BAB 6

Romance Completed 2539

“Teddy Bear! Nak mati kejang dalam tu ke? Keluar balik. Panaskan badan
dulu.” dalam nak selamatkan suaminya,mulut dia memang tak boleh nak
cakap baik-baik.

Raef dengar cakap Faiqah dan mahu kembali ke tepi tebing tapi tiba-tiba
kakinya kejang. Doa isterinya makbul.

“Teddy Bear! ALLAH!” meramu-ramu air mata Faiqah. ALLAH,janganlah Engkau
ambil Teddy Bear. Sumpah misi diet ni dia akan terminat serta-merta. Tak
payah notis 24 jam.

Kejap! Kenapa pula Faiqah ni tak pergi selamatkan? Dia pun tak pandai
berenang. Ini tak boleh jadi.

Faiqah lihat suaminya sedang terkapai-kapai. Perlahan-lahan dia masukkan
kakinya dalam air. Nak dijadikan cerita,kaki dia pula kejang. Maklumlah
sejak mengandung ni asyik kejang je. Jadinya,dia terduduk menahan sakit.
Suami dok terkapai-kapai.

“Argh sakit! Teddy Bear! Kejang! ALLAH!” Semua dah bercampur aduk. Masa
tengah Faiqah tahan sakit,dia nampak suaminya cebik depan mata. Eh?

“Sakit ke kaki ni?”

Ternganga mulut Faiqah tapi tertutup balik sebab ada lalat sedang
mengaim sasaran. Terus Raef bagi penampar pada lalat tu. Pengsan sekejap
lalat tu.

“Tadi tu?”

“Penipuan semata-mata. Teddy Bear ni dulu perenang nombor satu masa
zaman tadika” gelak besar Raef. Betul Raef tak tipu. Setakat kolam
renang paras lutut ni apalah sangat.

“Teddy Bear!” Haahlah,boleh pula Faiqah tak perasan yang ni kolam renang
kanak-kanak.

“Batal la awak. Teddy Bear janji akan kurus tapi lepas awak bersalin la
sebabnya Teddy Bear yang mengidam bukannya awak.”

“Yalah”

“Yahoo yabeda bedu.” macam hit jackpot aje Raef ni.

‘Hai la Suamiku Teddy Bear ni serius sangat menghiburkan hati macam
teddy bear dekat Mall tu. Yang harga cekik darah tu tapi teddy bear ni
tak payah bayar. Seronoknya hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience