Rate

1

Short Story Series 907

Seorang budak perempuan berdiri menunggu dua orang sahabatnya iaitu Aqilah dan Syamimi.

"Hai awak, nak kenal boleh tak?" sapa seorang budak lelaki yang berpakaian sama sepertinya cuma tidak bertudung.

"Hai, awak ni budak baru tu kan? Saya Wani dari kelas Ceria.Selamat berkenalan."

"Saya Danish dari kelas Bestari, ye saya budak baru" terang Danish sambil tersipu malu.

"Jom jadi kawan!" ajak Wani.

"Boleh ke ni?" tanya Danish ragu-ragu.

"Boleh laa, awak ni comel laa bila malu." Wani tergelak kecil.

"Hehe, kalau macam tu saya kawan awak ye." kata Danish

"Assalamualaikum!!!" sapa Aqilah dan Syamimi.

"Waalaikumsalam" jawab Wani dan Danish serentak.

"Korang berdua ni, agak-agak laa, yang nak terjerit-jerit macam kat hutan tu kenapa? Nasib tak pecah telinga aku." rajuk Wani terhadap kedua-dua rakannya.

"Alaa kau ni, tak payah laa merajuk, kau tau kan, muka macam kau ni kalau merajuk cepat tua? Esok muka kau dah berkedut macam orang tua baru tau!" kata Aqilah yang cuba untuk mengugut Wani.

" Kau tak nak kenalkan ke siapa dia ni?" sambung Aqilah apabila melihat Wani hanya berdiam.Danish yang tersenyum sendirian apabila namanya disebut hanya berdiam kerana mahu Wani memperkenalkan dirinya.

"Ni Danish, dia budak baru kelas Bestari.Dia sama kelas dengan kau, tak kan laa kau tak tahu?"

"Tadi aku pergi tolong Cikgu Fatimah, aku tak masuk kelas tadi, so memang jawapan dia aku tak tahu laa" terang Aqilah.

"Ouh" balas Wani.

"Jom korang, kita pergi kantin, lepak laa dulu, lagipun masa rehat lama lagi nak habis." ajak Syamimi.

"Okay.Jom Danish?" tanya Wani.

"Tak ape ke, kalau saya ikut korang?" balas Danish, ragu.

"Boleh jee." jawab Wani, Aqilah dan Syamimi serentak.

Danish tersenyum melihat sikap peramah yang ada pada mereka bertiga, lalu dia mengikuti mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience