Rate

BAB 2

Drama Completed 500

UWAIZ : Hazwan , kenapa kau sudah tak mesej aku. Kau dah lupa aku ke. Kau memang tak menghargai aku kan. Kalau beginilah sikap kau, semua orang tak hendak berkawan dengan kau tahu.

Aku mengetap bibir. Kata-kata Uwaiz benar-benar menjolok lubuk kesabaranku.

HAZWAN : Kau ingat aku ini apa? Memanglah kita sahabat baik tetapi takkanlah aku hendak melekat dengan kau selamanya. Lagipun aku sudah berada di Mesir.

Belum sempat aku membalas, aku sudah disekat oleh Uwaiz . Sifat sensitif yang luar biasanya sukar dijangka dan dikawal.

Di asrama rumah Selangor, lama sudah Uwaiz tidak menghubungiku. Begitulah ragam hidupku yang gemar bersendirian, menatap kepulan awan kelabu yang bercapuk-capuk, tiba-tiba ketua rumah memanggilku.

“ Hazwan , ada tetamu di bawah,” panggil Ustaz Humaidah.

Kelibat Nayl sudah menunggu di Kafetaria Selangor. Terdapat sekeping fail berwarna hijau terbaring melentang di permukaan meja.

“Ehh Nayl . Lama menunggu?” Aku mengambil tempat duduk bertentang mata dengannya.

“Aa datang pun. Tidak lama pun hanya sepuluh minit. Maaflah lama sudah kita tidak menanya khabar.” Nayl mengeluarkan sehelai kertas dari fail.

“Sebenarnya aku berhasrat untuk mengajak kau menyertai Debat Piala Duta Besar di Iskandariah minggu depan. Kau berminat?” Soal Nayl .

“Kalau benar-benar bermanfaat, aku boleh saja.” Hazwan menyibak dan menyeluruhi topik perdebatan di kertas.

“Baguslah begitu, kau ada kawan lagi seorang untuk cukupkan kumpulan kita?” Soal Nayl .

“Sekejap aku tanya Syazwan. Dia antara pendebat yang hebat juga.”

“Okei, kita namakan kumpulan kita Pendebat Muda Al-Azhar.”

Seminggu lebih kami berlatih, sepanjang bertolak ke Iskandariah menaiki kereta api ayam, ustaz Humaidah menjadi pembimbing kami di sana.

Iskandariah bandar sejarah yang sangat menggiurkan – didirikan oleh anak Raja Philips jua merupakan anak didikan Aristotle iaitu Alexander The Great.

Iskandariah juga menyimpan kisah cinta hangat firaun terakhir, Cleopatra. Kemudian bandar ini menjadi portfolio terakhir yang ditawan oleh junta tentera muslimin pimpinan Amru Al-Asr.

“Mereka dari universiti mana, datang lambat betul.” Bunyi sosek-sosek kedengaran. Aku terluka mendengar, Nayl tenang sahaja dan Syazwan mulai mencuka.

“Dari Universiti Al-Azhar?” tebak Syazwan dengan mulutnya yang murai membuatkan terlongo mulut mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience