BAB 5

Horror & Thriller Completed 458

Haji Noh memeriksa barang-barang yang mahu dibawa bersama malam ini.
Sauh kecil, segulung tali, kemenyan, minyak tanah, pemetik api, pisau,
parang, garam dan lampu suluh.

“Wafi nak ikut atuk boleh tak?” Cucu Haji Noh berdiri di pintu, telah
siap sedia untuk ikut serta.

“Wafi tak cukup umur lagi nak ikut atuk. Kalau Wafi dah besar nanti,
baru atuk boleh bawa Wafi " Pujuk Haji Noh. Dia mengusap ubun-ubun
cucunya itu. Kanak-kanak itu berlari masuk ke dalam rumah dan menangis.

Lima orang dewasa yang mahu bersama-sama Haji Noh mencari ‘benda’ di
sungai itu akhirnya sampai. Mereka diketuai oleh Ghani.

“Apa yang nak kena kami bawa Haji?” Tanya Ghani bersemangat.

“ Kamu tolong ambil ayam aku di reban belakang, dalam enam ekor. Buluh
sebatang yang aku dah tebang kat laman rumah tu pun bawak sekali” Pesan
Haji Noh. Ghani dan yang lain pun segera bertindak.

Perjalanan menuruni bukit dan menyusuri sungai itu tidaklah begitu
mencabar. Pemuda-pemuda itu sudah betah melaui semua halangan itu. Cuma
kali ini mereka ingin tahu ke mana arah yang hendak dituju oleh Haji Noh.

“Alhamdullillah, bulan penuh malam ni. Senang sikit kerja kita” Ujar
Haji Noh. Jamung dan obor dinyalakan juga bagi membantu penglihatan
sepanjang perjalanan.

“Kita nak kemana Haji?” Tanya pemuda di belakang Ghani. Hasbi namanya.

“Kita ke lubuk cincang!!”

Mendengar nama lubuk itu, masing-masing mulai meriding bulu roma. Mereka
sudah tahu apa yang menunggu mereka di situ.

“Malam-malam ni Haji, tempat tukan lain macam sikit” Rungut seorang yang
lain.

“Aku dah pesan siang tadi, siapa yang berani sahaja yang ikut, kan”
Tingkah Haji Noh membuatkan pemuda itu terdiam. Yang lain pun berdiam
diri. Cuma bunyi ayam yang dibawa dan unggas malam yang bersahut-sahutan
sahaja kedengaran.

Perjalanan ke situ hanya mengambil masa setengah jam sahaja. Kawasan
hutan tebal itu meliputi kawasan sungai yang menghala ke arah hulu.

“Shhhh….” Pemuda yang dibelakang sekali berbunyi dengan mata yang
memandang ke atas. Yang lain turut menoleh. Serta merta suasana bertukar
menjadi seram. Masing-masing meriding bulu roma dengan nafas laju ketakutan.

Sekujur tubuh wanita berambut panjang dan berkain putih teroleng-oleh di
atas pucuk ketapang. Rambut dan kain yang tersarung di tubuh wanita itu
terbuai-buai ditiup angin. Cahaya bulan penuh menampakkan jasad makhluk
itu sepenuhnya dengan muka yang bertutup dengan rambut yang panjang
mengurai.

“Jangan menegur apa-apa yang pelik yang kamu nampak. Jangan nak ganggu
tidur ‘tidur’ benda tu” Pesan Haji Noh. Dia tahu apa yang dilihat oleh
mereka semua.

Mereka akhirnya sampai di tempat yang dituju.Sebuah batu besar di tepi
sungai dijadikan penanda lubuk itu.

“ Baca ayatul Qursi, Ummul Kitab dan tiga Qul. Niatkan sebagai
pendinding diri. Banyak benda yang kita tak nampak di sini” Tegas Haji
Noh. Semua yang ada menurut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience