Rate

2

Short Story Series 907

"Wani!!"

"Eh eh mak kau masuk periuk masuk kera masuk kambing!" latah Wani.

Danish ketawa apabila Wani melatah sebegitu rupa.Dia suka membuat Wani melatah kerana Wani akan menjadi blurr selepas dia melatah.Muka Wani ketika sedang blurr amat mencuit hati Danish.

"Ish kau ni! Tak mau kawan laa macam ni" rajuk wani setelah termenung selama beberapa saat.

"Alaa, sorry laa Wani.Dani bukannya tak sengaja, Dani suka buat macam tu kat Wani" mencerlung mata Wani ke arah Danish setelah mendengar kata-kata itu.

"I miss you" luah Danish setelah agak lama berdiam diri.

"Aww, how sweet you are" balas Wani, saja mahu mengusik Dani.Muka Dani bertukar warna.

"Buat relax dah arr, aku pon rindu kau jugak, tapi tak lebih dari kawan, kau kena faham tu." Danish menganggukkan kepalanya menandakan dia faham walaupun hatinya berasa sedikit kecewa.

Sebenarnya, sejak hari pertama dia nampak Wani, entah kenapa dia rasa suka pada Wani.Seolah-olah Wani akan sentiasa ada dengan dia.Dia tahu, Wani jenis yang tak pernah meninggalkan kawannya walau apa jua keadaan.Disebabkan oleh itu, dia rasa Wani seorang yang ceria dan cekal orangnya.Selain itu, perwatakan Wani yang seperti lelaki menyebabkan dia mendapat ramai kawan lelaki.Wani seotang yang simple, tak suka bermakeup, nk pakai macam perempuan? jauh sekali, tapi dia memang seorang yang tak akan tinggalkan tudung kerana dia masih ingat bahawa dia itu perempuan walaupun dia suka bersikap kelelakian.

"Termenung apa tu?" soalan Wani menghentikan lamunan Danish.

"Tak de laa, just terfikir, bila kita dah besar nanti, agaknya kau akan lupakan aku tak?" soal Danish tiba-tiba.

"Apa yang kau merepek ni, mesti laa aku akan ingat, kau kawan yang ketiga paling baik yang aku ada.Yang pertama of course Aqilah, dan yang kedua Syamimi, yang ketiga kau laa." bebel Wani.

"Hahaha, ye la ye laa." Danish mengaku kalah.Dia tersenyum sendirian.Dia pon berharap dia tak akan lupakan Wani sampai bila-bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience