BAB 3

Romance Completed 2539

“Awak memang tak sayang teddy bear. Tahulah teddy bear ni gemuk. Tak
sehensem pelakon Korea yang awak suka sangat tu. Tak apalah. Teddy bear
reti sedar diri.”

Terkial-kial Raef cuba bangun sendiri. Faiqah mulalah nak rasa bersalah.
Tak sampai hati. Yalah,suami kesayangan itu.

“Bencilah teddy bear ni. Kenapa suka buat saya rasa simpati ni?”

Raef senyum lebar sampai nak koyak bibir. “Sayang rupanya teddy bear ni”

Faiqah cebik. Seusai dah bangun Raef mula bertanya.

“So,apa yang serba salah sangat tu? Tell me?”

“Jangan menyesal Tanya”

“Why?”

“You’re gonna regret it”

Hari1

Raef menyesal Tanya. Serius menyesal. Tak pasal-pasal dia kena
tinggalkan tubuh ideal dia ini. Dia tak sanggup nak bertukar tubuh. Tak
sanggup. Ya ALLAH,gilakah isterinya ini? Gara-gara Faiqah mengidam nak
lihat dia jadi kurus dia kena mengamalkan misi kurus dalam masa Sembilan
bulan.

“Apa termenung tu teddy bear? Mulakan misi..” macam mak nenek si Faiqah
ini bercekak pinggang.

“Ya. Teddy bear mula”

Raef memandang garisan penamat yang jauh nun di sana. Lari lompat pagar
100 meter. Raef telan air liur basi.

“Ke garisan! Sedia! Mula!” dengar mula aje Raef terus pecut. Serasa
macam atlet negara semasa berlari. Dalam hati Raef mulalah nak bajet
sambil mendepangkan tangan. Tak cukup dengan aksi poyo,Raef mulalah
membayangkan dia berlari berlatarkan muzik Olimpik yang masa orang nak
sampai ke garisan penamat tu.

‘Aku wakil Malaysia’ hati Raef mula poyo. Poyo punya poyo dia lupa yang
ini bukan larian 100 meter tanpa halangan.

Bamm!

ALLAH! Malapetaka betul ni. Faiqah dah guling-guling gelak. Yang syoknya
dia guling betul-betul tapi dengan effect slow motion sebab dia mengandung.

Memang tak boleh blah bila si Raef punya muka macam kena lenyek dengan
steamroll tar jalan. Jadi kurus pula tiba-tiba.Yalah,dah dia hempap
palang tu. Malang betul palang tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience