Bab 2

Romance Series 10163

Aku mengambil selipar yang terletak di rak kasut di luar.Hmmm..baik cepat pergi!Dari sini dah boleh dengar orang tua tu  memaki hamun aku!Pedih telinga aku mendengarnya!Yang tak tahan arwah bapaku juga turut dipersalahkan padahal dia yang menggatal dengan arwah lepas arwah dah tiada...dia bermaharajalela dengan duit arwah.Bukan nak berjimat dah tau dia dengan anak dia pemalas bukan nak kerja ke apa.

Selepas selesai menuruni lif aku pergi ke taman permainan yang terletak di tingkat 6 itu.Kesunyian telah melanda...aku cuba menahan air mata supaya tidak mudah banjir.Emak kalau mak ada mesti kakak tak kena duduk dengan perempuan tu!Dahla tak malu semua harta ayah dikautnya..dan kakak terpaksa hidup begini..kakak tak ubah macam hamba abdi dalam rumah tu..kakak hanya ada rantai emak je untuk kakak kenangkan.

Saat terpandangkan rantai emas bertakhtakan berlian yang tersorok dalam baju baby T yang kupakai...aku hanya merenung seketika dengan perasaan berbaur.Hoii!!!Aku memusingkan kepala dan terpandangkan Ikhmal berbaju sekolah itu.Wei bro ponteng sekolah ke?soalku.Yep!Sebab kaulah!Aku dah semangat kut nak pergi tapi aku tengok motor kau ade je kat parking tu so aku pun malaslah nak pergi.

"Wah pandai punya orang"perliku.Eh asal dahi kau tu  ujarnya caring.Hmm maybe aku yang syok sendiri kut lahai..Ermm berat aku nak cerita bro.Mesti pompuan tu buat kan?ujarnya pantas.

Aku tiada jawapan untuk soalan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience