"NISHA cepatlahh kait buah rambutan tu"kata Zulaikha.."yelah kejap lah sabar boleh Tak"kata Hanisha yang sedang mengait buah rambutan ituu.."eish payah lah"kata Hanisha dan dia melemparkan galah itu kemudian dia memanjat pokok rambutan ituu.."Nisha kau buat apa?bahaya lah"kata Nisha..Mama Nisha keluar dari pintu belakang rumah dan membawa dulang dengan berisi air sirap dan kuih karipap.."woi Nisha apa hang buat , hang turun , hang nak mampus ka hah?gila la anak aku ni..hang jantan ka betina?"marah mamanya itu sambil mengcekak pinggang.."alah mama , galah tu Tak dak function lah , panjat lagi senang , elehh bukannya kecik kecik dulu ceq Tak besa panjat"menjawab Nisha sambil mengambil buah buah rambutan ituu..
"haa aku cakap hang menjawab , aku cili mulut hang satgi kut , hang turun"marah mama nya sekali lagi..Zulaikha yang melihat gelagat anak beranak tu hanya ketawa saja.."haa Zulaikha mai sini makan , jangan di layan Nisha tu , perangai terukk sikit"kata mak cik Lina.."haha baiklah mak cik"jawab Zulaikha.."NISHAA!!hang turun mai makan dah la tu banyak dah buah rambutan tu"panggil mak cik Lina..."yala mama oi"kata Hanisha tiba ii dia tergelincir.."ALLAHHUAKHBAR!!"Hanisha jatuh ke tanah sambil menjerit.."HANISHAA!!!"menjerit Mak cik Lina dan Zulaikha..
"HANISHA BINTI HISHAM!!"terus nama panjang nya di panggil oleh mama nya..Mamanya dengan pantas berlari pergi ke arah Hanisha.."yaa Allah Hanisha , ika cepat Kita bawa dia pergi hospital"kata mak cik Lina.."baik mak cik"Zulaikha berlari mendapatkan kereta manakala mak cik Lina memimpin Hanisha masuk ke kereta..
Hanisha keluar dari bilik pemeriksaan dengan kaki yang berbalut , dia berjalan terjengket jengket menuju ke kerusi menunggu ubat.."tu la kau mama kau dah larang kau jangan panjat tapi kau panjat juga , kan dah dapat habuan"kata Zulaikha..Mak cik Lina pergi mengambil ubat dan kembali ke Hanisha dan Zulaikha yang sedang berborak itu.."haa syok ka Nisha?aku dah larang hang kan?degil sangat kenapa?"marah mamanya.."mama Kalau ya pun marah la dekat rumah , malu la orang tengok"kata Hanisha yang memandang kiri dan Kanan..Mama nya hanya keluar dari farmasi itu dan menuju ke kereta..Hanisha faham keadaan mama nya yang marah akan Hanisha..Zulaikha memimpin Hanisha masuk ke kereta..
sampai di rumah Hanisha terus masuk ke bilik dipimpin oleh Zulaikha.."Nisha kau nak ke aku bagitahu Rizqi?"Tanya Zulaikha.."buat apa bagitahu dia?dia bukan penting pun"kata Hanisha dalam keadaan yang marah.."yelah dia kena la tahu kan"belum sempat dia habiskan kata kata nya Hanisha memotong.."dah dah aku Malas nak cerita pasal dia"kata Hanisha.. Zulaikha hanya dia saja..
"hello bos saya nak minta cuti lagi boleh Tak?"kata Hanisha yang menelefon Bos nya kerana kemalangan petang tadi.."kenapa ya?"Tanya Bos nya itu.."emm saya jatuh pokok then kaki saya ada retak sikit , tu yang saya nak ambil cuti"kata Hanisha.."lahh kaki awak ok Tak?awak ok ke Sekarang?"Tanya Bos Hanisha bertubi tubi.."emm saya ok..boleh Tak saya nak cuti lagi?"Tanya Nisha lagi.."boleh sangat , everything for you , nanti Kalau kaki awak dah sembuh baru datang kerja okay"kata Bos nya lagi..."okay thank you Bos"kata Hanisha.."hani berapa kali saya nak cakap panggil je saya cik is je Tak pun iskandar , Tak payah Bos Bos sangat"kata encik iskandar itu.."emm ok cik is"kata Hanisha yang segan dengan panggilan ISKANDAR saja.. panggilan berhenti di situ saja..
"ika kau balik ke esok?"Tanya Hanisha.."ye aku kena balik sebab aku dah kerja Bos aku Tak bagi cuti lama lama"kata Zulaikha.."okay takpala kau guna kereta aku"kata Hanisha.."serius la , aku baru ingat nak balik dengan teksi je"kata Zulaikha.."kau gila ka jauh kot , tah berapa tambang teksi kau kena bayar nanti"kata Hanisha.."hehe yelah"kata Zulaikha yang sedang mengemas pakaiannya..
"mama buat apa tu kat dapur?"tegur Nisha yang menuruni anak tangga di dapur itu.."hang buat apa kat sini , satgi jatuh lagi baru tau"kata mama nya yang Tak habis habis marah akan anaknya itu.."ala mama ni jangan la garang sangat , nanti cepat tua tau lah"usik Hanisha.."memang aku dah tua pun tunggu Masa ja ni"kata mama nya yang sedang menghidang makanan di meja.."hishh apa mama ni cakap macam tu , macam nak sangat"kata Hanisha lagi.."ye la sayang dah mai sini makan"kata mama nya.."ika mana?"Tanya mak cik Lina.."dia kemas baju dia esok dia nak balik dah sebab dia kena kerja"kata Hanisha.."ok takpa mama panggil kan dia"kata mak cik Lina..
Zulaikha dan Mak Cik Lina turun menuju ke meja makan.."amboii rancak sembang"kata Hanisha.."mengumpat Nisha la tu"sambung Nisha lagi.. Zulaikha dan Mak cik Lina hanya ketawa.."emm sedapnya ketam masak cili api ni mama"kata Hanisha.."ye memang la sedapp tengok la tangan"kata mak cik Lina yang menunjukkan tangan nya.. Hanisha dan Zulaikha ketawa besar di buatnya.."tu la hang lain kali belajar masak , nih Tak pemalas , macam mana lah nak jadi bini orang"kata mak cik Lina.."eish apa mama ni main kahwin kahwin pula , ceq takmau kahwin la , ceq nak duduk dengan mama dengan adik , dengan Abah..hahh sebut pasai Abah , Abah pi mana dari pagi Tak nampak kelibat"kata Hanisha.."confirm ka hang Tak mau kahwin hah?Abah hang tadi pagi pi kebun pastu dah hang jatuh pokok Kita pi hospital dia pun siap siap lah nak pi semayang maghrib pastu sekali dengan ishak lah , aku taktau lah satgi Abah hang balik , dia tengok kaki hang , dia berleter Setahun pun Tak habis"kata mak cik Lina.. Zulaikha dan Hanisha ketawa mendengar kata kata mak cik Lina itu..
"haaa sakan hampa sembang"kata pakcik Hisham yang tiba tiba muncul dari pintu belakang.."ehh Abah panjang umur"kata Hanisha.."haa dah puas ka jatuh pokok tadi?"kata pakcik Hisham dengan muka yang agak tegas..Hanisha hanya diam saja dia takut untuk menjawab kerana abahnya garang dan tegas orangnya.."doktor cakap apa?"Tanya abahnya sambil melabuhkan duduknya di tepi isterinya.."em doktor cakap Kalau nak pulih sepenuhnya dalam 3 ke 4 bulan, Nasib kaki sha ni retak sikit jaa Kalau terukk , lama lagi la nak sembuh"kata Hanisha yang mengopek ketam tu.."dah tu hang nak duduk dengan mama ka nak balik Melaka?"Tanya abahnya itu.."Kalau balik Melaka mana ada Sapa jaga , Kalau kat kampung ada mama ada abahh"kata Hanisha sambil tersengih sengih.."ada ada jaa hang ni"kata Abahnya itu..Zulaikha hanya menikmati hidangan yang di masak oleh mak cik Lina itu.."haa ika tambah lah Nasi tu"kata mak cik Lina.."eh takpa , dah kenyang ni sedapp sangat"kata Zulaikha..Selesai makan Zulaikha dan Hanisha masuk ke dalam bilik..
"Nisha esok aku nak balik dah ni , boring lah kau Tak ada kat rumah Kita tu , Aishah dah duduk kat rumah dia , bat pula hm"kata Zulaikha.."kau nak aku ikut kau ke?"Tanya Hanisha.."nak tapi Sapa nak jaga kau nanti?kata Zulaikha pula..."takpala aku tau jaga diri aku , Masa kau pergi kerja aku duduk bawah Tak payah Naik bilik"kata Hanisha.."yeke boleh ke ni kau balik dengan aku?"Tanya Zulaikha sekali lagi.."aku nak kena Tanya mama aku dulu , mana tahu dia risau kat aku nanti"kata Hanisha.."okay"jawab Zulaikha pendek.."aku nak pi sembang dengan mama aku sat"kata Hanisha dan mengambil tongkatnya di tepi katil.."hati hati"kata Zulaikha..
"ehh hang Tak tidoq lagi?"kata mak cik Lina.."belum lagi mama , ceq ada benda nak Tanya mama"kata Hanisha dan duduk di tepi mama nya itu.."apadia?"kata mamanya itu pula.."esok kan boleh Tak ceq balik ikut ika , sebab dekat rumah tu bukan ada Sapa Sapa , Aishah ada dekat rumah dia , Batrisyia mama tau kan pasal dia"kata Hanisha.."lah bahaya la nanti dia pergi kerja hang ok ka?"kata mak cik Lina yang risau akan keadaan anaknya itu.."ala takpa la mama ceq pandai jaga diri ceq"kata Hanisha.."menjawab menjawab aku sebat dengan tongkat tu satgi , aku taktau hang pi Tanya Abah hang"kata mak cik Lina.."alorhh"kata Hanisha.. Hanisha bangun dan pergi ke arah pintu depan kemudian melihat abahnya yang duduk di kerusi luar sedang membaca Surat khabar.."Abah"panggil Hanisha dengan manja.."hm"itu saja yang keluar dari mulut abahnya itu.."Abah Abah boleh Tak"sebelum Hanisha menghabiskan ayatnya Abah nya memotong.."pergilah Kalau hang pandai jaga diri hang , Abah izinkan"kata pakcik Hisham yang matanya tidak lepas memandang Surat khabar itu.."yaka Abah hehe thank you"Hanisha bangun dan memeluk abahnya.."ehh hang ni Tak padan dengan kaki sakit , perangai Tak reti nak ubah"marah abahnya itu.."hehe sayang Abah"kata Hanisha dan mencium pipi abahnya itu..kemudian dia masuk ke dalam biliknya semula.."ika cantik , Abah aku bagi green light haha"kata Hanisha.."yeke yeayy"kata Zulaikha...
Esok pagi mereka berdua bergerak ke Melaka.."Nisha kau ok Tak?"Tanya Zulaikha.."aku ok"jawab Hanisha..Zulaikha angguk dan meneruskan perjalanannya mereka itu..
sampai sahaja di rumah bujang Zulaikha memimpin Hanisha masuk ke dalam rumah kemudian dia mengambil beg beg baju mereka masuk ke dalam rumah.."malam ni kau tidur bilik bawah lah , aku teman kan kau sekali ok"kata Zulaikha.."kau nak teman aku , terharunya aku , kau lah sahabat aku"kata Hanisha.."kau jangan nak drama sangat ok"kata Zulaikha dan ketawa saja..
Tiba Tiba telefon Hanisha berdering , waktu itu Hanisha Mandi jadi Zulaikha yang mengangkat telefon Hanisha.."hello sayang , ayang call banyak kali kenapa Tak angkat?"Tanya Rizqi.."emm ni Zulaikha ni Hanisha Mandi"kata Zulaikha.."ohh yeke , ika Hanisha dia ok Tak?dia sihat Tak?"Tanya Rizqi bertubi tubi.."emm sebenarnya kami baru sampai rumah ni dari kampung dia , Masa dia kat kampung dia jatuh pokok"kata Zulaikha.."lahh yeke?pastu dia ok Tak Sekarang ni?"tanya Rizqi lagi.."awak jangan risau saya ada untuk jaga dia ok la awak dia dah habis Mandi nanti awak call dia lagi ok bye"Zulaikha terus menutup panggilan itu..
Esok pagi Zulaikha bangun untuk pergi kerja..Zulaikha berkerja di farmasi yang tidak jauh dengan rumah mereka itu.."Hanisha aku nak pergi kerja dah ni , kau bangun lah , kau sama ja kan kaki sakit ke Tak sakit ke tetap bangun lambat"membebel Zulaikha.."yelah kejap lagi aku bangun lah"kata Hanisha.."lantak kau lah , aku nak pergi kerja dah ni , sarapan aku dah masak tu kat kau nanti makan ok bye jaga diri"kata Zulaikha dan keluar dari bilik itu menuju ke kereta Hanisha.. Zulaikha hanya ada motosikal saja tapi waktu itu hujan rintik pula terpaksa dia meminjam kereta Hanisha..
Tengah Hari itu Rizqi hendak ke rumah Hanisha untuk melihat keadaan Hanisha yang kaki retak itu.."qi nak pi mana ni?tadi kan dah janji nak teman Laila pergi klinik dia kan demam"kata Puan Riani.."qi nak keluar mama , suruh la mama Laila tu bawa dia pergi klinik asal pula qi kena bawa dia , dia bukan isteri qi pun"kata Rizqi.."qi kau kenapa hah?Sekarang ni bukan main lagi kau menjawab ehh , kau kenapa? perempuan tu dah hasut kau ke hah?"kata Puan Riani.."mama dah kenapa , perempuan yang mama cakap tu , bukan macam Laila , dan perempuan tu ada nama mama , nama dia Hanisha mama , mama ingat dekat kepala mama tu , dah qi nak keluar"kata Rizqi.."kau biadap ehh qi!!tengking Puan Riani.."ni mesti perempuan tu dah hasut dia , tu yang dia jadi macam ni , Tak pun dia bomohkan anak aku ni , haihh ni Tak boleh jadi ni"kata Puan Riani..
sampai saja di depan rumah Hanisha , Rizqi menelefon Hanisha.."angkat la sayang pleasee"kata Rizqi..akhirnya Hanisha menjawab juga panggilan itu.."hm nak apa?"Tanya Hanisha.."amboii awak janganlah garang sangat , ayangg sampai bila ayang nak lari dari sayang ni , janganlah buat sayang macam ni , ayang tahu kan hati sayang ni cuma ada ayang sorang je tau"kata Rizqi.."hm"itu saja yang keluar dari mulut Hanisha.."ayangg kaki ayang ok ke?terukk Tak?"Tanya Rizqi.."macam mana awak tahu?ni mesti Zulaikha bagitahu hm"kata Hanisha.."kenapa awak Tak bagitahu sayang , sayang risau sangat tau , kenapa sayang ni buas sangat"kata Rizqi.."hm sikit je"kata Hanisha.."dah awak keluar sayang ada depan rumah ni"kata Rizqi.."hah?"Terkejut Hanisha..dia bangun dan melihat dari tingkap rumahnya , dia nampak Rizqi yang telah terpacak di pintu pagar rumahnya..
Hanisha berjalan keluar dari rumahnya.."ayangg hati hati"kata Rizqi.."hm kenapa ni datang rumah saya?"kata Hanisha.."ala ayangg , sayang rindu ayang lah"kata Rizqi.."dah la tu pergi la balik"kata Hanisha yang Malas layan.."ayangg , kan sayang dah explain kat ayang pasal Laila tu , sayang minta maaf la"kata Rizqi.. Hanisha diam saja..
"dah la tu pi la balik saya ok je Kalau Tak ada awak"kata Hanisha dan memalingkan mukanya ke arah pintu rumahnya.."sampai hati ayang cakap macam tu , sayang dah janji dengan ayang tau nak kahwin dengan ayang"kata Rizqi dengan nada rendah..Hanisha hanya mengendahkan Rizqi dan dia masuk ke dalam rumah.."kesian pula dia kan , hm biarlah dia padan muka"kata Hanisha sendiri..Rizqi pulang dengan hati yang sedih..
Semasa Rizqi di dalam kereta dia sempat mesej Hanisha..
Rizqi:ayang , lusa sayang dah nak balik Kem , 6 bulan sayang duduk kat sana , nanti baru cuti dua bulan , ayang jaga diri , jaga makan semua okay.. I love you , take care..
Pesanan itu di hantar kepada Hanisha..Kemudian Rizqi meneruskan perjalanannya pulang ke rumah..
Selepas solat ishak Rizqi baring di atas katil sambil bermain telefonnya.."hm payah lah macam ni dia merajuk dengan aku , macam mana ekk"kata Rizqi yang memikirkan cara untuk memujuk Hanisha.."haaa ika"kata Rizqi dan mendail nombor Zulaikha..
"hello ika , saya nak Tanya awak boleh Tak?"kata Rizqi.."haa ye apa?"kata Zulaikha.."awak tau kan kampung Hanisha dekat mana?"kata Rizqi lagi.."hm tahu kenapa?"kata Zulaikha pula.."boleh Tak awak bagitau kat mana?"kata Rizqi.."hmm"kata Zulaikha kemudian Zulaikha memberi tahu dia mana kampung Hanisha.."okay thank you Zulaikha , tapi kan awak jangan bagitahu dia yang saya Tanya ni tau"kata Rizqi.."haa yelah.."kata Zulaikha.. panggilan itu ditutup..
"haa kau sembang Dengan Sapa?"Tanya Hanisha kepada Zulaikha.."ehh kau Terkejut aku , Tak ni ha err Haa Eddie call aku"kata Zulaikha tergagap gagap.."hm okay"kata Hanisha dan pergi ke ruang tamu meninggalkan Zulaikha seorang diri di dapur..
"cantik aku dah dapat , tapi jauh la juga kan , takpa demi ayang , sayang sanggup"kata Rizqi sendirian..TOK TOK!!tiba tiba pintu biliknya di ketuk.."qi buka kejap pintu"kata Puan Riani.."masuk la mama Tak kunci pun"kata Rizqi..Puan Riani masuk ke dalam bilik Rizqi dan duduk di katil Rizqi bersebelahannya.."ye mama ada apa?"kata Rizqi.."amboii kau qi tersengih sengih dah kenapa"kata Puan Riani.."Tak ada apa lah mama"kata Rizqi.."haa ni qi , mama plan la kan mama nak satukan qi dengan anak kawan mama tu"kata Puan Riani..Terkejut Rizqi.."apa ni mama?qi Tak nak lah"kata Rizqi.."alah qi kahwin ja la dengan anak Puan liyana tu Laila , dia cantik apa , pandai masak , pandai kemas rumah , rajin pula tu"kata Puan Riani.."qi Tak nak lah , mama bagi la qi pilih sendiri , kahwin ni bukan main main mama , bukannya nak hidup Setahun dua tahun je tapi sampai bila bila mama , mama nak ke anak mama ni kahwin dengan pilihan mama tapi qi Tak bahagia , mama nak ke?"kata Rizqi untuk menakut nakutkan mamanya.."qi mama yakin qi dengan Laila tu akan bahagia percayalah cakap mama"kata Puan Riani lagi.."dah la mama yang qi tahu esok qi nak pergi rumah mama Abah Hanisha , qi nak minang dia , mama Tak bagi ke bagi ke qi tetap nak juga Hanisha tu.."kata Rizqi.."qi kau jangan melampau , ikut cakap mama , percayalah qi kahwin dengan dia qi takkan bahagia , hidup qi akan merana"kata Puan Riani.."dah la mama , mama keluar lah Malas layan mama"kata Rizqi.."kau halau mama qi , Tak apa kau tunggu"kata Puan Riani dan keluar dari bilik Rizqi dan menghempuk pintu bilik Rizqi.."haish mama ni , qi tahu lah , dia boleh buat qi bahagia"kata Rizqi sendirian..
AWAL AWAL PAGI RIZQI sudah bertolak pergi ke kampung Hanisha di penang..Dia bertolak awal agar sampai di kampung Hanisha tidak lewat dan esoknya dia perlu balik ke Kem semula..
Sampai di kampung yang dikatakan oleh Zulaikha itu Rizqi berhenti di sebuah kedai runcit..Dia turun dari kereta kemudian dia nampak ada seorang pakcik yang pergi ke kedai runcit itu..Jadi dia pun pergi ke kedai runcit itu..Dia mencari pakcik tadi.."assalamualaikum pakcik"Sapa Rizqi.."waalaikumsalam"jawab pakcik itu.."pakcik , pakcik tahu Tak rumah Hanisha?"Tanya Rizqi..Pakcik itu Terkejut apabila nama anaknya di sebut.."Hanisha?yaa kenal"kata Pakcik Hisham.."pakcik tahu rumah dia dekat mana?"Tanya Rizqi lagi.."tahu , jom Pakcik tunjukkan"kata pakcik Hisham itu Lalu ke motonya dan Rizqi ke keretanya..Rizqi mengekori pakcik Hisham tadi dari belakang..Tiba di sebuah rumah yang boleh sederhana juga..Rizqi keluar dari kereta.."haa ni lah rumah dia , jom masuk"kata Pakcik Hisham..Rizqi sudah pelik dengan pakcik ini kerana dia masuk begitu saja ke dalam rumah Hanisha..
"Lina buatkan air ada tetamu datang ni"kata pakcik Hisham..gulp! Rizqi menelan air liur nya..*ni ka Abah Hanisha..kata Rizqi dalam hati.."hm ada apa hang Cari Hanisha?"kata pakcik Hisham.."emm sa..sa..saya kawan Hanisha"kata Rizqi tergagap gagap.."haha hang kenapa Tak apa cakap ja nak apa"kata pakcik Hisham.."sebernya"belum dia berkata kata mak cik Lina datang ke ruang tamu dengan membawa air kop.."ha ni isteri pakcik , mama Hanisha.."kata pakcik Hisham.."makcik apa khabar?sihat?"Tanya Rizqi.."alhamdulilah sihat ja"kata Mak cik Lina.."ha sambung tadi nak cakap apa"kata Pakcik Hisham pula.."sebernarnya saya dah lama suka dekat Hanisha tu dan saya cintakan dia , saya datang ni pun saya ada hajat"kata Rizqi.."hajat apa?"Tanya Pakcik Hisham , mak cik Lina sudah agak akan hajat itu.."saya datang ni nak meminang Hanisha"kata Rizqi dan mengeluarkan cincin dari poket bajunya itu..
Setelah mereka bertiga bincang , Abah dan mama Hanisha setuju , Tanpa memberitahu kepada Hanisha.."terima kasih Pakcik , makcik"kata Rizqi dan menyalam pakcik Hisham.."sama sama"kata pakcik Hisham.."pakcik saya nak kena balik dah ni , esok saya nak kena balik Kem dah ni"kata Rizqi.."Kem apa Rizqi?"Tanya mak cik Lina.."ohh saya lupa pula nak bagitahu saya sebernarnya tentera"kata Rizqi.."la yaka ,baik baik..Rizqi balik elokk elokk ya , drive tu hati hati"kata Pakcik Hisham.."balik dulu ya makcik , pakcik"kata Rizqi.."baik , nanti Kalau ada apa apa nak bincang call ja pakcik atau makcik"kata Pakcik Hisham.."okay"kata Rizqi dan melambai lambai tangan ke arah Pakcik Hisham dan Mak cik Lina..Dia menekan pedal minyak dan pulang ke rumahnya..
"abang mesti nisha suka kan?"kata mak cik Lina.."mestilah dia suka , Rizqi kan memang dah kawan dengan dia"kata pak cik Hisham..Mereka berdua masuk ke dalam rumah apabila Kereta Rizqi tidak kelihatan lagi..
sweet lahh Rizqi ni ;) Happy reading guys:)
Share this novel