"Mana dia ni..?" Nadhirah menunggu di tepi jalan.
Kereta mewah berhenti dihadapan Nadhirah.
"Cik Nadhirah.."
"Ya saya.."
"Masuklah..saya disuruh oleh Encik Najmie untuk jemput cik.." kata lelaki yang boleh dikatakan sebaya dengan abahnya.
"Okay.."
...
"Kita dah sampai.."
Nadhirah keluar dari kereta.
"Besarnya..ni rumah ke istana..?"
"Nadhirah..." jerit Cik Kiah.
Nadhirah memandang seorang mak cik yang melambai kearahnya.
"Sini..buat apa kat situ..?" jerit Cik Kiah.
Nadhirah berjalan menuju kearah Cik Kiah.
"Cantik kamu ni..kenapa nak kerja jadi pembantu rumah pula..?" tanya Cik Kiah pelik.
"Saja je..cari duit lebih..lagipun tengah cuti semester tak ada benda nak buat.." kata Nadhirah.
"Lah..belajar lagi rupanya..bagus kamu ni dah pandai cari duit sendiri.." puji Cik Kiah.
Nadhirah tersenyum.
...
"Thank you for your time.."
"You're welcome.." tangan Najmie menyambut tangan klien dari Jepun iaitu Mr. Takashi sebelum dia beredar.
Telefon Najmie berdering.
"Apa kau nak lagi..tak cukup ke duit yang aku bagi..?" tengking Najmie.
"Najmie ni akulah..Hazim..kau dah kenapa..?"
"Oh..sorry..aku salah orang..kenapa call aku..?"
"Ish kau ni terkejut aku..tak ni tadi Cik Kiah telefon Nadhirah dah sampai.."
"Okay.."
"Nadhirah tu siapa..?" tanya Hazim pelik.
"Maid aku...dah lah..aku nak balik office.."
"Ya lah.."
...
"Terkejut juga Cik Kiah yang Najmie nak ambil orang gaji baru..ingat sebaya dengan Cik Kiah..rupanya lagi muda..cantik pula tu.."
"Mana ada cantik Cik Kiah.." malu Nadhirah dibuatnya.
"Ni kamu masak apa..?" tanya Cik Kiah.
"Gulai ayam.."
"Pandai juga kamu masak..tapi macam mana kamu tahu.."
"Tahu apa..?" Nadhirah memandang Cik Kiah pelik.
"Gulai ayam ni makanan kesukaan Najmie..dia ada cakap ke..?"
"Tak ada pun.."
Cik Kiah membasuh pinggan disingki.
Nadhirah pelik.
Aku saja je masak lauk ni..tapi kenapa aku masak makanan favourite dia ni..?
"Ermm..Cik Kiah.." panggil Nadhirah.
"Ya.."
"Dia balik ke makan tengah hari ni..?"
"Tak..lauk tu letak dalam peti sejuk..nanti malam dia panaskan sendiri..tapi kadang kadang dia balik sekejap.."
Baru Nadhirah tahu sedikit masa bila Najmie balik.
...
Malam menjelang.Kereta diparking di hadapan rumah.
Rumah gelap gelita..mesti dia dah balik.
"Memang dia ikut kata.." kata Najmie dan membuka pintu rumah yang berkunci.
Najmie berlalu ke dapur.
Peti sejuk dibuka.Matanya terpandang bekas makanan biru.
Bekas itu dibawa keluar dan diletakkan di atas meja.
"Gulai ayam.." Najmie terus memanaskan lauk itu dengan letak kedalam ketuhar.
...
"Macam mana hari pertama kerja..?" tanya Pak Azi.
"Macam biasa je abah.."
"Penat...?"
"Tak..bukan buat kerja berat pun.." Nadhirah mengurut kaki Pak Azi.
"Assalammualaikum.."
"Waalaikumsalam.." Nadhirah membuka pintu rumah.
"Kenapa ni Adam..termengah mengah kau..malam malam datang rumah aku ni..?" tanya Nadhirah pelik.
"Mak Sue..Mak Sue..ibu kau.."
"Kenapa dengan ibu..?"
"Dia accident.." Nadhirah terkejut.
Keesokkannya...
Najmie duduk di meja makan.
"Mana budak tu..?" tanya Najmie.
"Nadirah ke..dia tak datang sebab mak tiri dia meninggal..dia tak sempat beritahu kamu.." kata Cik Kiah dan menuangkan teh ke dalam cawan.
"Oh.."
Suasana sedih ditanah perkuburan.
Tanah kubur arwak Mak Sue masih lagi merah.
"Abah okay..?" tanya Nadhirah.
Dari tadi abahnya senyap saja.
"Abah okay..dah ajal ibu kamu kita tak mampu nak buat apa apa.."
"Ya..Irah tahu..abah jom balik.."
Pak Azi menganggukkan kepalanya.
Nadhirah memimpin tangan Pak Azi.
...
"Najmie..ni fail yang kau nak.." kata Hazim.
"Thanks.." Najmie mengambil fail dari tangan Hazim.
"Hari ni aku macam mood kau down je..ada apa apa jadi ke..?" tanya Hazim.
"Tak ada apa apa.."
"Kau tak payah nak tipu aku..aku boleh bacalah dari muka kau..kita dah kenal lama kan.." kata Hazim.
Najmie meletakkan pen ke tepi.
"Kau ingatkan Nadhirah yang aku cakap tempoh hari.."
"Ingat..kenapa dengan dia..?" tanya Hazim.
"Mak tiri dia meninggal tadi.."
"In Naa Lilla..kau tak pergi jenguk dia ke..?"
"Buat apa..?"
"Kau ni..kita kenalah pergi jenguk orang meninggal..lagi lagi dia tu orang yang kita kenal..walaupun diaorang maid kau.." kata Hazim.
"Tak rajin aku..."
Sejujurnya Najmie mahu melawat tapi masa tak mengizinkan..ada banyak kerja dan projek yang perlu disiapkan hari ni.
...
"Macam mana pengembumian semalam..?" tanya Cik Kiah.
"Alhamdulillah..semua berjalan lancar.."
"Bersabarlah..semua yang hidup pasti akan mati..jadi kita yang hidup ni kena selalu doakan mereka yang telah pergi menghadap Ilahi.." kata Cik Kiah dan menghusap bahu Nadhirah lembut.
Nadhirah membawa cawan ke meja.
Najmie yang baru turun mendekati Nadhirah.
Nadhirah yang tak tahu apa apa mengangkat cawan apabila ternampak habuk di dalam.
"Hey.." teguran Najmie membuatkan Nadhirah terkejut.
Cawan ditangan terlepas dan pecah diatas lantai.
"Apa yang pecah tu..?" jerit Cik Kiah dari dapur.
"Maaf..saya minta maaf.." Nadhirah menuju ke dapur mengambil kain.
Nadhirah mengutip serpihan cawan yang pecah.
Najmie hanya melihat perlakuan Nadhirah.
"Arghh..." Tangan Nadhirah terluka kerana terpegang serpihan yang tajam.
Najmie memegang tangan Nadhirah yang luka.
"Cik Kiah..ambil peti ubat.." jerit Najmie.
"Tak apa sikit je.." kata Nadhirah.
"Sikit apa..darah ni..biarkan je cawan tu.."
Najmie menarik Nadhirah pergi ke sofa.
"Nah.." Cik Kiah menghulurkan peti ubat kepada Najmie.
Najmie membalut tangan Nadhirah yang terluka itu setelah menyapu ubat gamat.
"Terima kasih.."
"Lain kali jangan sentuh baeang yang mudah pecah..kalau sentuh siap kau.." kata Najmie.
Nadhirah menundukkan pandangannya apabila Najmie memandang tepat kearah matanya.
Najmie meninggalkan Nadihrah dan keluar dari rumah.
Nadhirah memandang tangannya yang berbalut.
"Baik juga dia ni..ehh...Irah ingat dia bos kau..jangan macam macam..nanti susah kau nanti.."
Share this novel