Bab 2

Romance Completed 7860

LISA dah ketawa terbahak-bahak. Huh, bahak-bahak, nanti aku sumbat masuk cicak dalam mulut tu, terui bunyi cicak pula!

“Aku tak ada masa nak kahwin ni semua. Boleh tak kalau tak payah kahwin? Aku suka kut hidup macam ni. Aku tak perlukan lelaki dalam hidup aku.”

Kata-kata aku tu memang betul pun. Ini hidup aku, bukan hidup Tok mi. Aku boleh survive sendiri hidup ni. No need nak kahwin bagai. Bukan aku lesbian, tapi aku hanya tak suka lelaki.

Erk? Salah-salah. Bukan tak suka lelaki, tapi aku tak nak fikir soal lelaki. Sejak bila? Sejak ni...

Sejak aku tersilap kawan dengan suami orang! Huh, naya hidup aku masa tu.

“Kau tak nak ada anak? Kau tu seorang aje tau. Hanya ada Tok mi dan Tok yah. Kau perlukan suami dan anak-anak. Nanti kau dah tua siapa nak jaga kau?” Lisa dah bersuara. Aku dengan senang jawab macam ni aje...

“Apa guna ada anak yatim? Aku boleh pilih mereka untuk hidup bersama aku.”

Nampak? Kacangkan jawapan sakai aku.

“Giloss! Suka hati kau la Fia! Malas nak bercakap dengan kau ni.”

“Malas nak bercakap, nanti kejap lagi datang meja aku bercakap dengan aku juga.” Jeling aku ke arah Lisa. Geram aje dengan bini dan mak orang ni. Tak padah dengan perut dah melayut. Urmmm, Lisa tengah mengandung tu, baru 4 bulan. Masuk kandungan ni dah nak masuk dua orang anaklah.

“Ni mesti duk kutuk perut aku! Dah dah, petang ni kau pergi tengok apartmen yang ni. No rumah 2324. Dia nak ubahsuai reka bentuk dalaman ruang tamu dan dapur dia.” Lisa memberi aku satu fail berwarna kuning cair itu. Aku pun buka fail tersebut dan tengok segala maklumat yang ada.

“Encik Furqan.” Nama lelaki tu termuncul keluar juga dari mulut aku.

Fur....Qan? Apa nama ni? Pelik pula. Nama aku juga yang sedap.

Ilmi Syafia.

Aku tersenyum mengejek. Nama Furqan? Entah mana dapat nama Furqan. Tak pernah dengar. Aku menjelir lidah ke arah fail kuning tu. Seolah-olah macam menjelir lidah dekat tuan punya nama yang pelik. Huh, bukan Encik Furqan tu tahu pun.

Aku gila? Aah kut. Kadang kepala terputus fius ada juga dalam kepala otak ni. Lantaklah. Bila terpandang kad nama Encik Furqan tu, aku teringat pula dekat anak riak yang Tok mi cerita semalam. Anak riak tu nama Megat. Dan dia peguam. Samalah macam Encik Furqan ni, peguam juga.

“Furqan & Co.” Furqan and company. Peguam.

Yang aku tahu peguam ni biasanya pendiam. Tapi pendiam mereka bukannya bodoh, kalau bodoh, buat apa boleh jadi peguam, kan? Pendiam mereka tu sebab berfikir. And satu lagi, peguam ni kalau cakap mesti nak betul aje, nak menang aje, kan? Senang juga ni kalau jumpa Megat. Nanti ada alasan nak beri dekat Tok mi kenapa aku tak ngam dengan anak riak tu.

Tak ngam sebab Megat cakap nak betul aje, aku cakap semua nak bangkang! Huh! Tak payahlah Lisa tolong fikirkan idea, aku dah dapat dah. Patut berterima kasih dekat Encik Furqan ni sebab nampak nama kad dia aje, dah dapat beri aku idea.

“Terima kasih Encik Furqan.” Aku tersenyum senang. Horay!

Rasa aman pula hidup pada pagi ni. Tapi terus jadi jahanam bila tiba petang. Sebab...

“Boleh saya tahu yang encik minta saya ke sini sebab nak buat pengubahsuaian apartmen ni, kan?”

Encik Furqan diam saja. Dia tenung aku dari tadi. Dah kenapa? Gila? Kurang siuman? Kalau nak tahu, dah 20 minit aku duk berdepan dengan Encik Furqan ni tau. Tapi satu patah haram jadah dia tak bercakap. Dia tengok aku aje. Aku pula?

Aku tengok dia jugalah!

“Boleh tahan juga. Cantik, menarik.”

Aku menarik nafas lega. Bersuara juga lelaki ni. Ingat bisu tadi.

Ada ke peguam bisu?

“Encik nak ubah suai agar cantik dan menarik ke? Encik nak ubahsuai yang macam mana? Untuk apartmen encik ni, saya rasa tak banyak nak diubah. Cuma perlu banyak untuk ditambah.” Ujar aku. Aku nak cepat ni tau, tak boleh berlama-lama.

“Saya tak nak ubahsuai apa-apa pun. Sengaja saya suruh awak datang.”

What?! Giloss! Apa kes ni? Aku banyak kerja. Bukan ada appoiment dengan dia ni aje, banyak lagi klien aku nak jumpa!

Aku bangun dan berdiri.

“Awak gila? Tak siuman? Terencat ke apa? Yang saya tahu, saya ke sini sebab nak bantu klien saya untuk pengubahsuaian rumah dia. Tapi saya datang sini, tunggu awak nak bercakap pun ambil masa 20 minit. Saya ingat awak bisu ke, sembelit ke, sebab tahi keras, semalam tak makan sayur. Tapi rupanya awak sengaja suruh saya datang sini? Boleh explain tak kenapa? Saya tak nak bua...”

“Lagi satu, saya suka orang banyak bercakap. Macam awak.”

Aku belum habis membebel, dia dah mencelah. Apa kes ni?! Nak apa ni? Aku tenung lelaki yang sedang duduk tu atas bawah. Kacak? Ya kacak. Tapi tak akan buat aku terpikat pun!

“Saya nak balik. Terima kasih Encik Furqan. Terima kasih banyak-banyak sebab buat saya gila hari ni.” Ujar aku dan nak berlalu pergi.

“Saya Megat. Megat Furqan Bin Megat Ezwan.”

Langkah kaki aku terhenti. Aku terdiam sejenak berdiri membelakangkan lelaki itu. Megat?

“Saya anak lelaki Syarifah Badriyah.”

Ujar lelaki tu lagi. Sah! Dialah Megat yang Tok mi cakap semalam. Dan masa tulah hidup aku kucar-kacir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience