Woiii!!Kau ni dasar pemalas kan?jerit Dayana di muka pintu bilikku pada pagi Ahad itu.Bodoh!Diamlah!Aku nak tidur kataku mamai sambil melangkah malas ke arahnya sambil menghempas pintu bilikku.Tanpaku sedari jari telunjuk minah tu memang runcing dan panjang itu ada di muka pintu tersepit di celah pintu.Ouchhhhhh!!Jerit Dayana.Sengaja mahu Puan Mashitah mendengarnya.Aku menguis sedikit pintu dan dengan pantas jari Dayana yang tersepit itu hilang.Tau takut..kataku.Tidak semena-mena rambutku dicekak kasar oleh Puan Mashitah yang serupa macam mak lampir tu.Sakitttt lah woiiiii!!!!Jeritku kuat.
Lepas!!!!Puan Mashitah terus menampar pipiku bertalu-talu.Tidak akan kubiarkan kali ini!Puan Mashitah memang melampau..Aku terus menendang perutnya dan dan Puan Masthitah jatuh tersembam di atas anaknya lalu termuntah.Aku memandangnya dengan perasaan jijik sekali!
Puan Mashitah terus bangun mengejarku dan teruk kali ini aku dibantai..macam perempuan kena smackdown..Puan Mashitah seperti orang tiada waras.Aku juga kali ini melawan ganas..alah apalah nak dibandingkan tenaga mak gajah dengan Aku yang sentiasa bertenaga ini.
Aku terus masuk ke dalam bilikku.Mukaku lembam dan bibirku pecah di bahagian kiri.Teruk juga mukaku dibelasah..bilalah aku nak keluar dari neraka yang diciptakan emak tiriku bersama kakak tiriku.Tak masuk dengan abang tiriku...Tapi dia ada lagi 1 semesta nak habis boarding..aku tak pernah jumpa dia.Entah-entah hensem...Urghh tak sanggup dengan mak tiriku pastu jadi emak mentua.Memang taklah!Pinggan tak retak nasi tak dingin.Orang tak nak aku lagi tak hingin.Aku bukanlah perempuan jenis hidung mancung pipi tersorong-sorong.
Share this novel