Setelah 3 bulan berkawan aku dan Akmal mulai rapat.Suri kau rasa Akmal tu macam mana?soalku kepada Suri yang sedang menyikat rambutnya itu.
Aku memerhatikan raut wajah Suri yang berubah itu.Jelas sekali!Aku rasa kau tak patut teruskan dengan Akmal tu..balas Suri perlahan.Kenapa pula?Soalku tidak puas hati.Ker kau minat kat Akmal ..Suri?Ek?Mana ada nafi Suri.Aku ada boyfriend macam Akmal juga cuma dia lain..Akmal lain.Aku ingat kalau Akmal ajak aku kahwin aku setujula.Solat istikarah pun dah buat tapi samar-samar je.Aku ikut kata hati aku jela.Suri tidak memberikan apa-apa pendapat.
Aku berjalan ke pintu masuk cinema.Aku janji dengan Akmal nak tengok wayang..Hmm..Lambat 10 minit dah ni rungutku.Tiket dah beli.Helo..Awak saya ada urgent meeting...sorry saya terpaksa cancel tengok wayang..takpe kan.Hmm takpela...balasku malas.Kalau tahu ada kerja jangan gatal-gatal setuju.Hatiku mendongkol marah.Geram juga.Cepat-cepat aku mengurut dada beristigfar.
Aku merenyukkan tiket wayang dan membuang ke dlaam tong sampah.Sebal tak de mood nak tengok wayang!
Aku berjalan menunduk di shopping complex itu.Sambil menjamu mata melihat baju berfesyen terbelah sana sini.Eh!Yuhanis Alia kan?Soal pemuda di belakangku.Ah!Ni mesti Ikhmal kan?balasku pula.Siapa lagi yang tahu namaku.Tambahan pula ada lesung pipit.Ikhmal punya lesung pipit lah yang paling ketara dalam ingatan ku.Memang aku sakit hati sebab Akmal..tapi aku gembira dapat jumpa Ikhmal.
Kau kerja apa sekarang Mal?Segak dengan sado nampak.Ikhmal hanya ketawa kecil.Kerja engineer je..takla macam kau mesti arkitek kan.Yep.Kau ingat lagi en cita-cita aku.Orang yang aku sayang mestilah aku ingat.Aku hanya tersenyum pahit.Kelu seketika lidah untuk berbicara.Ermm kenapa kau pindah sekolah Mal?Masa tu sudahlah aku loner Mal..pergi study pun sorang.Ikhmal hanya diam membisu.
Abaikan jela Mal.Macam mana mak tiri kau tu?Aku pergi sambung Unimas..entah aku rasa habis dah dia cekau duit insuran ayah aku..balik-balik rumah kena lelong..barang semua tak boleh amik!Bank dah lelong semuanya..kereta motor...aku tak taulah apa yang dia hutang bank sangat tu.Ouh.
Eh sorang je ke?Tak bawak orang rumah?soalku mana tau bini dia tengah shopping ke.Mana ada..aku tak kahwin lagi.Hah kau mana suami?Tak ajak sekali ke?Soalnya pula.Suami ada kat rumah..sengaja mahu menduga reaksinya.Ternyata berubah reaksinya.Ouh yeke.Tak la kan aku kata..aku loner...tapi ada la mamat dapat cuit sikit hati aku.
Share this novel