BAB 9

Romance Completed 7856

Limau yang ada dalam beg doorgift dari kenduri Imtiaz tadi aku keluarkan. Limau sebiji itu aku pisahkan kepada dua bahagian, seulas limau aku tarik dari kulitnya dan aku buang urat-urat yang berwarna putih itu. Aku tak suka makan benda tu, kelat.

Walaupun ada sesetengah orang cakap urat-urat yang berwarna putih itu baik dimakan, tapi aku peduli apa. Sampai togel limau seulas itu aku buang uratnya, kemudian aku kupaskan lagi kulitnya supaya yang tinggal hanya isi limau itu sahaja, baru aku masukkan dalam mulut.

Aku memang tak reti makan limau seulas-seulas macam tu saja sebab nanti aku mesti akan tercekik. Pelik. Tapi aku terpaksa terima hakikat ini.

Umar awal-awal lagi sudah dihabiskan limaunya. Aku tak sedar yang sejak tadi dia memerhatikan aku dan limau seulasku sehinggalah aku memandangnya.

“Macam tu awak makan limau?” Soalnya dengan dahi berkerut. Aku senyum je.

“Marissa, cuba cerita kat saya kenapa awak attend blind date?”

“Kenapa tiba-tiba nak tau?”

“Sebab kawan awak yang kahwin tu?” Soalan aku dibalas dengan soalan juga darinya. Aku tak menjawab. Prosedur limau itu aku ulang lagi sebelum aku makan. Umar setia menunggu sekalipun dari reaksi mukanya aku faham yang dia tak sabar menantikan jawapan dari aku.

Spontan Umar capai limau di tanganku dan dimasukkan dalam mulutnya.

“Kenapa susah-susah nak kupas satu persatu? Masuk jelah dalam mulut, kunyah dan telan. Dah. Bukankah nanti kat usus juga duduknya?” kata Umar. Aku tak beri reaksi, seulas lagi limau aku ambil. Masih melakukan prosedur yang sama.

“Kenapa tak nak jawab?” Soal Umar. Aku mengeluh.

“Ya, saya pergi blind date sebab saya nak cari alasan untuk saya lupakan dia. Maksud saya, lupakan perasaan tu terhadap dia dengan cari ‘crush’ yang baru. Saya percaya rasa suka itu boleh hilang bila kita jumpa orang yang lain untuk kita suka.”

“Jadi selepas saya, awak ada pergi blind date lagi?” Aku geleng.

“Belum lagi.” “Kenapa?” Soalnya. Aku jongket bahu.

“Entah.”

“Ke sebab saya dah buat awak b erjaya lupakan dia?” Aku pandang dia dan senyuman perasannya itu. Heh, seriously?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience