BAB 8

Romance Completed 18687

Aku hampa. Jun tak hadir hari ini. Aku terus mengarahkan driver aku membawa aku ke rumahnya sebaik sahaja pulang dari sekolah.

Pintu pagarnya dimanggakan. Aku cuba menjenguk ke dalam sambil melaung namanya beberapa kali. Basikalnya kelihatan tersandar pada dinding rumah. Pastinya dia ada di dalam.

Hampir setengah jam aku di situ. Akhirnya, seorang jiran muncul dari rumah sebelah. Mak cik separuh abad itu menghampiri aku.

“Adik ni kawan Jun ke?” Dia bertanya sopan.

“Ya.” Aku mengangguk laju. “Mak cik tau mana dia pergi?”

Mak cik itu diam sebentar sebelum membalas soalan aku. “Dia kat hospital sekarang.”

“Kenapa?!” Jawapan mak cik tu macam pisau yang menikam dada.

Makcik itu menarik nafas dalam-dalam. Air mukanya berubah murung. “Semalam… ayah dia balik. Jun cedera teruk kat kepala. Banyak darah hilang. Sekarang dia masih tak sedar…”

Aku kehilangan kata. Aku berpaut pada pagar. Kaki aku terasa lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience