Bab 8

Romance Completed 7860

AKU melangkahkan kaki aku untuk ke kereta aku. Selesai dah berjumpa dengan bos besar projek dekat Kedah tu. Aku dan Lisa terus memboloskan diri ke dalam kereta.

“Dia suka kau. Cuba kau buka hati kau ni sikit.”

Aku menoleh sekilas ke arah Lisa. Sekilas aje, kalau tenung dia lama-lama karang, kena cium dengan tiang lampu pula. Aku tengah memandu ni kut! Walaupun, rasa nak cekik aje Lisa waktu ni, tapi aku tak nak mati lagi. Ilmi nanti siapa nak jaga?

Aku diam. Aku tak nak bahas soal ni lagi. Tak lama lagi aku dah nak ke Kedah. Ada projek untuk ubahsuai bilik resort. Sambil tu, mungkin aku boleh fikir. Dah dua minggu juga telinga aku ni dengar suara Furqan. Walaupun sibuk, Furqan tak pernah miss untuk telefon aku. Aku mengaku aku dapat biasakan diri dengan dia sekarang. Walaupun, bila bercakap dengan dia, aku rasa macam nak kena kencing manis, sikit-sikit dia nak korek perasaan aku. Sikit-sikit nak cakap pasal hati dan perasaan dia pada aku.

“Jangan cuba untuk buang perasaan yang semakin mendatang dalam hati kau. Aku tahu, kau diam kali ni sebab kau dah tak ada alasan nak beri untuk tolak Furqan, kan? Selalu kau asyik menjawab aje apa kata aku. Ni, tak ada jawab apa. Kau diam aje.”

Macam terkena batang hidung sendiri, bila Lisa berkata macam tu. Betul ke? Aku dah tak ada alasan lagi nak lari dari Furqan?

“Dia lelaki baik. Sejak pertama kali aku jumpa dia, aku tahu dia baik. Jarang nak jumpa lelaki baik sekarang. Nak kata dia nak harta kau? Dia tu pun banyak harta. Berkepuk-kepuk harta dia. Ayah dia tu Dato Megat Ezwan kut. Berapa banyak harta dia ada? Furqan pun ada syarikat guaman sendiri. Dia tak mukin macam bekas kekasih tak guna kau tu, yang hanya nak harta kau.”

Aku memandu macam mayat hidup. Pandang depan saja. Nasib baiklah ni lebuh raya, tak ada belok-belok, simpang-siur, nasib tak ada.

Ya, nak lelaki yang baik sekarang susah. Zaman pun sekarang makin maju. Otak manusia pun makin maju. Maju nak mempermainkan gadis seperti aku! Aku mengaku aku kecewa dulu, terlalu kecewa. Hidup aku hanya ada Fuaz aje. Arwah papa dan mama meninggal masa umur aku 10 tahun. Sejak tu Tok mi dan Tok yah jaga aku. Tok mi dan Tok yah pun hanya ada anak seorang aje, arwah papa aje anak mereka. Dan cucu mereka pun hanya aku saja. Aku mengaku, dari sekolah aku tinggal di asrama. Habis aje sekolah, aku sambung belajar di luar negera, dan bertemu dengan Fuaz. Itu saat bahagia, semua rasa sunyi hilang bila dia ada bersama. Rupanya, dia tu suami orang. Selama 4 tahun aku berkawan dengan suami orang. Memang patut bila balik Malaysia, aku kena hempuk!

Tok yah dan Tok mi nak saman mereka, tapi aku larang. Aku tak nak. Aku malu. Kalau kes ni tersebar, mana aku nak letak muka? Bini Fuaz tu pun macam sasau aje. Macam orang gila! Aku tak tahu k, yang aku kawan dengan suami orang. Sumpah tak tahu! Kalau tahu, memang dah lama aku baling tikus dekat Fuaz tu!

Ya, Furqan lelaki yang baik setakat ni. Furqan lelaki yang penyabar dengan aku. Dia selalu bertanya khabar aku, walaupun hanya seminit aje aku boleh bercakap dengan dia dalam talian. Dia selalu ke opis aku, ajak aku keluar makan. Kadang aku tolak, sebab aku sibuk. Tapi Furqan tak kisah. Furqan terus keluar. Aku terasa hati juga, takut dia tak dapat tahan dengan perangai aku ni. Aku takut juga dia merajuk.

Erk? Kau dah kenapa Syafia oii, dah fikirkan hati Furqan sekarang ni pula?

Tak lama lepas tu, dia datang lagi. Dia bungkus makan untuk aku. Laaaa, ingat merajuk, rupanya tak.

“Tak cukup lagi ke Furqan ambil berat tentang diri kau? Bila dia datang opis, kau tak ada, dia tanya kat aku yang kau dah makan belum.” Aku mendengar lagi Lisa membebel. Rasa lama pula ni nak sampai opis aku bila dah dengar Lisa membebel panjang.

Ya, dia bukan saja ambil berat pasal aku. Dia ada juga kadang singgah rumah Tok mi. Saja aje nak datang ziarah. Walaupun, masa tu aku tak ada. Dia hormat orang tua juga. Pandai dia layan Tok mi dan Tok yah.

Aku mengaku, dalam beberapa minggu ni, aku dah terbiasa adanya Furqan dalam hidup aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience