BAB 6

Romance Completed 18687

Jun tak tahu yang aku ikut dia ke tempat kerja. Masa balik dari restoran malam tu, dia menyorong basikalnya. Seorang lelaki menemaninya. Mamat tu mungkin rakan sekerja dia sebab uniform diorang sama.

Diorang berbual panjang. Jun ketawa ikhlas. Entah kenapa dada aku tiba-tiba sakit. Aku rasa aku tak berapa suka mamat tu.

Aku rasa lega bila mamat tu akhirnya berjalan menuju ke tempat yang lain. Dia hilang selepas melambaikan tangannya. Perlahan-lahan aku merapati Jun.

“Bangang! Bagi salam dulu boleh tak?!” Jun mengurut-urut dadanya. Aku tergelak besar melihat muka terkejutnya yang macam Mr. Bean.

Kitorang pergi ke fun fair yang baru dibuka beberapa hari yang lepas. Jun tak kisah berbual-bual dengan aku walaupun orang di sekeliling dia melemparkan pandangan yang pelik. Kitorang cuba main beberapa permainan kat situ. Dah lama aku tak rasa gembira macam ni.

Kitorang akhirnya duduk di kerusi panjang yang agak jauh dari orang ramai. Keadaan di situ lebih tenang.

“Mana kau pergi siang tadi?” Soal Jun seraya menyumbat popcorn ke dalam mulutnya.

“Melawat badan aku kat rumah. Tengok Mama dan Papa.” Aku mengeluh. “Dah sebulan, aku masih macam ni. Mungkin aku akan kekal macam ni selamanya kot…”

“Adoi, janganlah give up. Haritu kau cakap badan kau dah nak sembuh. Mana tau dalam masa terdekat ni kau dapat ‘masuk’ balik.”

Aku hanya mengangguk. “Thanks Jun, sebab temankan aku selama ni. Aku tak tau apa akan jadi kat aku kalau kau takde. Mungkin aku dah gila. Depression.”

“Dah. Takyah sedih-sedih. Esok besdey kau kan? Kau nak apa?” Jun tersengih.

“Aku harap dapat makan sepuas hati. Malangnya aku tak boleh rasa apa-apa.” Aku ketawa.

“Tu… hadiah kau.” Jari telunjuknya menghala ke atas.

Beberapa saat selepas tu, percikan bunga api meletus-letus menerangi dada langit yang gelap. Hadiah hari lahir yang simple tapi paling bermakna.

“Dah pukul 12 malam. Barulah official. Happy Birthday!” Ucapnya girang.

“Thanks.” Aku tersenyum lebar. Dia juga sama. Aku suka tengok dia macam tu. Pipi aku rasa panas. “Jun, aku rasa aku suk – ”

“Adam!” Jun memotong kata-kata itu. Matanya buntang memandang aku.

“Apa ni?!” Aku mulai panik apabila sedikit demi sedikit diri aku menghilang.

Kitorang merenung satu sama lain dengan resah. Aku cuba untuk pegang tangan yang dia hulurkan. Tapi genggaman aku menembusi jari jemarinya macam hologram.

“Adam!” Itu suara terakhir yang aku dengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience