Pendahuluan

Other Completed 223

DAJAL ialah salah seorang manusia daripada keturunan Nabi Adam AS. Dia memiliki pelbagai sifat seperti yang diterangkan dalam beberapa hadis.
Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis ‘kafir.Hanya orang kafir sahaja yang tidak dapat melihat perkataan 'kafir' tersebut.Dajal itu buta pada mata sebelah kiri, berambut tebal serta mempunyai syurga dan neraka. Tetapi nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka.
Dia membawa dua sungai yang mengalir, sungai yang pertama terlihat aliran air yang putih, sedangkan sungai kedua lagi terlihat aliran api yang berkocak. Oleh itu sesiapa yang berjumpa dengannya, hendaklah mendatangi sungai yang berupa api, lalu pejamkan matanya. Kemudian menunduk sambil meminumnya kerana sebenarnya ia adalah air yang terasa sejuk.”
sabda Nabi SAW dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari: “Tidak akan ada sebuah negeri pun yang tidak dipijak Dajal melainkan Makkah dan Madinah.

Rasulullah S.A.W bersabda : “Tidak pernah wujud di sepanjang penciptaan Adam A.S sehinggalah terjadinya kiamat, makhluk yang lebih besar fitnahnya daripada Dajal Laknatullah”

Dajal dikenali sebagai pembawa fitnah yang sangat besar)
Sehinggakan orang yang beriman boleh bertukar keimanannya setelah melihat beberapa fitnah yang ditimbulkan. Fitnah Dajal Laknatullah yang sangat hebat ini mampu menggugat keimanan kepada Allah S.W.T dan kepercayaan kepadaNya.

Amany Elisha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience