Rate

Bab 6

Romance Series 9762

Pak Azi masih lagi tidak sedarkan diri.
Namun Nadhirah lega kerana insan yang paling disayanginya selamat daripada ambang maut.

Nadhirah menoleh kebelakang apabila terdengar bunyi tapak kaki yang menghampiri.
"Awak...? Cik Kiah mana..?"
"Saya dah hantar balik..macam mana abah awak...?"
"Macam ni saja lah...masih lagi tak sedarkan diri.." kata Nadhirah dan memandang abahnya.
"Ermm...awak terima lasih sebab bayarkan bil abah saya..saya janji saya akan langsaikan hutang..tapi bukan dalam keadaan sekarang.." kata Nadhirah.
Najmie hanya mendiamkan diri.
"Macam mana awak nak bayar..?"
"Kan saya kata tadi..bukan keadaan sekarang ni.." kata Nadhirah tegas.

"Nanti awak balik dengan saya.." kata Najmie.
"Tak apa..saya naik teksi..saya tak mahu susah kan awak lagi.." Nadhirah bangun dari tempat duduknya.
"Balik dengan saya..tak payah naik teksi.."
"Tapi.."
"Tak ada tapi tapi..."
Nadhirah hanya mampu mengeluh.

Sedar sedar je hari semakin gelap.Perut pula tetiba buat konsert.
Dari pagi tak makan...asyik menangis kat hospital.
"Sebelum balik..saya teman awak makan dulu.." kata Najmie.
"Tak apa...saya tak lapar..."

Kereta Najmie diparking dihadapan restoran mewah.
"Buat apa kat sini..?" tanya Nadhirah pelik.
"Saya nak awak makan...dah keluar..."
"Okay.."

Menu makan dibelek lama.
"Mahal gila makanan kat sini...kalau aku dah lama keluar...cekik darah betul owner restoran ni.." kata hati Nadhirah.
"Nak makan apa..?"
"Apa apa je lah...asalkan kenyang.."
Pelayan disebelah menunggu.
"Nak makan apa..?"
"Chicken chop dua.."
"Baiklah...terima kasih.." pelayan segera beredar.

Di dalam kereta...

"Lepas ni saya nak awak..." Najmie menoleh.
Tidur...?
Najmie memerhati wajah Nadhirah.
Mungkin penat sangat kot menangis.

Cik Kiah berlari anak ke pintu apabila diketuk berkali kali.
"Najmie..."
Cik Kiah terkejut.
"Buka besar sikit pintu Cik Kiah.." arah Najmie.
Cik Kiah menganggukkan kepalanya dan menolak pintu ke belakang.
Dengan langkah yang cermat Najmie masuk ke dalam rumah dan segera menuju ke bilik Nadhirah.
"Betul ke apa yang aku nampak tadi...? Najmie dukung Irah..?" Cik Kiah masih lagi keliru dengan apa yang dia nampak tadi.
Tapi apabila tersedar Cik Kiah segera tutup dan mengunci pintu rumah.

Najmie menyelimutkan Nadhirah.
Tiba tiba ringan saja tangannya menghusap kepala Nadhirah.
Namun dengan segera dia keluar apabila telefonnya berdering.

"Hello...? Kenapa call aku malam malam ni..?"
"Tak ada..ni aku nak bagi tahu esok aku nak ambil Hariz..."
"Ohh..sekejap je kau pergi Labuan.."
"Ya sekejap je..mana boleh tinggalkan anak lama lama.." kata Hazim.
"Okay..."

Jam menujukkan jam 7 pagi.
Najmie keluar dari rumahnya.

Di Hospital...

Najmie masuk ke dalam bilik Pak Azi.
Pak Azi yang tidak mengenali pemuda itu hanya mampu tersenyum.
"Anak ni siapa..?"
Najmie duduk diatas kerusi bersebelahan katil.
"Saya Najmie...kawan Nadhirah.." kata Najmie.
"Ohh...pak cik tak tahu pula Irah ada kawan lelaki.." kata Pak Azi.
"Kenapa pak cik cakap macam tu..?" tanya Najmie.
"Irah mana ada ramai kawan...lagi lagi lelaki..dia tu malu nak berkawan.." kata Pak Azi.
Najmie menganggukkan kepalanya.
"Cerita lagi.."
Pak Azi memandang Najmie pelik.
"Cerita apa..?"
"Pasal Irah..saya nak tahu..."
"Boleh je...dulu dia suka makan nasi kerabu...dia selalu tersenyum...ketawa..tapi sejak ibu dia meninggal pak cik dah tak dengar gelak letawa dia...pak cik ingat bila pak cik cari ibu baru Irah dia akan kembali ceria...tapi sangkaan pak cik meleset...pak cik nampak dia lagi menderita..." tanpa disedari air mata Pak Azi mengalir.

"Ya Allah aku terlelap lepas Subuh tadi.." kata Nadhirah.
Nadhirah menanggalkan telekungnya dan melipat sejadah.
Nadhirah menyoal dirinya semula.
Macam mana aku boleh ada dekat dalam bilik ni..? Takkan aku mengingau sampai ke katil sendiri...? Ke Najmie yang...ehh bukan dia tak akan buat perkara tu..mustahil..ahh..malas lah anku nak fikir...

"Cik Kiah..."
"Irah..nak sarapan..? Cik Kiah boleh siapkan.."
"Tak apa lah..nanti Irah ambil sendiri..erm Cik Kiah..." panggil Nadhirah perlahan.
"Apa..?"
"Najmie mana..?"
"Dia pagi pagi dah keluar...tak tahu Cik Kiah dia pergi mana.."
"Ohh.."

"Pak Cik nak minta tolong kamu boleh tak..?" tanya Pak Azi.
"Tolong apa...?"
"Pak cik nak minta tolong...nanti bila pak cik dah tak ada nanti tolong jagalan Irah untuk pak cik.." kata Pak Azi.
"Pak cik jangan cakap macam tu..Irah masih perlukan pak cik..." Najmie mengenggam tangan tua Pak Azi.
"Janji ya anak.."
"Ya saya janji.." kata Najmie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience