Syurga Neraka dan menghidupkan orang mati

Other Completed 223

(1) Selain itu, Dajal Laknatullah juga memiliki kebolehan menampakkan gambaran Syurga dan Neraka kepada manusia yang cuba disesatkannya.

Gambaran tersebut adalah terbalikan, iaitu sekiranya apa yang di gambar itu Syurga, hakikatnya ia adalah Neraka dan begitu juga sebaliknya.

(2) Maka sesiapa yang terpengaruh dengan fitnah Dajal Laknatullah akan memilih Syurga Dajal dan meninggalkan Syurga Allah S.W.T;

“Daripada Salamah bin al Akwa’, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda mengenai Dajal: Bersamanya (Dajal) dua gambar. Sebuah gambaran syurga, dan sebuah lagi gambaran neraka. Bersamanya juga syaitan-syaitan yang menyerupai manusia-manusia yang telah mati. Mereka berkata kepada manusia yang hidup “adakah kamu kenal saya?” Akulah saudara kamu, atau bapa kamu, atau saudara mara kamu. Lalu manusia yang hidup bertanya “Bukankah kamu telah mati?” Lalu dia menjawab “Inilah (Dajal) tuhan kami, ikutlah dia.. tuhan akan memperkenankan apa yang dia kehendaki

(2) Dalam hadis di atas menggambarkan bagaimana syaitan bersama Dajal untuk menyesatkan manusia. Dajal tidak bersendirian;

“Daripada Abi Umamah al Bahili R.A, beliau berkata: Rasulullah S.A.W berucap di hadapan kami. Kebanyakan ucapannya menyebut mengenai Dajal, dan meminta kami berjaga-jaga… di antara yang disebut: Di antara fitnahnya ialah, apabila dia (Dajal) berkata kepada orang jahil, “adakah kamu ingin lihat aku membangkitkan ibu bapa kamu (yang telah mati)? Adakah kamu akan beriman denganku? Orang tersebut berkata: Ya.. Lalu dua ekor syaitan menyerupai bapa dan ibunya, lantas berkata : wahai anakku, berimanlah dengannya.. sesungguhnya dialah tuhan.”

Amany Elisha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience