Penipuan yang halus

Other Completed 223

1) Antara lain yang disebutkan oleh Nabi S.A.W bahawa Dajal mampu membunuh seseorang, kemudian dengan sihirnya menghidupkan semula orang itu;
“Abu Hurairah R.A berkata: Dajal akan bertempur dengan seorang lelaki dari kalangan Islam. Lalu dia berjaya membunuhnya, kemudian menghidupkannya semula. Lalu dia berkata “Adakah aku tuhan kamu? Tidakkah kamu melihat aku mampu menghidup dan mematikan?”
(2) Di dalam hadis yang lain juga menceritakan bahawa Dajal mempunyai sihir yang dilihat menyembuhkan penyakit;
Daripada Hassan bin Samurah bin Jandab R.A, Nabi S.A.W pernah bersabda : Sesungguhnya Dajal itu pasti akan muncul. Dia mengalami kecacatan pada mata kirinya, yang terdapat daging timbul di bahagian tersebut. Dia mampu menyembuhkan sopak dan kusta, menghidupkan orang mati.. dan dia berkata “akulah tuhan kamu”. Maka, sesiapa yang berkata “kamu adalah tuhanku”, bermakna dia telah menyebarkan fitnah. Sesiapa yang berkata “Tuhanku adalah Allah yang hidup dan tidak akan mati”, maka dia akan dipelihara daripada fitnahnya (Dajal).”
(3) Di dalam hadis yang lain menggambarkan penipuan Dajal cukup halus, sehingga manusia terjerat dengan fitnahnya;
Daripada Safinah R.A penjaga Rasulullah S.A.W, beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Turut bersama dengannya ialah dua orang malaikat, yang menyerupai sebagai seorang nabi.. sekiranya kamu ingin tahu, aku akan menyebut namanya dan nama kedua ibu bapanya. Salah seorang berada di kanan Dajal, dan seorang lagi di sebelah kirinya. Itulah yang dikatakan fitnah.. Maka Dajal berkata: Bukankah aku tuhan kamu? Bukankah aku telah menghidup dan mematikan? Lalu dua orang malaikat tadi berkata: Penipu.. Tiada siapa yang mendengar kata-kata malaikat tersebut, melainkan orang yang ditanya oleh Dajal. Lalu orang tersebut berkata: Ya, kamu benar.. (dengan niat mengatakan kebenaran pada kata-kata Malaikat tadi).. Lalu manusia yang lain mendengarnya, dan mereka menyangka bahawa orang tersebut membenarkan Dajjal.. itulah yang fitnah..

Amany Elisha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience