Chapter 8

Family Completed 17950

BAB 8

Aryana dan Lyana kelihatan mesra selepas seminggu kejadian tragis berlaku dalam kehidupan mereka. Kedua-dua mereka sedang rancak berborak dan kelihatan mesra.

Aryana: Lyana, mama tengok Yana makin ceria. Yana okey ke sekarang?
Lyana: Yana rasa lebih selamat jika mama selalu ada dekat dengan Yana.
Aryana: Mama rasa kita perlu ubahlah kehidupan kita. Mama rasa mama nak mulakan hidup baru. Mama nak buat sesuatu yang mama suka.
Lyana: Mama nak cari kerja baru ke?
Aryana: Mungkin.
Lyana: Ingat tak Haji Ismeth pernah bagi kunci kedai dia dekat mama, mama nak buat apa dengan kunci itu?
Aryana: Tak tahulah Yana, mama pun tak pasti.

Tiba-tiba telefon di ruang tamu bordering dan Lyana mengangakt panggilan telefon tersebut.

Lyana: Hello, siapa di sana?
Aryana: Siapa itu Yana.
Marissa: Yana apa khabar, ini mak cik Marissa. Mama mana?
Lyana: Oh, mak cik, Yana baik. Sekejap mama ada. Mama, mak cik Marissa telefon.
Aryana: Oh, sebentar. Hello, Marissa apa khabar?
Marissa: Baik, akak? Sihat ke?
Aryana: Sihat. Macam mana dengan majlis kebumi arwah mak cik?
Marissa: Alaisa kirim salam kepada akak dan dia terkejut dengan tindakan akak. Kenapa akak tak hadiri majlis kebumi mak cik?
Aryana: Panjang ceritanya Marissa. Akak rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercerita. Marissa, akak minta Marissa tak Tanya lagi pasal hal ini.
Marissa: Baiklah.

Marissa dan Aryana rancak berbual sambil kedua-dua mereka kelihatan tersenyum manakala Lyana sedang menonton televisyen sambil tersenyum melihat karenah ibunya yang rancak berbual dengan mak ciknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience