Rate

3

Short Story Series 907

"Assalamualaikum semua" sapa Cikgu Aina

"Waalaikumsalam wbt cikgu" serentak kelas 1B menjawab.

"Cikgu ada 1 berita yang hendak dikongsikan kepada semua." kata Cikgu Aina dengan wajah yang muram.

"Berita apa tu cikgu?" tanya Aqilah.

"Sebenarnya, Danish telah berpindah ke sekolah yang lain" jujur Cikgu Aina berkata.

Aqilah dan Syamimi mula menangis.Mereka sayangkan Danish.Sekarang mereka berfikir bagaimana mahu memberitahu Wani kerana mereka tahu, di antara mereka bertiga, Wani lah yang paling rapat dengan Danish.Mereka takut, takut jika Wani tidak boleh menerima hakikat bahawa Danish tiada lagi di sisinya.

***

"Weyh, macam mana kita nak bagitau dekat Wani ni.Takkan laa sampai bila-bila kita nak tipu dia, kesian dia nanti." kata Aqilah perlahan kepada Syamimi.

"Hah, ape yang korang rahsiakan dari aku ni?" Tanya Wani tiba-tiba.Bukannya dia tak dengar ape yang mereka bisikkan.Dia sudah lama berada di belakang mereka berdua, cuma mereka sahaja yang menyedari akan kehadirannya.Jadi dia putuskan untuk berdiam diri hinggalah namanya disebut.

"Err..er.. Wani, sejak bila kau sampai?" soal Aqilah cuba untuk menutup gagapnya.

"Jangan ubah topik." tegas Wani, bukannya dia tak kenal dengan 2 orang sahabatnya ini.Jika ada sesuatu yang diaorang tak mahu beritahu, pasti diorang akan cuba untuk mengubah topik.

"Ok ok, tapi kau kena janji, kau tak akan jadi gila" kata Syamimi.

"Ape-ape je laa korang ni, cepat laa bagitau aku" gesa Wani.

"Danish dah tinggalkan kita" kata Aqilah dan Syamimi serentak.

"Ouh, tu je ke?" serta-merta berubah air muka Aqilah dan Syamimi.Mereka tidak sangka bahawa Wani tidak akan terkilan dengan pemergian sahabat baiknya.Mereka tahu, walaupun Wani selalu mengatakan bahawa mereka lah sahabat yang paling dia sayang, tetapi cara layanan Wani kepada Danish membuatkan mereka berasa yakin bahawa Danishlah yang paling Wani sayang.

Wani hanya tersenyum.

*sorry kalau korang rasa chapter ni membosankan sebab chap ni sikit je.Tapi untuk bab seterusnya, sis akan cuba sedaya upaya untuk membuat korang terharu! simpan air mata tu banyak2 ekk..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience