BAB 3

Horror & Thriller Completed 458

Penghulu Zaaba memerhatikan barisan mayat tragedi malam semalam yang
tersusun panjang. Semua mayat dikutip selepas kejadian semalam di
sekitar tebingan sungai. Air yang melimpah tinggi semalam turut
menghanyutkan sampan orang-orang kampung. Dua tiga sampan yang terikat
kukuh sahaja masih kelihatan.

Lebih lapan orang yang menjadi korban, termasuk Pawang Masnawi. Tiga
yang lain masih lagi hilang.

Ramai orang-orang kampung yang berendam air mata. Orang-orang lelaki
pula takut untuk kemana-mana menerusi sungai. Sungai yang merupakan
tempat mereka mencari rezeki dan berulang alik, kini menjadi ancaman
pula. Mereka bimbang akan menjadi mangsa yang seterusnya.

“Apa kita nak buat Tok?” Tanya seorang penduduk kepada ketua kampung.

“Aku pun dah buntu sebenarnya. Pawang Masnawi yang paling aku
harap-harapkan pun sudah kecundang" Ujar Penghulu Zaaba. Wajahnya
membayangkan kerisauan yang berpanjangan.

“Takkan tak ada ikhtiar lain tok. Mati kering kami nanti kalau tak ke
sungai. Apa yang nak kami suap ke mulut anak-anak kami. Sampai bila kami
nak menunggu" Luah seorang lagi pula.

Penghulu Zaaba menggaru-garu kepala. Dia tahu untung nasib penduduk
kampung ini diatas keputusannya nanti.

“Lutfi, kamu cari dua orang kawan, dan pergi ke bukit. Bawa balik Haji
Noh kemari" Perintah Penghulu Zaaba.

Haji Noh bersalaman dengan orang-orang kampung di sepanjang laluan. Dua
tiga orang sempat memeluknya.

Penghulu Zaaba menjemputnya ke anjung rumah. Jauh dari orang ramai.

“Kau mungkin sedang ketawakan aku di dalam hati. Padan muka aku dengan
apa yang berlaku sekarang ni kan.?” Keras sekali jenaka Penghulu Zaaba.
Wajah Haji Noh dipandang sinis.

“Yang sudah tu sudahlah bang. Aku dah tua. Tak elok untukkita bercakaran
sekarang. Jenazah-jenazah di masjid tu sudah lama menunggu untuk
dikebumikan. Patut sangat kita percepatkan.” Tegas Haji Noh.

“ Tu aku tahu…. Sekarang ni masaalahnya, semua orang takut ke sungai.
Macammana kita nak ke kubur di seberang sana?. Mayat pun banyak untuk
dibawa.”

“Itu aku pun nampak bang. Macam ni lah. Kita ajak orang kampung
ramai-ramai, gotong royong gali kubur besar. Kita kuburkan semua dalam
satu lahad" jelas Haji Noh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience