BAB 20 TAMAT

Romance Completed 6590

HARI INI Hari bahagia di antara Batrisyia dan Hairul..Telah lama majlis ini di rancang kini sudah tercapai impian mereka berdua..

"Aku terima nikahnya Nur Batrisyia Binti herman dengan mas kahwinnya 50 ribu ringgit tunai"dengan sekali lafaz mereka bergelar suami isteri..akhirnya Batrisyia menjadi hak milik Hairul..

Hairul menghampiri Batrisyia dan menyarungkan Cincin di jari manis Batrisyia dan Batrisyia menyalam Hairul..kemudian hairul memberi kan kucupan di dahi Batrisyia.. Batrisyia menutup mata melayan perasaan..

selesai majlis akad nikah itu mereka balik ke rumah Hairul semula , Hairul mengadakan makan makan sedikit..esok baru ada kenduri.."ha jemputlah masuk"kata Hairul kepada jiran jiran yang datang ke rumahnya itu.."Batrisyia"panggil Aishah.."congrats bat"kata Aishah dan memeluk Batrisyia.."kau nak tau Tak bat , Aishah ni dah berbadan dua"kata Zulaikha.."maksud kau? lahh yakaa , seronok lah kau Aishah..dah berapa bulan?"Tanya Batrisyia.."3 bulan dah"tersenyum Aishah.."yeke , alhamdulilah"kata Batrisyia.. Hanisha dan Zulaikha senyum saja..

Selesai mereka makan dan mengambil gambar tiba tiba haura datang ke majlis itu tanpa di undang.."Hairul tengok tu"kata rizqi yang nampak haura dari jauh.."Tak tau malu , Tak di undang datang majlis orang"kata Shahrul..Mereka semua melihat gelagat haura itu..Haura datang ke Batrisyia dan Hairul..

"bat , aku nak minta maaf..aku datang sini nak ucap tahniah ja"kata haura dan menyuakan tangannya untuk bersalam.."terima kasih"kata Batrisyia dan berjabat tangan dengan haura.."tahniah Hairul"kata haura sama juga dia menyuakan tangannya.."thank you"kata Hairul tapi tidak berjabat tangan dengan haura..Haura menarik tangannya kembali..

"dah habis dah?kau dah boleh balik"kata Hanisha yang geram sangat dengan haura.."Nisha takpa , biar dia"kata Batrisyia yang rasa haura sudah bertaubat dengan perangai nya itu.."tapi bat"kata Hanisha sebelum sempat menghabiskan ayatnya Batrisyia memotong.."Tak apa..haura pergilah makan"kata Batrisyia.."terima kasih bat"kata haura..

pada malam itu , mereka semua bersiap siap untuk majlis esok pula.."bat , datang sini kejap"kata Hairul.."ya kenapa?"Tanya Batrisyia.."thank you"kata Hairul dan mengusap kepala Batrisyia.."welcome"kata Batrisyia.."itu ja?"kata Batrisyia.."yes"tersenyum Hairul dan mencium dahi Batrisyia.. Batrisyia senyum saja dan menyambung kerja nya..

-----------------------------------------------------------------

Majlis Perkahwinan

Dengan berpakaian berwarna kuning diraja membuatkan mereka adalah pasangan yang sangat sepadan sekali..Kuning diraja menyerlahkan keadaan mereka..

kompang di bunyi menandakan pengantin sudah sampai di majlis itu.. Batrisyia dan Hairul berjalan hingga sampai ke pelamin.. Batrisyia sangat gembira ketika itu..Senyuman sentiasa terukir di bibirnya..Kini Hairul sudah menjadi miliknya..

Tiba Masanya Batrisyia dan Hairul pergi ke meja makan beradap.."hai bat , senyum sikit"kata Aishah dan mengambil gambar Batrisyia.."haii cahh"kata Batrisyia... Zulaikha pula melambai lambai Batrisyia.."mana Hanisha?"kata Batrisyia.."tadi pagi Nisha mual mual , muntah muntah..dia Tak sihat lepas tu Rizqi bawah dia pi klinik..kejap lagi sampai la tu"kata Zulaikha.."hm muntah muntah..tah tah kan dia mengandung apa"kata Batrisyia.."Itulah aku pun syak macam tu"kata Aishah

"ha tu dia sampai dah"kata Zulaikha yang nampak Hanisha dan Rizqi dari jauh..Rizqi memimpin Hanisha.."haa baru sampai"kata Shahrul.."sorry guys lambat"kata Rizqi.."apa cerita dengan Nisha ni?"Tanya aishah.."ehem ehem , wahai rakyat jelata , beta tidak lama lagi akan menimang cahaya mata"kata Rizqi seperti seorang raja..ketawa mereka semua.."tahniah Nisha"kata Aishah dan Zulaikha.. Batrisyia senyum melihat kebahagiaan mereka.."berapa bulan?"Tanya aishah.."baru seminggu"kata Rizqi.."oh baru lagi , jaga dia baik baik Rizqi"kata Eddie.. Hanisha senyum saja..

Selesai majlis di antara Batrisyia dan Hairul mereka bergambar seperti biasa untuk dijadikan kenangan mereka..

6 bulan kemudian Aishah bila bila saja akan bersalin hanya menghitung Masa untuk bersalin , betapa bahagianya shahrul..Hanisha sudah 6 bulan mengandung anak pertama mereka berdua.. Zulaikha dan Batrisyia bahagia di samping suami mereka..

ketika menyambut Hari lahir shahrul pada 6/7 mereka mengadakan sedikit majlis kecil..mereka bersembang seperti biasa nampak mereka sangat bahagia.."ayang , hati hati..buas betul merata dia nak jalan"marah Rizqi yang nampak Hanisha berjalan jalan , takut pula dia jatuh nanti.."takpala jalan banyak senang nak bersalin"jawab Hanisha.."yelah , tapi hati hati jatuh nanti"kata Rizqi..

Sedang Aishah mengambil makanan di meja tiba tiba.."aduhh"kata Aishah dan memegang perutnya itu.."err , aduhhhh..ABANGG!!"jerit Aishah..Shahrul berada di meja makan sedang bersembang dengan Hairul dan yang lain.."ya sayangg , kenapa?"kata Shahrul dan pergi ke arah Aishah.."sakit!"kata Aishah.."hah?sakit?"panik shahrul.."bawa dia pergi hospital lah shahrul"kata Rizqi..

"hah?ok ok"dia sudah panik sampai Tak tahu mahu buat apa..Shahrul mengangkat Aishah pergi ke kereta..Aishah di masukkan di dalam kereta..Shahrul menekan pedal minyak dan pergi ke hospital..

"sayang , sayangg!!"jerit Hanisha tiba tiba.."kenapa ni?takkan ayang nak beranak pula?"kata Rizqi.."sakit niii!!"kata Hanisha.."serius arrr"kata Rizqi..Ketawa Hanisha..."hahahaha , ayang gurau jalah"kata Hanisha dan mereka semua ketawa melihat Rizqi dan Hanisha itu.."ayang ni kan , suka main main"marah Rizqi..Ya lah Hanisha baru 6 bulan mengandung takkan sudah mahu bersalin..

"dah dah , jom Kita pergi hospital..tengok Aishah"kata Eddie..mereka terus Naik ke kereta dan menuju ke hospital...

sampai saja di hospital , mereka melihat shahrul di luar bilik bersalin.."shahrul!"panggil eddie.."ha weh , Aishah dalam bilik ni"kata Shahrul yang resah.."sabar shahrul , Aishah Takkan apa apa"kata Rizqi.."aku nak masuk tadi , tapi doktor tu Tak Kasi geram aku"kata Shahrul.."sabar sabar"kata Eddie..

Setelah 3 jam Aishah di dalam bilik bersalin itu..kedengaran bayi menangis di dalam.."alhamdulilah"kata Shahrul..kemudian doktor keluar dari bilik bersalin itu.."siapa suami cik Aishah?"Tanya doktor itu..

"ya saya suami Aishah"jawab Shahrul.."awak boleh tengok isteri awak di dalam"kata doktor lagi.."terima kasih doktor"kata Shahrul dan masuk ke bilik itu.."sayang , mana anak Kita?"Tanya shahrul yang tidak sabar mahu jumpa anaknya itu..

"cik , tahniah anak perempuan"kata nurse itu yang mendukung bayi perempuan itu Setelah siap membersihkan bayi itu..Shahrul mengambil anaknya itu dari dukungan nurse itu.."comelnya macam ibu dia"kata Shahrul..

kemudian Aishah dipindahkan di wad bersalin..kini mereka semua ada di bilik itu.."wahh comelnya anak kau ecahh"kata Batrisyia.."kan macam ibu dia kan"kata Aishah.. Batrisyia angguk saja.."dah Batrisyia bagi aku pula"kata Zulaikha yang mahu mendukung anak Aishah.."alala ucuk ucuk aunty Ika ni"kata Zulaikha dan mengusap pipi bayi itu..

"kau nak namakan apa?"Tanya Zulaikha.."aku dah lama nak namakan anak aku Kalau perempuan...Aira shakira"kata Aishah.."wow sedap nama tu , apa maksud?"Tanya Hanisha.."Kalau Aira , maksud dia mulia..Kalau shakira syukur "kata Aishah dan tersenyum.."mulia dan syukur , wow.. nice"kata Rizqi pula..mereka semua tersenyum saja..

"pandai ehh baby , nak sama tarikh lahir dengan Abah dia ekk"kata Aishah..mereka semua ketawa kecil saja..

5 bulan telah berlalu kini Hanisha sudah mendapat cahaya mata..Rizqi dan Hanisha mendapat anak lelaki yang dinamakan Hafiy Raihan..Yang bermaksud Yang memuliakan bunga syurga..

Nama itu dipilih oleh Hanisha sendiri..Anak Aishah sudah mahu masuk 5 bulan , sudah boleh merangkak..Manakala Zulaikha sudah dua minggu mengandung.. Batrisyia pula gembira bersama sama suaminya walaupun tidak dikurniakan lagi cahaya mata..

"sayang tengok tu anak Kita dah merangkak sampai sana dah"kata Aishah.."lah anak Abah ni"kata Shahrul dan bangun pergi ke arah Aira shakira..mereka semua berada di tepi pantai menikmati keindahan di situ..ini semua idea Hairul untuk datang ke sini..

"eish anak baba ni , habis air liur kena mama"kata Rizqi yang sedang bermain dengan anaknya itu..

Batrisyia dan Hairul pula berada di pinggir pantai itu.."bat , walaupun Kita ni pasangan paling gangster di dunia ni , aku tetap sayang kau.."kata Hairul yang memeluk bahu Batrisyia itu...Hairul berkata demikian kerana mereka berdua sebelum berkahwin hinggalah Selepas berkahwin tidak ubah panggilan aku kau itu..."apa kata Kita tukar , aku kau tu kepada abang sayang?macam yang lain"kata Batrisyia mencadangkan.."hm , aku kekok arr..Tak apa demi kau aku okay..baik sayang"kata Hairul.. Batrisyia ketawa saja..

Eddie dan Zulaikha pula duduk di Batu berdekatan dengan Rizqi dan Hanisha.."hai anak daddy , sihat ke dalam tu"kata Eddie yang melekap kan telingannya di perut Zulaikha..ketawa kecil Zulaikha.."manja , thank you for everything"kata Eddie dan mencium pipi Zulaikha..

Mereka sangat bahagia dengan keluarga kecil yang mereka bina..Empat sahabat ini sangat bahagia di samping suami mereka..Banyak halangan yang mereka hadapi bersama sama..

Mereka berharap agar hubungan mereka akan kekal sampai bila bila..

Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang baik kepada orang yang kita cintai.

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

Jika kamu mencintainya maka halalkan dia Itulah yang terbaik buat pasangan itu..

~TAMAT~

TAMAT sudah cerita OUR LEFTENAN :)) Terima kasih yang membaca cerita ini , saya minta maaf atas kekurangan saya , dan saya minta maaf Kalau cerita ini membosankan pembaca..Okay guys stay tuned untuk novel saya yang akan datang okay..THANK YOU!! ;))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience