BAB 5

Romance Completed 18687

Aku ke sekolah hari ni. Rasa rindu pulak kat tempat ni. Jun tak hiraukan aku. Mungkin kalau dia layan aku, dia akan nampak macam tak siuman sebab cakap sorang-sorang.

Dalam kelas, aku duduk di kerusi aku. Menyedihkan sebab tak sorang pun dari member aku yang bercerita pasal aku. Malah diorang nampak lebih happy tanpa aku. Aku benci jadi lutsinar.

Waktu rehat, aku ikut Jun ke belakang bangunan lama. Rupanya inilah port dia melepak selama ni. Memang tak ada orang yang akan lalu kat sini melainkan cleaner.

“Selamat datang ke Forever Alone Club.” Perli Jun sambil menggigit sekeping roti kosong.

Aku mendengus. Tapi jauh di sudut hati sememangnya aku menyesal. Apa yang aku buat kat pompuan ni sekarang berbalik pada aku. Paling teruk aku sebenarnya tak pernah ada kawan pun. Aku hanya ‘beli’ diorang selama ni.

“Sorry…” Suara aku antara dengar dan tidak.

“Hah? Apa?” Muka Jun berkerut.

“Aku cakap aku mintak maaf. Aku tau aku dah banyak buat benda jahat kat kau selama ni.” Terasa panas pipi aku waktu aku mengucapkan kata-kata tu. Sungguh, aku rasa malu. “Kalau aku ada peluang, aku nak tebus balik semua tu.”

Minah tu tak membalas apa-apa. Lepas tu kitorang melayan fikiran masing-masing.

“Aku tau kau buat semua tu pun sebab kau sebenarnya sunyi. Kau nak perhatian.” Jun bersuara.

Aku mengangkat kening. “Perghh… kau bercakap macam kau kenal sangat dengan aku…”

Dia memandang aku. “Dari tingkatan satu aku tak pernah nampak mak atau ayah kau datang sekolah, sokong kau masa kau lompat tinggi, masa kau menang bahas, pertandingan Tae Kwan Do, atau masa hari anugerah… sama macam ayah aku.”

Aku terdiam. Tekaannya betul. Selama ni Mama dan Papa jarang ada masa untuk aku. Diorang pemurah dengan duit. Tapi cukup kedekut dan berkira nak luangkan masa untuk aku. Masa tulah aku cuba mengisi kekosongan yang aku rasa di dada dengan mencari keseronokan. Membuli orang lain menjadikan aku rasa berkuasa dan mendapat segala perhatian yang aku nak selama ni. Aku suka bila rasa sungguh penting dan diperlukan.

Mungkin aku dan Jun sebenarnya sama. Kitaorang hanya ada diri sendiri.

“Ayah kau, dia….” Ayat aku terhenti di situ, tak jadi nak bertanya.

“Mak aku mati sebab selamatkan aku dari lemas. Masa aku darjah lima. Lepas tu ayah aku jadi pemabuk. Dia kata aku punca mak aku mati.” Jun memberitahu aku tanpa sebarang ekspresi di wajahnya. “Aku kena dapat keputusan bagus supaya ada yang taja aku ke universiti nanti. Pastu aku boleh keluar dari rumah tu.”

Saat tu satu persatu jawapan mula tersusun dalam kepala otak aku. Sebab tulah dia kerja part time. Sebab tulah dia study sampai pagi. Sebab tulah baju-bajunya sentiasa lusuh. Sebab tulah ayah dia tak pernah pedulikan dia.

Aku? Aku pulak hanya tahu menyusahkan lagi hidup dia. Hanya sebab dengki.

Cemburu sebab aku tak sepandai dia walaupun aku ada tutor peribadi. Sakit hati sebab dia tak pernah ikut arahan aku macam orang lain. Marah sebab aku tak dapat ‘beli’ dia. Betapa angkuhnya aku.

Disebabkan hal-hal remeh tu aku jadi orang yang paling bangsat sekali. Tapi orang yang aku aniaya ni yang tolong aku. Sekarang aku tahu, keadaan aku ni adalah balasan atas segala perbuatan setan aku kat dia.

“Jun, aku mintak maaf…” Sekali lagi ayat itu terkeluar dari mulut aku. Waktu ni aku rasa nak ucapkan ayat yang sama beribu kali.

“Yang lepas tu biarlah… aku pun nak mintak maaf sebab selalu tumbuk kau.” Dia tersengih.

Senang gila dia maafkan aku. Aku rasa makin teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience