BAB 2

Romance Completed 7856

Bukan dia. Bukan, Ismail bukan orangnya. Aku tidak mencari seseorang yang boleh menggantikan Iklil dalam hatiku, tapi sekurang-kurangnya seseorang yang boleh beri aku perasaan yang lebih kurang sama macam yang aku rasa apabila melihat Imtiaz.

Berjumpa dengan Aamin, seorang peguam lewat 20-an, berkarisma, bekerjaya, menepati masa, good-looking (mungkin kerana keperibadiannya) yang memandang serius dalam setiap perkara, yang mencari satu titik persamaan dalam perhubungan, yang mahukan kesempurnaan.

Huh! Baru duduk beberapa minit dengan lelaki ini aku dah terasa ‘bahangnya’. Ya, perfectionist itu bagus tapi mencari kesempurnaan dalam pertemuan pertama janji temu buta, bukankah itu merimaskan? Malah, menakutkan!.

“Saya tak datang sini dan berjumpa dengan awak semata-mata untuk menghabiskan masa saya kerana saya berpegang pada prinsip masa itu emas. Jadi saya akan beritahu apa yang saya mahukan dan apa yang awak cari dalam perjumpaan ini. Jika kita jumpa satu titik persamaan, mungkin kita akan terus berjumpa lagi, tapi kalau tidak saya tak rasa yang kita perlu buang lebih banyak masa di sini.” Katanya.

“Oo..key.” terkelu sekejap aku dibuatnya.

“Awak atau saya yang nak mulakan dulu?” Soalnya.

“Errmm.. awak.”

“Saya akan masuk fasa 3 series tahun depan, sangat workaholic, sangat pentingkan masa dan kesempurnaan. Saya seorang peguam, bekerja di firma guaman milik saya dan rakan kongsi, mencari calon isteri yang sekurang-kurangnya bekerjaya, berdikari dan boleh terima saya seadanya.”

Dia pandang aku. Maksudnya dah sampai giliran aku pula untuk memperkenalkan diri. Saat itu aku Cuma rasa macam nak garu kepala sahaja. Tiba-tiba aku jadi tak tahu nak cakap apa.

“Your turn cik Adrianna.” Katanya apabila dilihat aku masih belum bersuara.

“Yeah.” Aku mengangguk sambil terfikir-fikir bagaimana harus aku gambarkan diri aku sendiri.

“Saya..” jeda “Saya datang sini bukan untuk cari calon suami, saya cuma suka-suka je.” Seboleh mungkin aku cuba meringkaskan pertemuan kami ini. Jika calon isteri yang dia cari, maka aku bukanlah orangnya dan kami boleh hentikan temujanji ini sampai disini saja.

“Oh.” “Saya tak main-main dalam hal yang sebegini, jadi saya rasa awak mahupun saya dah tahu jawapannya, jadi.. maafkan saya kalau saya mintak diri terlebih dahulu?”

“Ya, tak apa, tak apa. saya faham, awak.. sibuk.”

“Maafkan saya.” Dia bangun dan menolak kerusinya ke bawah meja. “Oh ya, untuk hari ini, saya bayarkan.” Sebelum berlalu dia tarik segaris senyum, tundukkan sedikit kepalanya dan berlalu pergi.

Dan aku, tarik nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience