Rate

BAB 1

Drama Completed 500

Lihat bunga-bunga yang gugur itu,
Terang tiada melayang sepetang,
Bila rasa yang ada tak bisa luntur,
Ke mana perlu halaku merintih tenang,

Mata biar jauh mengimbau lampau,
Saratnya pasti memori linang,
Untailah kata berangkai kata,
Moga dilihat senang dirindu kenang,

UWAIZ , sahabat baikku sejak alam persekolahan melipatkan baju dan memasukkannya ke dalam kantung beg.

Menyambungkan pelajaran di Mesir dalam bidang agama adalah citarasa yang aneh sekali bagiku dalam memulakan dunia mahasiswa.

“Kita akan berpisah agak jauh, harap kau membuat keputusan yang tepat,” pesan Uwaiz seolah berat untuk melepaskanku pergi.

Sahabatku itu seperti kesedihan kerana aku memilih jalan ini. Walaupun kami tidak sedarah sedaging, akan tetapi hubungan kami bagai air yang dicencang takkan putus.

“Sepatutnya kau harus berbahagia kerana aku sudah menginjak sehingga ke peringkat ini tahu,” aku memuncungkan bibir.

“Baiklah Hazwan , jangan lupa kirimkan salam aku kepada Nayl yang katanya belajar di sana juga.” Uwaiz membalas dengan agak sebak.

Hampir dua bulan berada di Mesir. Rasanya terasing. Aku menunggu di bawah pepohon palma tamar yang gemuk sementara menanti pelajar-pelajar Islam Selangor yang lain keluar dari dewan ujian kelayakan bahasa Arab di Markaz Syeikh Zayed.

Cuaca sangat terik membuatkan baju Melayu yang dipakaiku melencun. Mataku ralit memerhati ke arah monumen piramid kecil yang kelihatan utuh.

“Assalamualaikum Hazwan , lamanya tak berjumpa,” seorang lelaki menyapaku.

“Eh, Nayl . Waalaikumussalam. Iya lama sudah kita tidak bertemu. Selama ini kita hanya berhubung di mukabuku aja bukan. Aku fikir kau sambung belajar di Malaysia,” balasku.

“Sebenarnya sejak aku dapat tahu yang kau ingin sambung belajar di Mesir, aku menolak tawaran untuk belajar di UIA dalam bidang Kesusasteraan,” akui Nayl .

“Tak sangka sampai begitu sekali kau bersemangat ikut aku,” tuturku teruja.

Aku membundarkan mata dan jantungku berdegup. Wajah Nayl seiras Uwaiz , bagai pelanduk dua rupa. Suara Nayl tiga tahun yang lalu bergomol dan mengapung kedengaran.

Kami bertemu di saringan akhir Pertandingan Debat Piala Menteri di Pahang. Nayl wakil dari negeri Perak manakala aku wakil dari kontigen Selangor.

Nayl juga berjaya merangkul gelaran pendebat terbaik keseluruhan mengalahkan timku.

Kelihatan Pelajar Islam Selangor berpusu-pusu keluar dari dewan. Masa sangat terhad untuk kami berbual tambahan asrama bangunan Selangor agak jauh dari asrama bangunan Perak.

“Aku pulang dulu Naqqi,” kataku. Aku sempat memberi nombor telefonku dan berfoto sebentar.

Tinggg…

Bunyi telefonku bergenta menanda ada mesej yang merempuh masuk aplikasi media sosial, Whatsappku. Ketika itu aku baru sahaja keluar dari tandas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience