Chapter 4

Family Completed 17950

BAB 4

Aryana tiba di perhentian bas dan kelihatan Lyana sedang menunggu kepulangan ibunya dalam keadaan resah dan takut.

Aryana: Kenapa tunggu mama panas-panas hari ini sayang?
Lyana: Mama (Sambil memeluk Aryana)
Aryana: Sayang, kenapa anak mama ini?
Lyana: Mama, maafkan Yana.
Aryana: Kenapa? Jom, kita balik. Cerita kat mama kenapa?
Yana: Mama, Yana sedih sangat

Kedua-dua mereka pulang ke rumah sambil berpelukan dan Aryana sedang memujuk anaknya untuk tidak menangis.

Kedua-dua mereka sampai ke rumah selepas lebih kurang sepuluh minit berjalan. Lyana tetap kelihatan sugul dan tidak bermaya manakala Aryana masih lagi tertanya-tanya kenapa anaknya bersikap sebegitu.

Aryana: Yana, kenapa ni, jangan takutkan mama.
Lyana: Mama.
Aryana: Kenapa? Sekejap, mama nak pergi ambil air, haus pula!
Lyana: Mama, jangan marahkan Yana.

Tiba-tiba, Aryana yang sedang menuju kea rah peti ais di dapur terkejut melihat tubuh Zaher, suaminya berlumuran darah dan kelihatan tidak bergerak. Aryana terkejut dan menangis.

Aryana: Zaher, Yana. Papa, Yana.
Lyana: Mama. Papa, cuba rogol Yana. Papa terkam badan Yana dan cuba cium bahu Yana. Yana takut, kat tangan Yana ada pisau masa itu. Yana cakap dengan Papa jangan peluk lagi kalau tidak Yana tikam. Papa kata, Yana tak berani buat sebab Yana bukan anak Papa. Yana cinta hati Papa. Yana takut mama. (Sambil menangis)
Aryana: Yana, tak apa, Yana tak salah. Jangan nangis.

Kedua-dua mereka berpelukan dan menangis melihat sekujur tubuh di hadapan mereka iaitu mayat Zaher, suaminya.

Aryana kelihatan tidak menentu lalu mengesat air mata beliau dan lantas terus keluar ke hadapan rumah sambil diikuti oleh anaknya Lyana.

Lyana: Macam mana sekarang ini mama?
Aryana: Mama pun tak tahu sayang. Mama pun tak tahu.
Lyana: Maafkan Yana mama.

Kedua-dua mereka berpelukan dan kelihatan hilang arah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience