BAB 1

Romance Completed 2539

Satu. Dua. Tiga. Selamat. Berdekah-dekah Faiqah ketawa sampai terkeluar
air liur limited editionnya itu

“Pergh, bau air liur awak memang tak boleh blah. Tengik betul air liur
awak.” Tengik-tengik pun si Raef ambil bau air liur bacin isterinya.
Ambil berkat kononnya. Puih!

Faiqah dah memang tak heran dengan perangai cipan suaminya. Dia kembali
focus kepada cicak yang bakal menjadi Almarhum ke Almarhumah malam ini.
Tak pastilah pulak jantina cicak ini. Tak reti si rambut kerinting maut
ini nak meneka jantina haiwan yang kerjanya mengkhianat ini.

“Teddy bear! Kalau teddy bear nak terus kutuk saya macam-macam teddy
bear memang kena lawan arm wrestling dengan saya kejap lagi. Daripada
kutuk saya macam-macam,apa kata teddy bear buat countdown untuk saat
kematian cicak ini”

Terbeliak sekejap mata bulat Raef. Alahai,kejamnya isterinya ini.
Direnungnya cicak yang sudah berada dalam genggaman tangan kurus isterinya.

“Tak sangka pula teddy bear berkenan dekat cicak kobeng ini.” Faiqah
cemburu sebab suami comel teddy bearnya asyik sungguh merenung cicak
kobeng. Disebabkan renungan penuh cinta suaminya itu,dia jamin yang
cicak kobeng ini betina. Ini tidak boleh jadi.

“Awak tak payahlah bunuh cicak tu. Biarkan cicak itu menghadap Dia di
sana. Jangan ukur dosa cicak itu. Kita ini manusia je Faiqah oi. Tak
layak nak judge dosa makhluk ALLAH”

Kini renungan penuh perasaaan Faiqah pula yang menatap cicak yang dia
yakin betina jantinanya itu. “Kau pergilah jadi isteri teddy bear itu
cicak kobeng. Suami aku dah jatuh cinta dengan kau. Aku inikan hanya
melukut di tepi gantang.” Sakit perut pula Faiqah sebab buat lawak sendiri.

“Saya dengar tu Faiqah sayang” sudahnya dua-dua ketawa tak ingat
dunia.Cicak kobeng betina yang menyedari situasi tersebut telah
mengambil kesempatan untuk melarikan diri.

Terlepas! “Teddy bear!”

“What?”

“Mak! Raef tak tahu nak buat apa ini. Tiba-tiba Faiqah pengsan longlai.
Nak kata sebab tak makan dia baru melantak nasi dua pinggan. Kenapa
dengan sayang Raef ini mak?” air matanya memang tak malu nak keluar saat
ini.

“Helo mak? Mak,janganlah main-main dengan Raef. Nak gugur buah pinggang
Raef ni.” Macam ada suara mak dia tapi kenapa sayup?

Mak Raef pun mengalami situasi yang sama tapi masalah pendengaran.
Maklumlah dah tua ditambahkan pula dengan sekarang memang waktu
mesyuarat tingkap Puan Nabila jadi rumah riuh rendah. “Helo,mak di
talian ini. Raef kat mana?” dengan rentak lagu Awak Kat Mana Puan Nabila
bertanya kepada Raef.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience