"Irah..abah kau masuk hospital..."
"Wadah..." Nadhirah berlari kearah Wadah.
"Irah.."
"Macam mana dengan abah aku..?" tanya Nadhirah panik.
"Doktor belum keluar lagi.." kata Wadah dan menarik tangan Nadhirah ke sisinya.
Nadhirah terus mendapatkan doktor sejurus doktor tersebut keluar.
"Macam mana abah saya doktor..?"
"Buat masa ni...abah cik tiada ada apa apa..tetapi saya sarankan abah cik untuk jalani pembedahan secepat mungkin kerana takut sesuatu berlaku.." kata doktor tersebut.
Wadah mengenggam tangan Nadhirah.
"Tinggi ke kos dia doktor...?" tanya Wadah.
"Agak tinggi kerana abah cik menghampiri tahap kritikal...puluhan ribu mungkin kosnya..jika tiada apa apa saya minta diri dulu.." doktor itu berlalu pergi.
Nadhirah terduduk diatas kerusi.
"Irah..kau okey..?"
"Mana aku nak cari duit banyak macam tu..?"
"Sabar Irah.." Wadah menghusap bahu Nadhirah.
"Mana aku nak cari duit ni..?" kata hati Nadhirah.
"Irah..." Pak Azi memanggil.
"Abah..abah dah sedar.." Nadhirah mengenggam tangan Pak Azi.
"Kenapa muka anak abah ni muram saja..?" tanya Pak Azi.
"Tak adalah abah..Irah penat sikit.."
Nadhirah mendukung Hariz.
Kadang kadang tersenyum melihat muka Hariz.Comel sangat.
Tetapi Nadhirah terlihat Najmie yang menuju ke arah pintu.
"Cik Kiah..tolong ambil Hariz ni.." kata Nadhirah.
"Ya lah..meh sini budak comel.."
Nadhirah berjalan kearah Najmie.
"Ermm..bos.."
"Tak payah nak berbos dengan saya.." kata Najmie.
"Ohh sorry..saya panggil 'awak' je boleh..?" tanya Nadhirah.
"Suka hatilah..nak apa..?"
"Saya nak minta tolong..saya nak pinjam duit.." Nadhirah memandang lantai.
"Nak buat apa..?" tanya Najmie pelik.
"Ermm..abah saya masuk hospital..dan dia kena buat pembedahan tapi saya tak ada duit..tapi saya janji saya akan bayar balik.." kata Nadhirah.
"Macam mana awak nak bayar balik..?"
Nadhirah terdiam.
Betul juga cakap dia ni..macam mana aku nak bayar balik..aku pinjam duit dia tapi aku tak tahu macam mana nak bayar balik..ahh pandai pandailah aku cari akal...
"Saya tanya macam mana awak nak bayar balik nanti.." Nadhirah tersedar.
"Saya..saya sanggup buat apa saja..saya sanggup jadi orang gaji seumur hidup..."
~Irah..apa yang kau cakap ni..aduh kalau jadi orang gaji seumur hidup macam mana dengan study kau..aduh sengallah mulut ni keluar ayat yang tak sepatutnya~
Najmie terus keluar dari rumah tapi Nadhirah mengejar.
"Tolonglah saya..abah saya tenat..saya perlukan duit sekarang.." kata kata Nadhirah tidak dihiraukan.
Najmie terus masuk kedalam kereta.
"Siapa lagi aku nak minta tolong ni.."
Di pejabat...
Pen dijari diputar putar.
"Patut ke aku bagi dia duit.."
Najmie terkejut apabila pintu dihentak kuat.
"Tak reti nak ketuk ke.." bulat mata Najmie.
Seorang lelaki berjalan kearahnya.
"Kau nak apa..bila masa kau balik Malaysia..?" tanya Najmie kasar.
"Haih..tak akanlah aku nak balik Malaysia kena beritahu kau kot..besar office kau sekarang.." kata Irfan.
"Tak adalah...kau nak duit lagi ke..kan aku dah bank-in kan kat akaun kau.."
"Aku tahu..aku nak tumpang tidur kat rumah kau..sementara aku cari rumah baru kat sini.." kata Irfan.
"Boleh..macam mana kat sana..?" tanya Najmie.
"LA..? Biasa biasa je..tak ada yang best pun sebenarnya.."
...
"Ermm..Irah.." tegur Cik Kiah.
"Kenapa Cik Kiah..?" tanya Nadhirah pelik.
"Sebenarnya..Cik Kiah ada benda nak cakap ni.." tangan Cik Kiah menarik Nadhirah ke belakang rumah.
"Kenapa ni Cik Kiah..tetiba je ni..?"
"Macam ni.."
Laju kaki Nadhirah berlari di dalam hospital.
"Tadi telefon kamu berbunyi tapi kamu tak ada..jadi Cik Kiah jawablah..telefon dari hospital..abah kamu masuk ICU katanya kritikal.."
Nadhirah berhenti diruangan ICU.
Nafas tidak menentu.
Nadirah menarik tangan jururawat yang baru keluar.
"Macam mana dengan abah saya..?"
"Maaf cik buat masa sekarang ni pesakit masih lagi kritikal..harap cik bersabar.." jururawat itu berlalu pergi.
Nadhirah duduk di bangku.
Bermain dengan jari jemarinya.Sesekali melihat pintu ICU yang masih bertutup.
"Kamu nak ke mana..?" tanya Cik Kiah.
Najmie mendukung Hariz.
"Nak ke hospital..Cik Kiah nak ikut sekali ke..?" tanya Najmie.
"Boleh juga..sekali nak tengok keadaan Irah tu.."
Air mata tak berhenti mengalir.
"Ya Allah..kau selamatkan lah abah ku..hanya dia saja yang aku ada.."
"Irah.." Nadhirah menoleh.
"Cik Kiah.." Cik Kiah memeluk tubuh Nadhirah.
"Abah..Cik Kiah.."
"Sabar ya nak..Allah nak duga kita..sabar ya..ada hikmah semua ni berlaku.." Cik Kiah menghusap belakang Nadhirah.
Najmie hanya melihat Nadhirah menangis.
Sesekali menepuk perlahan belakang Hariz yang tertidur dibahunya.
Seorang doktor lelaki keluar dari ruangan ICU tersebut.
"Doktor..macam mana dengan abah saya..?" tanya Nadhirah.
"Pesakit masih kritikal...kami perlu membuat pembedahan segera.."
"Pembedahan? mesti tinggi kos dia..saya tak ada duit nak..."
"Saya yang bayar.." Nadhirah memandang Najmie.
"Saya yang bayar..tolong cepatkan pembedahan dia.." kata Najmie lagi.
"Baiklah kalau begitu.." doktor itu masuk semula diruangan ICU.
"Cik Kiah..tolong tengokkan Hariz.."
Cik Kiah mengambil Hariz dari dukungan Najmie.
"Kamu nak ke mana..?"
"Nak uruskan bil.." Cik Kiah menganggukkan kepalanya.
Nadhirah hanya melihat Najmie berlalu pergi.
Hampir 1 jam berlalu...doktor masih lagi tidak keluar.
Hati Nadhirah masih tidak tenteram selagi abah masih lagi didalam.
"Tolonglah..abah.."
Doktor keluar dari ruangan ICU...
"Macam mana abah saya..?"
Doktor itu tersenyum.
"Alhamdulillah..semua berjalan lancar..abah cik selamat.."
"Syukur Alhamdulillah.." Nadirah menitiskan air mata.
"Terima kasih Ya Allah..."
Share this novel