HAIRUL melangkah pergi ke Batrisyia dan duduk di tepi Batrisyia.."ehh buat apa kat sini?"tanya Batrisyia.."hm aku nak minta maaf dekat kau , aku selalu sakitkan hati kau"kata Hairul , matanya tidak beralih memandang ke arah Batrisyia.."hm aku tak ambil hati pun"jawab Batrisyia sambil bermain telefonnya.."jadi kau maafkan aku?"kata Hairul dan mengambil telefon Batrisyia.."ehh.. hm yaa"jawab Batrisyia dan mengambil semula telefonnya dari Hairul.."kalau macam tu , kita boleh jadi kawan?"kata Hairul pula.."okayy boleh"jawab Batrisyia.."ok Thank you"kata Hairul dan tersenyum..Mereka berbual dengan rancak sekali..
"ecahh , Ika tengok tu.. dah berbaik la tu"kata Hanisha.."cehh bagus laa macam tu"kata Ika..Rizqi hanya tersenyum saja..
"Khairil kami balik dulu.. Congrats again bro"kata Rizqi Sambil bersalaman dan memeluk Khairil.."Thank you semua sudi datang majlis aku ni, nanti ada masa kita lepak yaa"kata Khairil..Mereka semua bersalam Salaman dan mereka menuju ke kereta masing-masing..
"rul kau tidur mana malam ni?"tanya Rizqi.."aku tidur dekat rumah aku je lah kesian pula mak cik aku duduk sorang-sorang.."kata Hairul.."okayy hati hati drive"kata Rizqi pula..Sebelum Hairul pulang ke rumah , Hairul berlari ke arah kereta Hanisha dan mendapatkan Batrisyia...TOK TOK.. Hairul mengetuk cermin kereta di sebelah tempat duduk pemandu.. Batrisyia keluar dari kereta.."haa kenapa ni?"tanya Batrisyia.."aku nak nombor telefon kau boleh?"kata Hairul tanpa segan silu.."emm ok"jawab Batrisyia pendek dan memberikan nombornya."ok thank you nanti malam aku call kau , ok bye"kata Hairul dan berlalu pergi ke keretanya..
Sampai di rumah Hanisha dan yang lain merebahkan badan mereka di sofa dan menonton televisyen.."bat , Hairul tadi cakap apa?"tanya Aishah.."ohh dia minta nombor aku jaa tak dak apa apa pun"kata Batrisyia.."cehh , kau dengan dia dah berbaik ke?"tanya Hanisha pula.."hm macam tu lah nisha Oii"jawab Batrisyia dan bangun dari duduknya dan naik ke atas..Selepas Batrisyia selesai mandi dia mendengar telefonnya berdering.."sapa pulak call aku ni"kata Batrisyia apabila melihat nombor yang tidak dikenali..."hello Assalamualaikum"kata seorang lelaki itu.."Waalaikumsalam sapa ni?"tanya Batrisyia.."takkan tak kenal dah suara macho ni , kawan baru kau lah"kata lelaki itu sambil ketawa kecil.."ohh Hairul..ada apa call aku ni?"kata Batrisyia.."aku sebenarnya nak ajak kau keluar , kau nak tak?"tanya Hairul.."nak pergi mana?"tanya Batrisyia pula.."teman aku shopping"kata Hairul.."hmm yelah pukul berapa kau nak pergi?"kata Batrisyia..."pukul 8 , nanti aku datang ambil kau okay"kata Hairul dan menutup panggilan itu..
"Awal lagi ni baru pukul 6.30 petang"kata Batrisyia dan dia ralit bermain fon nya kemudian dia tertidur...
Fon nya berdering sekali lagi.. Batrisyia mengangkat panggilan itu.."hello bat aku on the way"kata Hairul..
"hahh?"Batrisyia melihat jam pukul 8 tepat.."serius laa , aku tertidur tadi..ok jap aku bersiap"Batrisyia menutup panggilan itu dan bergegas untuk bersiap..
PON PON!! Kedengaran hon kereta berbunyi.. Batrisyia mengenakan skirt hitam , blouse biru laut dan shawl putih..Dia menuruni anak tangga..."woii bat , manoi lahh malam malam ni?"tanya Hanisha.."hm Hairul ajak teman dia shopping"kata Batrisyia.."ohh kat luar tu kereta dia lah kan?"kata Aishah pula.."haah"jawab Batrisyia pendek dan keluar mendapatkan kasut bertutup nya.."hai nisha , Ika , ecahh.. saya pinjam kawan awak ni sekejap ya"ketawa mereka kecuali Batrisyia...
Hairul menekan pedal minyak dan menuju ke mall...Di dalam kereta tiada perbualan di antara mereka hanya radio saja yang kedengaran di dalam kereta..*cantiknya kau kenapa lah dari dulu aku tak pernah pandang kau..kata Hairul dalam hati sambil memandang Batrisyia..."kenapa pandang aku macam tu? tengok lah depan tu"kata Batrisyia yang perasan Hairul memandang dia.."ehh tak ada apa apa lah"jawab Hairul dan memandang ke arah depan..
Sampai di mall mereka menuju ke sebuah kedai baju.. sambil memilih baju seorang gadis menyapa Hairul.."ehh Hairul".."sofeaa"sapa Hairul pula dan melihat seorang lelaki dengannya.."hai buat apa kat sini? ha ni cousin i , Danial nama dia"kata sofea.."ohh hai"Hairul dan Danial bersalaman... Batrisyia yang tadi pergi ke tandas datang ke arah Hairul.."ehh ni bukan perempuan haritu ke , cepatnya you cari pengganti i"kata sofea..
"ehh tak lah , kami berdua kawan jaa , saja ajak dia teman i shopping"kata Hairul..."Danial?"kata Batrisyia dengan pelik.."Batrisyia"kata Danial pula.."ehh awak kenal ke dia?"tanya Sofea.."Kenal sangat , belajar sama sama dekat universiti dulu dan ex boyfriend saya"kata Batrisyia malas layan Danial.."ohh macam tu"kata Sofea..."kalau awak nak tau Hairul pun ex boyfriend saya tau ,ex boyfriend yang paling saya sayang tau , lama jugak kami bercinta kan Hairul?"kata Sofea.."emm dah la tu Sofea benda dah lepas"kata Hairul.."mana boleh macam tu saya sanggup buat apa ja untuk dapat kan you balik , tak ada perempuan boleh dapat kan you"kata Sofea dan memandang ke arah Batrisyia.."emm bat jom la kita pergi kedai lain , baju kat sini tak cantik lah"kata Hairul dan menarik tangan Batrisyia.. Terkejut Danial dan Sofea melihat Hairul memegang tangan Batrisyia..sampai di kedai lain , Batrisyia menarik tangannya dari genggaman Hairul..."eish dah la tu , lepas"kata Batrisyia.."sorry"jawab Hairul pendek..Selepas penat membeli belah mereka makan di dalam mall itu..
"hm bat aku minta maaf pasal tadi"kata Hairul.."it's okay"kata Batrisyia..."lepas ni aku hantar kau balik ok"kata Hairul.."ok"jawab Batrisyia...*kenapa aku susah sangat nak terima kau , sedangkan kau baik dengan aku..kata Hairul dalam hati dan memandang wajah Batrisyia yang sedang makan itu..
TIBA TIBA telefon Hairul berdering.."rul tolong makcik , makcik jatuh dalam bilik air ni"kata makcik kiah.."hah?makcik ok tak ni? sekarang jugak rul balik"kata Hairul dan menutup panggilan itu.."bat mak cik aku jatuh bilik air"bagitahu Hairul.."serius la?"kata Batrisyia..."haah jom pi rumah aku"kata Hairul.."jom"jawab Batrisyia..mereka dengan segera pergi ke rumah Hairul..
Sampai saja di rumah Hairul.. Hairul menolak daun pintu rumahnya dan mencari susuk tubuh badan mak cik nya.."Mak cik!!"panggil Hairul.."mak cik kat tandas bawah ni"kata mak cik kiah.."mak cik!!macam mana boleh jatuh ni?!"kata Hairul dengan risau sekali.. Batrisyia yang baru turun dari kereta masuk ke dalam rumah Hairul.. apabila tiba di rumah tadi Hairul terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Batrisyia.."mak cik nak ambil mop nak mop lantai , pastu licin tu yang jatuh"kata mak cik kiah.."mak cik tak payah la susah susah nak buat semua ni , mak cik bukan orang gaji dalam rumah ni"kata Hairul dan memimpin mak cik kiah ke ruang tamu.. Batrisyia yang tadi melihat keliling rumah Hairul dan pergi ke arah mak cik kiah dan menyalam mak cik kiah.."ehh ni siapa?"tanya mak cik kiah.. sebelum Hairul menjawab mak cik kiah berkata lagi.."oh mak cik tau bakal menantu mak cik la ni"tersenyum mereka semua.."mak cik.. bukanlah ni kawan rul lah.. Batrisyia nama dia"kata Hairul.."ohh cantik dia"kata mak cik kiah.."kejap rul ambilkan minyak panas nak urut kaki mak cik"kata Hairul.. Hairul datang dengan membawa minyak panas dan letak di atas meja.."jap rul ambil air sekali"kata Hairul.."mak cik mai sini Batrisyia urut kan"kata Batrisyia dan mengambil minyak itu dan dia duduk bersimpuh di bawah.."ehh tak pa ka?"kata mak cik kiah.."takpa mai sini"Batrisyia mengurut kaki mak cik kiah.. Hairul yang mengambil air tadi perasan yang Batrisyia mengurut kaki mak cik kiah..dia melihat mereka berdua bersembang..lama juga dia tenung di situ.."ehh rul buat apa kat situ"kata mak cik kiah.."ehh haa ni air nah mak cik minum yaa"kata Hairul dan memberikan air kepada mak cik kiah..
Setelah berborak panjang Hairul baru tersedar yang dia perlu menghantar Batrisyia balik ke rumahnya.."ehh bat dah pukul 10.30 ni , aku lupa nak kena hantar kau balik rumah"kata Hairul.."ehh dah lewat dah ni , Batrisyia tidur sini jaa lah , esok pagi pagi balik lah"mencelah mak cik kiah.. Batrisyia tidak sampai hati nak menolak pelawaan itu jadi terpaksalah dia terima.."okayy baiklah"kata Batrisyia.."pasal baju Batrisyia jangan risau , baju mak cik kiah ada"kata mak cik kiah.. Batrisyia hanya mengangguk saja.."haa rul tunjuk la bilik tetamu kat dia"kata mak cik kiah mengarahkan Hairul..
"okayy jom bat"kata Hairul.."haa ni bilik kau , hm sorry sebab kau kena tidur kat rumah aku"kata Hairul.."takpa aku okayy "kata Batrisyia dan masuk ke bilik.. Batrisyia mencapai telefonnya di dalam beg tangan dan mendail nombor Hanisha.."hello Hanisha"Batrisyia menceritakan kejadian tadi.."ohh yaka okay jaga diri esok aku datang ambil kau"kata Hanisha dan meninggalkan panggilan itu..
PAGI PAGI lagi Batrisyia sudah menunggu kedatangan Hanisha untuk menjemput pulang ke rumah.."eish mana lah si nisha ni lambat sangat"mengomel Batrisyia sendirian di pintu utama rumah Hairul.."hello nisha , mana hang ni?"tanya Batrisyia.."weii sorry aku baru bangun tidur ni"kata nisha..
Hairul turun dari tangga dan pergi ke arah Batrisyia... Hairul mengambil telefon Batrisyia.."nisha , tak pa saya hantar kan dia"kata Hairul.. Kemudian Hairul meletakkan panggilan itu.."ehh apa ni suka hati jaa"marah Batrisyia.."takpa aku hantarkan kau balik , dah jom makan dulu"kata Hairul dan berjalan ke meja makan..
Setelah siap makan Batrisyia dan Hairul menaiki kereta ferrari kepunyaan Hairul.."Hairul , em boleh tak kau singgah mana mana kedai kek kejap?"tanya Batrisyia.."anything for you"terkejut Batrisyia dengan kata kata Hairul..mereka diam saja..sampai di kedai kek.. Batrisyia dan Hairul turun dari kereta.."bat aku pergi bank kejap"kata Hairul.. Batrisyia mengangguk saja.. Batrisyia ingin makan kek strawberi , dia membeli beberapa potongan kek itu , iyalah dia seorang saja suka makan kek itu berbanding kawannya yang lain..Dia keluar dari kedai , kereta Hairul di seberang jalan sana , jadi dia terpaksa melintas jalan.. Tiba Tiba ada kereta laju menuju ke arah Batrisyia.. Hairul yang baru saja keluar dari bank melihat kereta tersebut menuju ke arah Batrisyia.. Hairul berlari dengan pantas.."BATRISYIA!!"menjerit Hairul dengan kuat dan menolak Batrisyia..Mereka berdua jatuh terduduk.."kau tak apa apa ka?"tanya Hairul.."aku okayy , kau tu okay ke tak?"tanya Batrisyia pula.."kaki aku sakit"kata Hairul..mereka berdiri dan ingin berjalan ke kereta.."boleh jalan tak ni?"kata Batrisyia.."cuba ok"kata Hairul.."aduhh"mengaduh Hairul.."hm mai sini"Batrisyia memimpin Hairul sampai ke kereta dan masukkan Hairul di bahagian penumpang sebelah pemandu.."bagi kunci"kata Batrisyia... Hairul hanya bagi kunci kepada Batrisyia..."kita pergi klinik ok"kata Batrisyia.."ok"jawab Hairul pendek..*Batrisyia kenapa kau baik sangat dengan aku..kata Hairul dalam hati dan memandang wajah Batrisyia.."tak payah pandang aku macam tu , aku tolong kau sebab kau tolong aku tadi"kata Batrisyia yang sedang memandu kereta.. Hairul hanya senyum saja..
SELEPAS memeriksa kaki Hairul , Hairul keluar dari bilik pemeriksa itu dengan kaki berbalut... Kemudian Batrisyia memimpin Hairul masuk ke kereta semula.."Hairul aku hantar kau balik rumah kau lahh ye"kata Batrisyia.."ok.. nanti kalau kau nak balik gunalah dulu kereta aku"kata Hairul.."ehh takpa ka?"tanya Batrisyia.. Hairul mengangguk tanda boleh.. Batrisyia menekan pedal minyak menuju ke rumah Hairul..
Sampai di rumah Hairul , Batrisyia memimpin Hairul masuk ke dalam rumah.."Assalamualaikum mak cik"kata Hairul.. Batrisyia menolak pintu rumah Hairul dan meletakkan Hairul di sofa rumahnya.."nahh ubat kau"kata Batrisyia.."Hairul kenapa ni?"tanya mak cik kiah yang berjengket-jengket keluar dari dapur , kakinya masih sakit disebabkan kejadian semalam.. Hairul menceritakan kejadian tadi..."ya Allah , Batrisyia ok ka?"tanya mak cik kiah.."saya ok , Hairul ni haa"jawab Batrisyia.."tkpalah mak cik , terseliuh sikit jaa"kata Hairul pula.."bat kalau kau nak balik pergilah , pakai jaa kereta aku tu"kata Hairul.."okayy Thank you"kata Batrisyia.. Batrisyia menyalam mak cik kiah dan menuju ke pintu.."bat , thank you"kata Hairul.. Batrisyia senyum saja dan berlalu pergi..
"Assalamualaikum"bagi salam Batrisyia dan mengetuk pintu.."Waalaikumsalam , haa bat balik pun kau , ehh mana Hairul?"kata Hanisha.."aku pinjam kereta dia balik tadi"kata Batrisyia.."la kenapa , bukan tadi dia cakap nak hantar kau"kata Hanisha lagi.. Batrisyia menceritakan kejadian yang berlaku tadi..."serius la? bahaya lah bat , tah tah ada orang dengki dengan kau bat , kau kena hati hati bat"kata Aishah pula.."entahlah ecahh Oii"kata Batrisyia..
Happy reading :) sorry gaisss lama tak update..Selamat hari raya :)
Share this novel