Chapter 2

Family Completed 17950


BAB 2

Kelihatan sebuah kereta berwarna merah memasuki perkarangan rumah Mak Cik Sarita. Aryana dan Marissa keluar diikuti dengan Lyana yang kelihatan masam.

Aryana: Mama tak nak anak mama jadi pentingkan diri. Nenek Sarita banyak bantu mama dengan auntie Marissa masa kecil. Jadi kita pun hanya lawat dia sekali sekala. Mama tak nak Lyana asyik mengeluh nak balik sahaja.
Lyana: Ya mama, Cuma Yana harap mama tak duduk lama-lama kat sini.
Marisaa: Kak, Marissa pun tak boleh lama kat sini sebab esok Marissa kena buka salun awal.
Aryana: Ya, akak cuma nak melawat dan lihat Mak Cik Sarita sahaja.

Mereka pun memasuki ruang rumah Mak Cik Sarita dan kelihatan Mak Cik Sarita tersenyum melihat kedatangan anak suadaranya yang sanagt beliau kasihi.

Mak Cik Sarita: Aryana, Marissa sini peluk mak cik!
Aryana: Mak cik, rindu dekat mak cik. Rindu sangat.
Marissa: Mak cik apa khabar?
Mak Cik Sarita: Sihat, Alhamdullilah kamu berdua?
Aryana: Kami sihat, mak cik ingat tak dekat Lyana anak saya?
Mak Cik Sarita: Oh, Lyana! Mestilah ingat. Mana dia.
Lyana: Nek, apa khabar?
Mak Cik Sarita: oh, dah besar dah, nenek sihat cu, eh masuklah, mari!
Aryana: Mari, sini Aryana pimpin nenek masuk

Mak Cik Sarita tersenyum riang melihat gelagat anak saudaranya sambil diiringi oleh Marissa dan juga Lyana.

Aryana: Mak cik, marilah tinggal dengan saya dan Lyana. Zaher suami saya pun ada sekali. Risaulah jika biarkan mak cik tinggal berseorangan di sini. Bahaya dan nanti tak tahu apa terjadi dekat mak cik nanti.
Mak Cik Sarita: Tak perlu risau, mak cik dah biasa tinggal sendiri, kalau ada apa-apa hal, Alaisa kan ada? Jangan risau.
Marissa: Mak Cik, tumpang ke tandas sekejap ya!
Mak Cik Sarita: Oh, tandas bawah dah rosak, tinggal tandas atas je yang boleh berfungsi, gunalah tandas atas.
Aryana: Mak cik turun naik tangga hari-hari ke?
Mak Cik Sarita: Dah biasa dah, tak mengapa.
Marissa: Sekejap ya.
Lyana: Mama, Yana ke luar sekejap, nak telefon kawan.
Aryana: Ya, jangan lama-lama sangat

Mak Cik Sarita tersenyum dan Aryana melihat anaknya, Lyana berjalan keluar ke hadapan rumah. Pada masa yang sama, Marissa sedang berjalan menuju ke tandas dan dia yang agak penakut kelihatan aneh melihat suasana kawasan tingkat atas dan terhidu bau yang mengingatkan beliau kepada ibunya, Sofiya.

Aryana: Sedapnya popia ini, mak cik buat ke? Macam rasa masakan mamalah.
Mak Cik Sarita: Sedapkan, makan sampai habis takut nanti tak habis, membazir pula.
Marissa: Lyana, mari masuk makan popia nenek sarita ini, sedap tahu. Rugi tak rasa.
Lyana: Sekejap!
Aryana: Anak saya ini pantang ada telefon dekat tangan, mulalah dia tak ingat dunia!
Mak Cik Sarita: Tak apalah, budak muda!

Aryana dan Marisaa hanya mampu tersenyum, manakala Mak Cik Sarita kelihatan sedang gigih menyiat popia sardin dan menyuapkan cebisan tersebut ke dalam mulut Aryana dan Marissa.

Marissa: Jom kita pulang!
Aryana: Sekejap, akak nak bersihan pinggan-pinggan ini. Lyana, tolong auntie Marissa bersihkan meja di hadapan.
Marissa: Dah bersih dah!
Aryana: Marissa, lain kali janganlah kamu ini terlalu baik dengan Lyana nanti naik minyak dia. Risau akak tengok dia.
Marissa: Remaja kak, biasalah.

Aryana hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

Aryana: Mak Cik kami pulang dahulu, terima kasihlah dengan makanan ini. Buat susahkan mak cik sahaja.
Mak Cik Sarita: Taka palah, mak cik sahaja buatkan untuk kamu. Nanti kirim salam mak cik kat Zaher, dah lama tak jumpa dia.
Aryana: InsyaAllah!
Marissa: Kami pulang dahulu mak cik, hari sudah nak gelap ini. Mak Cik nanti tak perlu iringi kami, mak cik terus je masuk.
Mak Cik Sarita: Hati-hati jalan. Nanti janganl lupa makan makanan-makanan itu tahu.
Aryana: Jaga kesihatan mak cik.
Mak Cik Sarita: Baik, hati-hati.
Aryana: dan jangan lupa nanti kalau Aryana datang lagi Aryana akan bawa mak cik ke Kuala Lumpur sekali dengan kami. Takutlah dengan kesihatan mak cik yang tak menentu ini.
Mak Cik Sarita: Kita tengok nanti.
Aryana, Marissa dan Lyana: Selamat jalan mak cik.

Mereka pulang ke Kuala Lumpur sambil melambai mesra ke arah Mak Cik Sarita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience