Rate

BAB 3

Drama Completed 500

Kami agak keterlewatan kerana bumi Iskandariah ketika itu ditimpa hujan menyebabkan ada kawasan yang banjir.

Kami terpaksa menunggu tram menuju ke Pusat Konvensyen Medika di Champolien Street.

Pengisytirahan usul berbunyi ‘UNIVERSITI MELAHIRKAN MAHASISWA LESU’ dibentangkan dan kami ditakdirkan untuk bertemu dengan kumpulan yang mengumpat kami tadi.

“Mahasiswa menjadi lesu dengan adanya undang-undang AUKU, iaitu menyekat pelajar untuk berpolitik,” hujah tim debat saingan kami.

“Tuan Yang Dipertua, saya tak nampak perkaitan antara sistem Universiti dan akta AUKU dan yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri kononnya menghalang mahasiswa menceburkan diri dalam bidang politik. Kerana hari ini kita berbincang soal sistem universiti yang menjadi topik utama dan bukannya undang-undang negara yang merupakan topik sekunder.” Nayl mematahkan satu per satu hujah di meja kerajaan dalam keadaan terbatuk-batuk kerana sakit tekak.

Hakiman dan ahli dewan menguntum senyuman panjang dengan idea dan kepetahan Nayl , Ketua Pembangkang.

Sehingga tibalah giliranku, kedebaran, aku menelan air liur. Terdapat kesilapan struktur tugasan yang aku lakukan sehingga aku ditolak markah.

Aku juga membuat kesalahan kerana membuat konsep baru tentang sistem universiti sehingga dikritik pedas oleh Menteri Ketiga di perwakilan kerajaan.

“ Hazwan aku ingin tegur sedikit tentang cara dan sikap kau dalam perdebatan.” Nayl seperti kecewa kerana kekalahan di saringan pertama.

Syazwan juga turut ingin menegurku yang menjadi punca segalanya.

“Pertama, kau sepatutnya sudah ada isi, tetapi masalahnya kau tak tahu untuk keluarkannya. Banyak kita bincang tadi, tentang program anjuran universiti, kedudukan dan banyak lagi. Kenapa tadi satu hapak pun tak keluar?” Berang Nayl .

“Eh kau tak boleh macam ni Hazwan . Kita sudah lama berlatih.” Syazwan menambah teguran.

Aku terguris. Teringatkan bagaimana aku ditegur oleh Uwaiz ketika berdebat di Malaysia dahulu. Keadaannya tetap sama. Memang aku manusia biasa, tidak lepas daripada kesalahan.

Usul kedua berbunyi ‘WANITA TIDAK PERLU BEKERJA’.

“Keadaan wanita di Malaysia yang dipaksa untuk bekerja lebih masa, dan diberi kerja-kerja berat serta penguatkuasaan yang lemah sehingga wanita memilih karier bekerja dalam sektor pelacuran telah melanggar tiga garis Dasar Wanita Negara 1989. Oleh itu pendirian kami di meja kerajaan adalah wanita tidak perlu bekerja dalam perkara yang melanggari Dasar Wanita tersebut.” Nayl ligat mengeluarkan konseptual.

Sehingga tiba giliranku, lembaran kertasku terjatuh dan aku segera mengutip, lidahku kelu dan gagal memahami konsep Dasar Wanita Negara tersebut sebaiknya malahan tidak bersedia menjawab celahan dari meja pembangkang.

Aku sangat kelu, ‘Naqqiuddin, aku tak mampu lakukannya.’

Hazwan tidak bersuara. Hanya duduk dan merenung pantai di kubu Qaitbay yang berkelipan.

Matahari menghurubkan diri sepertiku. Aku tidak hadir ke sesi perdebatan seterusnya kerana kecewa akan diriku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience