BAB 7

Romance Completed 7856

Selepas dia buat bayaran di kaunter, dia beri aku satu manga untuk aku baca.

***

Mata aku terasa berat bila sudah berjam-jam aku berbaring sambil membaca novel yang baru aku beli semasa temankan Umar pergi kedai buku hari itu. Cukuplah untuk hari ini Marissa, there are many other interesting things to do selain baca novel.

AKu cuba memotivasikan diri aku sendiri kerana hakikatnya aku masih belum mahu tutup novel itu lagi. Novel itu aku letakkan di atas meja sebelah katil, bertindan pula dengan komik yang Umar beri.

Aku capai pula komik itu dan aku selak secara rambang. Mukasurat berwarna. Gambar cantik, tapi.. ah banyak lagi benda menarik boleh dilakukan selain baca komik, Marissa!

Sekali lagi aku mengingatkan diriku.

Komik itu aku letakkan semula dan keluar dari bilik tidur.

***

“Hai, datang majlis saya nanti ya?”

Dan kad itu bertukar tangan. Aku cuba untuk senyum walau aku sedar untuk menggerakkan bibir aku itu pun terasa berat sekali. Aku cuba untuk menuturkan kata ‘tahniah’ dalam nada yang teruja dan gembira tapi ternyata ianya sukar. Terlalu sukar sehinggakan aku Cuma mampu mengucapkan tahniah dalam senyuman yang hambar.

“Awak akan datang kan?” Soalnya. Reaksi mukanya kelihatan gusar. Risau kalau aku mungkin tidak datang.

“Ya, inshaallah.” Aku pamer senyuman teruja yang kenyataannya palsu.

Dia senyum, lega. “Oklah, kita jumpa nanti.” Dia angkat sebelah tangan dan berlalu pergi.

Kad bersampul di tangan aku buka,

“Walimatul Urus Imtiaz dan…” Haaahh.. kalaulah nama perempuan itu digantikan dengan nama aku..

Ah, sudahlah Marissa, she made for him, not you! Kad itu aku simpan kembali dalam sampulnya

Bukankah makna bahagia itu apabila melihat orang yang kita suka bahagia dengan pilihan hatinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience