" PAPA ! MAMA ! "
JERITAN itu membuatkan sepasang suami isteri yang sedang duduk berehat di ruang tamu itu menoleh ke muka pintu. Dilihat seorang gadis sedang mengatur langkah ke arah sofa yang diduduki oleh mereka berdua.
" Kenapa ni Ain? Ada masalah ke kat klinik? " Encik Habsyah menyoal lembut anak gadisnya, Ain Imani yang baru sahaja mengambil tempat di sofa berhampiran dengan wajah yang mencuka.
" Ain kenapa sayang? Ada orang sakitkan hati Ain ke? " prihatin Puan Zahirah menyoal. Ditenung lembut wajah masam itu.
" Ma, pa, Ain nak kahwin. "
Ternyata ungkapan itu membuat pasangan suami isteri itu terkejut. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
" Ain, soal kahwin jangan main-main. " Puan Zahirah cuba menasihati anak sulungnya itu.
" Betul. Ain serius. Tadi Ain jumpa kawan-kawan lama sekolah. Diorang semua dah kahwin. Ada yang dah ada anak. Lepas tu diorang cakap Ain andartu. Geram tau. Ain tak suka. Ain nak kahwin jugak. Biar diorang tak boleh nak ejek Ain lagi lepas ni. " si anak menjelaskan. Bantal kecil yang dipeluk diramas geram.
Encik Habsyah dan Puan Zahirah mula tergelak kecil mendengar penjelasan tersebut.
" Ma, pa, Ain seriuslah. Janganlah gelak. "
" Okay-okay. Ni papa nak tanya, Ain dah ada calon ke? " Encik Habsyah menyoal.
Ain Imani yang sedang meramas bantal kecil itu menghentikan perbuatannya. Kepala digeleng perlahan.
" Lah, dah tu Ain nak kahwin dengan siapa? Dengan patung? "
" Alah, mama papa tolonglah carikan calon. Mama papa pun tahu Ain bukan jenis yang suka bercinta bagai. Tolonglah. Kawan-kawan cabar Ain. Ain malu. "
Encik Habsyah tercengang untuk beberapa saat. Bagai tidak percaya dengan apa yang dipinta anaknya itu. " Dulu papa suruh kahwin dengan calon papa, Ain tak nak. Konon masih muda. Sekarang umur nak dekat 30, baru sibuk nak papa cari calon. "
" Alah papa ni, tak payahlah ungkit pasal hal tu. Papa nak tolong ke tak? Kalau tak nak tak apa, Ain pergi Thailand Ain ajak aktres lelaki yang selalu berlakon telenovela kat tv tu kahwin dengan Ain. Tergagap papa nak bercakap nanti. Kap kap jelah. " bentak Ain Imani. Sengaja diugut sedemikian.
Puan Zahirah mula menggaru kepalanya. Otaknya turut pening dengan permintaan anak sulungnya itu.
" Akak ni tebiatlah. Ada ke suruh papa mama cari calon. Akak nak kahwin, pergilah cari sendiri calon. " Ainul Iman, adik lelakinya yang berusia 22 tahun itu menyampuk. Lelaki itu yang sedang duduk berhadapan dengan komputer memandang sekilas ke arah kakaknya, Ain Imani.
" Kau diamlah ! Kau apa tahu. Dah siapkan assignment tu. Jangan nak menyampuk hal orang besar. Sibuk je. Akak liku kepala tu nanti baru tau. "
Ainul Iman mencebirkan bibir. Mulutnya terherot mengajuk apa yang dicakap oleh kakaknya. " Pa, ma, kahwinkan aje akak dengan pak guard kat kolej Iman tu. Hensem apa. Muka market. " lelaki itu mula memberi cadangan kepada orang tuanya.
Membuntang mata Ain Imani tatkala mendengar cadangan berikut. " Kau jangan Man. Akak gunting mulut tu karang. " ugutnya. Geram dengan perangai adik lelakinya itu.
" Tak pun kan papa mama kahwinkan akak dengan lelaki yang kerja kat restoran yang kita selalu masuk tu. Ada seorang tukang masak tu, hensem. Nanti hari-hari boleh laki dia masak sedap-sedap. " Ainul Iman bagai menyimbah minyak ke dalam api. Makin galak dia mengusik kakaknya itu.
Wajah Ain Imani mula berubah merah padam. " Iman, kau siap kejap lagi. Aku sumbat mulut tu dengan cili yang Mak Siah guna buat masak tu. Baru kau tahu. "
" Hei dah. Apa ni gaduh-gaduh. Dah Ain, nanti papa mama fikirkan pasal tu. Iman, siapkan kerja tu. Dok menyakat kakak tu buat apa? " Encik Habsyah yang lama berdiam diri mula bersuara bagi menenangkan keadaan riuh itu. Itulah anaknya. Pantang bertemu pasti ada yang nak digaduhkan. Walhal waktu kecil masing-masing bersama. Dah besar masing-masing menggila. Pening kepala dibuatnya. Mujur dikurniakan dua orang anak. Kalau sampai lapan orang mahu runtuh rumah banglo itu. Dua itupun sudah tidak terkawal. Harapkan umur dah besar, tapi otak tak matang.
" Padan muka kau kena marah. Wekkk. " Ain Imani sempat menjelirkan lidah ke arah adiknya.
" Potong lidah tu karang. "
" Bla bla bla. Malas layan kau. Baik aku makan. Siapkan kerja tu. " Sempat Ain Imani menarik rambut adiknya ketika ingin menuju ke dapur membuatkan lelaki itu terjerit kecil.
" Makan je. Gemuk nanti padan muka. " disindir kakaknya yang sudahpun berada di meja makan sambil mengunyah buah epal. Ruang belajarnya hanya dipisahkan dengan dinding kaca yang membolehkannya untuk nampak dengan jelas kakaknya yang berada di bahagian ruang makan.
" Aku makan buah eah. Mana boleh gemuk. Tu tak belajar sains. Perkara simple macam ni pun tak tahu. "
Encik Habsyah dan Puan Zahirah saling berpandangan. Kepala menggeleng perlahan melihat perangai anak mereka itu. Sekali berperang memang tak jumpa penamatnya. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Encik Habsyah memaut lembut bahu isterinya. Mereka kembali menyambung menonton televisyen yang sedang menyiarkan drama melayu itu. Malas mahu ambil pusing perbalahan dua beradik itu. Nanti pandailah mereka senyap.
****
AIN IMANI yang sedang berehat di ruang rehat yang tersedia di dalam klinik haiwan miliknya itu menghirup minuman panas yang disediakan oleh pembantunya tadi. Setelah itu dicapai telefon bimbit yang dibiar terdampar di atas meja bulat itu.
Dia ingin membaca whatsapp group rakan sekolahnya itu. Kerana setiap hari pasti ada yang rakan-rakannya itu kongsikan. 186 mesej. Kepalanya menggeleng perlahan. Entah mesej apa ajelah yang ada di dalam group itu. Bukannya dia tak tahu dengan perangai rakannya yang gila-gila itu.
+ Guys, I've hot new ! My hubby will be back today ! I'm so excited ! I miss him so much ! - Eyna
+ Korang, nak tahu tak. Anak aku yang dua tahun tu dah pandai mengeja. Mesti ikut jejak mummy dia yang bijak pandai ni. - Reen
+ Woi, tak payah nak syok sangat. Ni suami aku nak ajak aku pergi melancong next week. Dia dah prepare semua. Kiranya second honeymoon untuk aku. - Kimi
+ Guys, tadi aku baru balik klinik. You know what, I'm pregnant ! Pray for me my lullaby. - Mimi
Satu persatu mesej dibaca. Niatnya ingin membalas mesej tersebut terbantut. Seakan apa yang dibualkan rakannya itu tertuju buat dirinya yang masih menyendiri.
" Argh, aku rasa macam nak hempas telefon ni. Korang saje nak sakitkan hati aku. Mentang aku sorang je yang belum kahwin. Nak anak apatah lagi. Stresslah macam ni. " mulutnya melepaskan bebelan. Air minuman yang berbaki disedut rakus.
Namun beberapa minit kemudian telefon bimbitnya berdering kuat menandakan panggilan masuk. Tanpa melihat si empunya nama lantas disambut panggilan tersebut.
" Assalamualaikum. Ain kat klinik lagi ke? "
" Waalaikumussalam pa. Ya Ain kat klinik. Kejap lagi balik. Tengah rehat kejap. Kenapa ya? " mendengar suara di corong telefon dia sudah dapat meneka siapa si pemanggil.
" Hmm nanti balik terus. Papa ada benda nak bincang ni. Papa tunggu kat rumah ya? "
" Hmm yalah. Ain balik. Okaylah, Ain kemas bilik kejap. Dalam 5.30 Ain sampai rumah. Okay bye ! " tanpa menunggu balasan dari papanya talian pantas diputuskan. Ain Imani mengeluh kecil. Lambat-lambat dia bangun lalu bergerak ke arah sinki bagi mencuci cawan yang digunanya tadi.
Setelah itu laju kakinya menapak ke bilik kerjanya untuk mengemas barang-barang yang ingin dibawa pulang ke rumah. Setelah segalanya selesai dikemas dan dipastikan tiada siapa yang tinggal di dalam klinik itu melainkan dirinya, pintu klinik dikunci rapi.
Perjalanan dari klinik haiwan miliknya menuju ke rumah keluarganya memakan masa hampir setengah jam. Mujur jalan raya ketika itu sedikit lengang, tidak sesak seperti hari-hari yang sebelumnya. Kereta Viva berwarna merah saga itu diparkir elok di dalam garaj. Setelah enjin dimatikan, pintu kereta dibuka lalu dia melangkah keluar dari dalam perut kereta. Dengan langkah sedikit malas Ain Imani berjalan ke muka pintu.
Baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, telinganya sudah menangkap suara lelaki berbual. Dikerling jam pada tangan.
" Bukan Iman habis kelas pukul 6 ke? Dah tu papa berbual dengan siapa? " soalnya sendiri. Tidak mahu memikirkan apa-apa, gadis itu mengatur langkah menghampiri sofa di mana papa dan mamanya berada. Matanya tidak mampu melihat dengan jelas wajah lelaki yang sedang duduk membelakanginya.
" Ain, sini sayang. " Puan Zahirah yang baru menyedari akan kepulangan anak sulungnya menggamit gadis itu agar duduk di sebelahnya. Senyuman yang terukir di bibir wanita itu begitu lebar.
Ain Imani yang tidak mengetahui apa-apa sekadar mengikut. Dilabuhkan punggung di sebelah mamanya. Tanpa menghiraukan sesiapa lantas dilentokkan kepalanya ke atas paha Puan Zahirah. " Ma, Ain penat. Dodoi Ain ma. "
" Isyh kamu ni. Bangunlah. Malulah depan lelaki buat perangai macam ni. " Puan Zahirah menampar lembut tangan anaknya. Namun ibu mana yang mampu berkasar dengan anak sendiri. Tangannya turut bergerak mengusap manja rambut anaknya yang panjang mengurai itu.
" Siapa dia ni ma? "
" Ain, ni papa kenalkan Muhammad Taufiq. Dia bakal suami Ain. " Encik Habsyah menjawab bagi pihak isterinya.
" Hmm. " Ain Imani hanya menggumam kecil. Namun setelah dicerna apa yang diberitahu ayahnya, kepalanya pantas bangun dari riba si ibu. " Hah? Suami? " soalnya dengan riak terkejut.
" Ya suami. Kan Ain suruh mama dengan papa carikan calon. Ni kami dah jumpa. Ain setujukan kahwin dengan Taufiq? " Puan Zahirah menjawab tenang.
Ain Imani mula menggaru kepalanya. Sempat dipandang sekilas ke arah lelaki yang dikata bakal suaminya itu. Kemudian pandangannya kembali terarah ke wajah orang tuanya.
" Are you serious? "
" Yup. Mama papa serius. Ain jangan cakap tak pulak. Ain yang suruh papa carikan calon, ni papa dah tolong. Jangan nak tolak. Pihak Taufiq pun dah terima. Minggu depan rombongan meminang datang. "
Bagai nak pitam rasa dirinya apabila mendengar kata-kata papanya ketika itu. Nak membantah, silap dirinya jugak yang tergopoh untuk berkahwin. Dalam otaknya sibuk berfikir, tanpa sedar orang tuanya sudah berlalu meninggalkan dirinya berduaan dengan lelaki yang bernama Taufiq itu.
" Saya Muhammad Taufiq. "
" Ain Imani. " senyuman tawar dihulur membalas senyuman daripada Taufiq.
" Sorry tapi parents awak yang datang jumpa family saya. Saya pun baru tahu hal ni. Same like you, I'm suprised. " Taufiq yang cuba beramah mesra itu mula memanjangkan cerita.
Berubah merah padam wajah Ain Imani apabila lelaki itu berkata sedemikian. " Kerja apa eah awak ni? "
" Pekerja restoran. "
Sedikit membuntang matanya menerima jawapan tersebut. ' Amik kau Ain. Nak sangat kahwin. Sekali parents kau carik calon, haha low class. Nasib parents kau tak ambil tukang kebun jadi laki kau. Terima dengan hati terbuka. Sis sado. ' hatinya berkata sendiri. Muka cemberut cuba disorokkan agar tidak terlihat oleh Taufiq.
Taufiq yang sedar akan perubahan pada riak wajah Ain Imani sekadar tersenyum kecil. Otaknya seakan dapat mengerti apa yang bersarang di dalam kotak fikiran gadis di hadapannya itu. Mana ada gadis berada ingin bersuamikan lelaki yang hanya berkerja di restoran. Tak ada kelas katanya. ' Ingat Fiq, kau just menyamar je. Ingat diri sebenar kau. Ingat perancangan family kau dengan family Ain. Belum masanya kau nak dedahkan identiti kau. ' Taufiq mengingatkan dirinya sendiri.
Encik Habsyah dan Puan Zahirah yang sedari tadi hanya memerhati dari jauh berpandangan sesama sendiri. " Everything will be fine. Believe me. " ujar Encik Habsyah sambil diusap lembut bahu isterinya. Dia tahu wanita itu bimbang sekiranya rancangan mereka tidak berjalan seperti yang diatur. Namun hatinya percaya, segalanya akan berjalan lancar sekiranya bakal suami anaknya itu bijak memainkan peranan.
****
AIN IMANI melangkah keluar dari perut kereta lelaki yang kini bergelar suaminya itu. Kereta Proton Saga berwarna merah itu tidaklah semewah kereta milik keluarganya, namun apakan daya. Dia harus menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Lagipula lelaki itu kini ialah suaminya. Syurganya berada di bawah tapak kaki lelaki itu. Dia tiada hak untuk mengubah cara hidup suaminya itu agar seiring dengan cara hidupnya sebelum ini yang sentiasa dicurah dengan kemewahan.
" Ain termenung apa? "
Suara garau itu menyedarkan Ain Imani yang hampir tenggelam ke dalam dunia mimpi. Kepala menoleh ke sisi. Bibirnya tersenyum memandang ke arah si suami. " Tak ada apa. Ni rumah abang? " soalnya dengan suara yang lembut. Meskipun perkahwinan mereka adalah terancang, bukan seperti pasangan yang hangat bercinta namun hatinya sudah terima sepenuhnya. Dia juga yang mendesak untuk berkahwin. Dan dia harus menerima perkahwinan ini.
" Yup. Maaf, rumah abang tak semewah rumah Ain. Walau abang tak kaya, abang tak mampu nak siram Ain dengan.kemewahan, tapi abang janji yang abang akan curahkan segala kasih sayang abang buat Ain. Are you okay with that? " Taufiq memandang lembut ke wajah isterinya. Rambut Ain Imani yang terjuntai ke dahi disisip ke belakang.
" Okay. Ain tak kisah. Dah jom masuk. Kat luar panas. Rumah abang ada aircond tak? " dalam kakinya sibuk melangkah, mulutnya masih bising mengajukan soalan kepada si suami.
" Kat ruang tamu tak ada, kat bilik tidur je ada. "
Sebaik kakinya melangkah masuk, buat beberapa saat mata Ain Imani terpaku melihat dekorasi dalaman rumah tersebut. Tanpa menunggu terus gadis itu berlari ke arah sofa lalu menghempaskan punggungnya di atas sofa berona ungu yang tersedia di ruang tamu rumah itu.
Taufiq yang melihat telatah isterinya menggeleng kecil. Diatur langkah kaki menghampiri isterinya. " Suka? "
Ain Imani memandang wajah suaminya dengan senyuman lebar. Kepala diangguk. " Suka ! Cantik ! Pandai abang deko rumah ni. Walaupun nampak simple, tapi serius cantik. Ain suka ! " jawabnya ceria. Matanya masih galak memerhati segenap ruang di rumah itu.
" Dah. Pergi naik bilik, mandi. Kejap lagi nak maghrib. Malam ni abang nak Ain masak untuk dinner. Okay? "
" Okay. Ain naik dulu. " laju Ain Imani bangun. Baru beberapa tapak melangkah, Ain Imani berhenti. " Abang, beg baju? "
" Nanti abang bawak naik atas. Dah pergi mandi. "
Apabila suaminya berkata sedemikian, laju sahaja Ain Imani mendaki anak tangga menuju ke bilik yang terletak di tingkat atas.
****
MATA Ain Imani memandang lama ke arah dua ekor ikan yang baru sahaja dikeluarkan dari dalam peti sejuk. Diangkat salah satu daripadanya.
" Macam mana nak potong ikan ni? Hmm ikan, kau boleh tak potong diri kau sendiri? " mulutnya berceloteh sendiri. Dibelek ikan yang dipegangnya. Diambil satu lagi yang masih berada di dalam sinki.
Lain yang disuruh suaminya, lain yang Ain Imani buat. Ikan yang dipegang dibuat alat permainan.
" Ain buat apa tu? "
" Opocot mak kau ! " Ain Imani yang sedang leka sedikit terkejut dengan suara yang secara tiba-tiba menyapa telinganya. Ikan yang dipegang sudah terjatuh ke dalam sinki. Tatkala kepala ditoleh, bibirnya hanya mampu tersengih memandang ke arah Taufiq.
" Ain buat apa? " Taufiq mengulangi soalan yang sama. Mata redup memandang ke wajah isterinya.
Lama Ain Imani mendiamkan diri. Matanya bergerak mengikut langkah Taufiq yang semakin menghampiri.
" Tak siang lagi ikan ni? "
Ain Imani menggeleng kecil. Diangkat salah seekor ikan yang terjatuh ke dalam sinki tadi tinggi-tinggi separas wajahnya. " Macam mana nak siang ikan ni? " selamba sahaja raut wajahnya tatkala menyoal sedemikian.
Taufiq yang sedikit terkejut dengan soalan berikut cuba menyabarkan hatinya. Nafas dihembus perlahan. ' Sabar Fiq. Cabaran untuk kau bila berkahwin dengan perempuan yang tak tahu apa-apa. ' hatinya berbisik kecil.
" Sini abang ajar. Ain ikut apa yang abang buat. Malam ni abang ajar Ain masak. Tapi esok lusa Ain kena belajar sendiri. Tu ada buku resepi kat rak. Dah ikut apa abang buat. " Taufiq mengambil seekor lagi ikan yang berada di dalam sinki. Tangannya laju mengambil pisau bersaiz sederhana.
Ain Imani yang melihat mula mengikut satu demi satu langkah yang ditunjuk oleh suaminya. " Abang, kenapa ikan ni tak hidup? Benda kalau dah mati dikira bangkai kan? "
" Ain, ikan ni dah masuk dalam fridge. Memanglah tak hidup. Ikan ni pun tak dikira bangkai. " Taufiq memberi penjelasan kepada isterinya yang tampak bingung itu. Bibirnya sempat mengukir senyuman.
Terlihat Ain Imani mengangguk dengan mulut yang membentuk huruf ' o ' . " Ain ingat selama ni Mak Siah masak ikan yang masih hidup. Rupanya ikan dah mati. " mulutnya mengomel perlahan. Setelah siap belajar menyiang ikan, Ain Imani belajar pula cara memotong sayur. Diikut sahaja segala yang dilakukan oleh suaminya. Sesekali terdengar gurau senda di antara mereka berdua. Malam itu, Ain Imani memecahkan rekodnya sendiri yang selama ini langsung tidak pernah memasak. Atas tunjuk ajar si suami, Ain Imani berjaya memasak lauk yang sememangnya begitu simple tapi baginya begitu bermakna kerana ia merupakan percubaan pertama.
" Nasi dah masak? "
" Dah. Tu ! " Ain Imani menunjuk ke arah periuk nasi elektrik yang terletak di atas kabinet kecil di ruang dapur itu.
Taufiq mengangguk kecil. Lauk pauk yang sudah siap dimasuk ke dalam mangkuk diletakkan ke atas meja di ruang makan. Kemudian mereka masuk kembali ke ruang dapur untuk menyenduk nasi.
" Ain, ni nasi ke bubur? " Taufiq menyoal sebaik penutup periuk dibuka. Dikacaunya nasi yang seakan bubur itu menggunakan senduk kayu yang dipegang.
Ain Imani melihat ke dalam periuk nasi. Mulutnya sedikit ternganga. Ketika matanya beradu pandang dengan mata si suami, bahu dijongket. " Ain tak tahu. " balasnya dengan suara yang antara dengar atau tidak oleh suaminya.
Tanpa menghiraukan Ain Imani yang berdiri di sebelahnya, terus sahaja Taufiq menyenduk nasi buat dirinya. Kemudian langkah dibawa menuju ke ruang makan. Ain Imani yang tercengang sekadar melihat. Tangannya turut menyenduk nasi yang berupa bubur itu masuk ke dalam pinggannya.
Ketika duduk di kerusi meja makan, dilihatnya Taufiq sudah makan terlebih dahulu. " Abang marah Ain ke? " soalnya takut-takut.
" Makan jelah. " Taufiq membalas acuh tak acuh. Tidak sampai sepuluh minit lelaki itu sudah menghabiskan makanannya. Lalu dia bangun dan meninggalkan Ain Imani sendirian di meja makan. Setelah mencuci pinggan serta gelas minuman yang diguna, lantas kakinya menapak ke arah ruang tamu.
Ain Imani termenung sendiri. Sedih ! Ya itu yang hatinya rasa apabila dilayan sebegitu oleh suami sendiri. Hilang seleranya untuk menjamu makan malam itu. Ain Imani bangun lalu dicapai tudung saji yang terletak di hujung meja. Makanan yang masih berbaki di atas meja itu ditutupnya.
Diberanikan dirinya untuk mendekati suami yang sedang duduk bersandar di sofa sambil menonton televisyen itu. Punggung dilabuh bersebelahan Taufiq. Jarinya bermain sesama sendiri.
" Abang marah Ain ke? " sekali lagi diajukan soalan yang sama seperti soalan ketika mereka di ruang makan tadi. Matanya sesekali mengerling ke arah Taufiq yang membisu.
Bibir diketap apabila tiada jawapan yang keluar dari mulut lelaki di sebelahnya itu. " Abang.. " dicapai tangan suaminya dan digenggam erat. Namun hanya untuk beberapa saat sebelum lelaki itu menariknya kembali.
Dengan wajah sugul, Ain Imani terus bangkit. Dengan mata yang berair, gadis itu terus meninggalkan ruang tamu itu. Bimbang air matanya akan mengalir.
Setelah beberapa minit isterinya pergi, Taufiq memandang ke arah anak tangga ke tingkat atas. Mulutnya beristighfar kecil. Tangannya meraup rambut ke belakang. ' Apa kau buat ni Fiq. Dia isteri kau. Kau patut didik dia, bukan marah macam ni. Tak sampai sehari lagi duduk serumah, kau dah mengalah. Wake up bro ! ' seakan ada satu suara halus yang berbisik di tepi telinganya. Nafas ditarik panjang sebelum dilepas perlahan. Jarinya pantas menekan button off pada remote tv. Otaknya sedang serabut. Matanya merenung jauh ke dalam kaca tv yang sudah berubah gelap itu.
Bunyi deringan pendek dari telefon bimbit yang diletak di atas meja kopi mengejutkannya.
1 Mesej
Terus dibuka mesej yang masuk itu. Dibaca bait-bait ayat yang tertulis.
" Assalamualaikum. Abang, Ain minta maaf. Ain tahu silap Ain. Jujur Ain cakap, Ain tak pandai buat kerja dapur. Selama Ain membesar, mama dengan Mak Siah yang uruskan Ain. Ain minta maaf pasal tadi. Ain tak tahu. Abang maafkan Ain? Ain takut kalau Allah ambil nyawa Ain ketika tidur sedangkan abang marahkan Ain. Ain tak nak masuk neraka. Ain janji Ain akan belajar memasak lepas ni. Abang boleh ajar Ain kan? Abang kan tukang masak, mesti abang pandai. Please, forgive me ! "
Bibir mengukir senyuman kecil. Terasa lucu pun ada membaca mesej yang dihantar isterinya itu. Tanpa membuang masa, Taufiq terus bangun. Tingkat atas menjadi hala tujunya. Ketika tangannya menguak pintu bilik, dilihat tubuh isterinya sudah berbaring di atas katil.
" Ain? " ditegur lembut isterinya yang sedang berbaring membelakanginya. Bahu gadis itu disentuh.
" Abang maafkan Ain tak? " terdengar suara serak menyoal. Kini tahulah Taufiq bahawa isterinya sedang menangis.
Lantas dibangunkan tubuh kecil itu. " Hei, kenapa ni? Dahlah, abang tak marah. Tak nak nangis, buruklah isteri abang macam ni. Dah tak mahu nangis. Abang tak marah Ain. Tapi pegang janji Ain, belajar masak. Okay? " penuh kelembutan Taufiq memujuk isterinya. Air mata yang membasahi pipi isterinya dikesat.
Ain Imani pantas mendakap tubuh suaminya. " Ain janji. Ain belajar memasak. Ain akan masak untuk abang hari-hari. Ain janji. Abang jangan marah Ain lagi. Ain takut. Ain tak nak masuk neraka. " ujarnya dalam esak tangis yang masih bersisa. Tubuh suaminya masih dipeluk erat.
" Ya. Abang ada. Abang akan ajar Ain. Dah jangan nangis. Abang sayang Ain, takkan abang nak marah Ain lama-lama. Dah jom tidur. Ngantuk tak? "
Anggukan yang diberi isterinya melebarkan lagi senyuman pada wajah Taufiq. Diarahkan gadis itu agar berbaring. Comforter dikemaskan membaluti tubuh isterinya. Dia yang turut berbaring menarik rapat tubuh Ain Imani ke sisinya.
" Selamat malam sayang. Mimpi indah. " dikucup lembut dahi si isteri sebelum mulutnya sempat membacakan doa tidur serta beberapa surah lazim di tepi telinga isterinya. Setelah itu dia turut sama terlena.
****
TAUFIQ yang baru selesai mandi mencari kelibat isterinya di seluruh ruang bilik itu. Dahinya sedikit berkerut. Mana isterinya pergi?
Setelah mengemaskan baju T berkolar pada tubuhnya berserta seluar slack hitam, rambut yang berserabut disikat rapi. Sempat disembuh pewangi jenama Rexona ke tubuh. Harum wangian tersebut mengisi segenap ruang bilik itu. Kemudian dicapai beg sandang yang terdampar di atas katil sebelum langkah dibawa keluar dari bilik tersebut.
Setibanya di anak tangga terakhir, matanya memandang ke ruang tamu. Apabila dipastikan tiada kelibat Ain Imani di ruang tamu itu, tahulah dia bahawa isterinya itu berada di ruang dapur. Menyiapkan sarapan barangkali. Lantas kakinya menapak ke dapur.
" Sayang buat apa tu? " sapanya lembut. Tangannya terus melingkar di pinggang si isteri.
" Abang, gelilah. Tak mahulah kacau Ain. Ain nak buat kerja ni. " lembut Ain Imani menjawab. Tangan Taufiq yang berlingkar di pinggangnya dialih.
Jelas raut suram di wajah suaminya itu. Ain Imani yang perasan akan keadaan itu terus memusingkan tubuh menghadap suaminya. Butang baju suaminya yang sedikit terbuka di bahagian dada dibetulkan. Turut dilipat rapi kolar baju suaminya itu. " Abang duduk kat ruang makan eah? Kejap lagi Ain datang. Ain nak buat air untuk abang ni. Abang nak makan tanpa minum ke? Nanti abang lambat pergi kerja. " ujarnya sebagai teknik memujuk. Sebulan menjadi isteri kepada lelaki itu membuatkan dia lali dengan sikap suaminya itu. Matanya memandang lembut ke wajah Taufiq yang masih seperti tadi. Masam mencuka.
" Abang, badan dah wangi. Rambut dah cantik. Muka dah hensem tu. Tak mahulah perah limau pulak pagi-pagi ni. Masam sangat. Abang sayang Ain kan? Abang tunggu kat meja makan. Nanti abang lambat nak kerja. " Ain Imani masih berusaha memujuk suaminya yang sedari tadi hanya membatu. Dibelai manja wajah sawo matang milik lelaki itu.
" Ain janganlah goda abang. Nanti abang tak pergi kerja sudahnya. "
" Kalau macam tu pergi duduk kat kerusi meja makan. Kita breakfast eah? Ain dah masak mee untuk abang. Ain buat air kejap. Hmm. "
" Okay. Cepat tau. " akhirnya Taufiq mengalah. Dia berjalan ke ruang makan.
Sementara Ain Imani menyambung tugasnya yang tergendala tadi. Setelah selesai, teko berisi milo panas itu dibawa ke meja makan. Tangannya laju menyendukkan mee goreng ke dalam pinggan suaminya. Milo panas dituang ke dalam cawan yang berada di sebelah.pinggan suaminya. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu.
Sebaik membaca doa makan, Taufiq terus menyuap sesudu mee ke dalam mulutnya. Ain Imani resah menanti komen yang bakal keluar dari mulut lelaki itu.
" Sedap. Dah makin pandai isteri abang masak eah? " Taufiq memuji lalu diusap lembut rambut isterinya.
Senyuman lebar terukir di bibir Ain Imani. " Abang, nak suap. " pintanya manja.
" Okay. Nganga mulut.. Aaaa... " Taufiq sekadar melayan sikap manja isterinya itu. Disuap mee goreng tersebut ke mulut si isteri.
Selesai sarapan pagi, Taufiq yang sedang menyarung kasut memandang pelik ke arah isterinya yang tercegat di muka pintu. " Ain tak pergi klinik ke? "
" Tak. Ain cuti. Ada pembantu jaga klinik tu. "
Kepala terangguk-angguk mendengar jawapan isterinya. Setelah selesai memakai kasut, diambil beg yang dihulur isterinya itu. " Lunch abang tak balik. Ada order untuk jamuan sebuah syarikat. So tak sempat balik. "
" Okay. Take care. Buat kerja baik-baik ya. "
" Ain jaga diri kat rumah. Kunci pintu ni. Kalau ada orang datang, check dulu siapa. Kalau tak kenal jangan buka pintu. Faham? " Taufiq menitipkan pesanan buat isterinya. Bimbang juga membiarkan isterinya sendiri di rumah. Kalau isterinya berkerja, tak adalah hatinya gusar. Gadis itu selamat di klinik haiwan miliknya. Berseorangan di rumah membuat hatinya dicengkam rasa gusar.
Ain Imani mencapai tangan suaminya lalu dikucup lembut. Sejurus itu dia menerima kucupan kasih daripada lelaki itu. Dia menghantar pemergian suaminya itu dengan pandangan mata. Setelah kelibat kereta Proton Saga itu hilang dari pandangan, lantas ditutup pintu utama rumah dan dikunci rapi. Arahan suaminya tersirat di dalam otak. Ain Imani melangkah ke arah sofa. Remote tv dicapai lalu butang on ditekan. Hanya mata memandang ke arah tv, namun mindanya menerawang ke arah lain.
" Nak buat kek. Tapi pandai ke? Hari ni birthday dia. Hmm kena cuba ni. Tak cuba tak tahu. Tak apa, pak cik Google kan ada. " mulutnya membebel sendiri. Dicapai telefon bimbit di atas meja kopi.
" Resepi kek keju blueberry ! "
Search !
Dibaca penuh teliti resepi yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.
" Woo. Macam mudah. Kena cuba. Usaha ! " Ain Imani menitipkan kata-kata semangat buat dirinya sendiri. Tanpa melengahkan masa dia bingkas bangun dan meninggalkan tv yang terpasang begitu sahaja.
Kabinet dapur diselongkar mencari bahan yang diperlukan untuk membuat kek keju blueberry seperti yang pak Google bagitahu tadi. Setelah memastikan semua bahan diperlukan sudah siap sedia di atas meja dapur, sekali lagi matanya menghadap telefon bimbit membaca cara membuat kek tersebut.
" Harap-harap jadi. Bismillah. " ucapnya perlahan sebelum memasukkan loyang berbentuk hati yang telah terisi tepung beradun itu ke dalam ketuhar. Masa diset sebaiknya sepertimana yang tertulis di dalam resepi sebenar.
Sementara menunggu kek siap dibakar, Ain Imani mengemas setiap ruang di dalam rumah itu. Baik ruang tamu, ruang makan, bilik tidur, tandas serta ruang rehat di tingkat atas.
" Huh, hari ini sungguh memenatkan. " Ain Imani yang baru duduk di atas sofa ungu itu mengeluh kecil. Peluh yang merenik di dahi dikesat dengan hujung lengan baju yang dipakai. Baru sahaja mata terpejam, otaknya teringatkan sesuatu.
" Alamak ! Kek aku ! " pantas dia bangun dan berlari ke dapur. Mujur ketuhar tersebut automatik, maka tak adalah kek yang dibakarnya rentung. Sebaik penutup ketuhar dibuka, bau yang menyelerakan masuk ke dalam hidung. " Hmm. Bau sedap. Jadilah kau kek. " ditarik keluar loyang tersebut.
Loyang panas itu diletakkan di atas meja yang sudah beralas kertas tebal itu. Matanya menilik struktur luaran kek yang dibuatnya. Diambil sebatang lidi sate dan dicucuk di bahagian tengah kek. Itu cara bagi memastikan kek sudah masak sepenuhnya atau belum.
" Alhamdulillah. Jadi pun. Okay, nak kena hias cantik ni. Struktur dah lawa, tak ada bahagian yang tak masak, lembut pun lembut. Kena topping cantik-cantik ni. " mulutnya berbicara sendiri. Sekali lagi Ain Imani meminta bantuan pak Google untuk membuat topping bagi keknya itu.
****
" BOS TAK BALIK KE? ISTERI TAK CARIK? "
TAUFIQ yang sedang duduk berehat mencelikkan mata yang terpejam. Dipandang wajah salah seorang pekerjanya itu. Mata yang masih mengantuk ditenyeh dengan jari.
" Dah pukul berapa eah? "
" Dah pukul enam bos. "
Terangguk-angguk kepala Taufiq. Buat sekian kali dia menguap. " Ambilkan saya kopi Mocca satu. Nak hilangkan ngantuk. " arahnya kepada si pekerja.
Dilihat sahaja pemergian pekerjanya itu. Kepalanya berbaring semula di atas meja bulat tersebut. Sungguh tubuhnya terasa letih setelah menyiapkan pesanan sebuah syarikat yang mengadakan jamuan makan di pejabatnya.
" Bos, ni airnya. "
Sapaan itu membuatkan kepalanya bangkit semula. Dihirup perlahan air kopi Mocca panas itu. Setelah menghabiskan minumannya, lelaki itu bingkas bangun. Kakinya melangkah ke arah kaunter.
" Nanti kunci kedai baik-baik. Sekarang musim pencuri. Saya balik dulu. Penat sangat ni. Ingat pesan saya. "
" Baik bos ! " beberapa orang pekerja di kaunter itu menyalam hormat tangan bos mereka.
Taufiq memandu keretanya penuh berhati-hati. Memandangkan jalan raya sudah terlepas daripada kesesakan lalu lintas, masa perjalanan yang diambil untuk sampai ke rumah hanyalah 15 minit.
Setelah memarkirkan kereta di dalam garaj, Taufiq terus keluar dari dalam perut kereta. Tombol pintu utama dipulas. Berkunci ! Bibirnya terus tersenyum. Ternyata isterinya mengikut arahan. Kunci pendua yang dibawa dikeluarkan daripada kocek seluar.
Matanya meliar ke segenap bahagian rumah itu. Kelibat isterinya dicari. Setelah pintu dikunci dari dalam, kakinya bergerak ke arah sofa. Sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas sofa itu melegakan hatinya. Beg sandangnya diletak di atas lantai.
" Ain. Bangun sayang. Abang dah balik ni. " diusap manja rambut isterinya bagi mengejutkan gadis itu. " Ain. Abang ni. Hei bangun. "
" Abang, sorry. Ain tertidur. " Ain Imani menenyeh matanya dengan ibu jari. Rasa kantuk masih lagi menguasai dirinya. " Abang nak air? "
" Hmm. Kopi please. "
Diangguk kepala. Ain Imani terus bangun lalu menapak ke arah dapur untuk membuat minuman suaminya. Taufiq pula sibuk menonton rancangan yang disiarkan di kaca tv.
" Abang, ni airnya. " Ain Imani meletakkan cawan yang berisi minuman panas di atas meja kopi. Kemudian dia menapak kembali ke dapur.
Taufiq mengerutkan dahinya apabila isterinya berkelakuan sedemikian. Dia baru ingin bermanja dengan isterinya itu. Lalu cawan yang berada di atas meja kopi diambil. Minuman panas itu dihirup perlahan.
" Abang ! Happy birthday ! "
Ucapan yang menyapa gegendang telinga membuatkan Taufiq menoleh. Diperhati Ain Imani yang sedang duduk di sebelahnya sambil memegang sebiji kek sederhana.
" Hari ni birthday abang ke? " Taufiq menyoal dengan sedikit pelik. Dia sendiri lupa akan tarikh lahirnya.
" Yup. Aik abang lupa birthday sendiri? "
Gelakan kecil terbit dari mulut Taufiq. " Abang busy tu yang terlupa. Thanks sebab ingat. Tapi macam mana Ain tahu? "
Mendengar soalan yang diaju, Ain Imani tersengih kecil. " Err. Ain tengok IC abang. Sorry Ain bukak dompet abang tanpa pengetahuan. " ujarnya sedikit tergagap.
" Degil dia eah? " sejurus itu Taufiq mengetip hidung isterinya.
" Dahlah bang. Makanlah kek ni. Penat Ain buat khas untuk abang. Makan eah? " Ain Imani menghulurkan pisau pemotong kek kepada suaminya.
Taufiq hanya melayan kerenah isterinya. Dipotong kek berbentuk hati itu. Sepotong diambil dan diletak di atas piring kecil yang turut dihulur oleh isterinya.
" Abang makan eah? "
Ain Imani tersenyum sebagai tanda membenarkan. Baki kek yang dipegangnya diletakkan di atas meja kopi.
" Amazing ! Serius Ain buat ni? Ke beli kat secret recipe? " sengaja Taufiq bertanya sedemikian untuk menguji isterinya.
" Abang ! Sampai hati cakap macam tu. Ain buat sendiri. Mana ada beli. Penat kita buat, dia kata beli. Huh ! " Ain Imani memalingkan tubuhnya membelakangi suami. Mulutnya mula membuat muncung itik. Tangan bersilang di dada sebagai tanda protes.
Piring yang dipegang diletak di atas meja. " Ain. Hei, merajuk ke? Lah abang gurau jelah. Abang percaya Ain yang buat. Mesti Ain buat penuh kasih sayang, sebab tu sedap. Kan? " dipegang lembut bahu isterinya. Kepalanya terletak elok di bahu kanan Ain Imani. Terlihat dengan jelas wajah suram isterinya itu. " Okay, abang minta maaf eah? Dahlah jangan merajuk, hari ni birthday abang. Abang nak Ain gembira. Boleh? "
" Ain buat kek tu ! Bukan beli ! " tegas Ain Imani. Matanya menjeling tajam ke wajah Taufiq.
" Ya. Abang tahu. Dah eah, jangan merajuk. Tak lawa muka buat macam tu. Jom makan kek ni sama-sama. "
Setelah dipujuk sebegitu barulah mood Ain Imani kembali pulih. Taufiq menyuakan kek ke mulut isterinya.
" Ain, abang nak mintak something dari Ain boleh? " Taufiq menyoal sambil merenung ke dalam anak mata isterinya. Rambut isterinya yang terbiar lepas itu diusap lembut. " Abang nak Ain pakai tudung. Boleh? "
Jelas terpamer wajah terkejut isterinya. Gadis itu sedikit terkebil mendengar permintaan suaminya itu. Tak pernah terlintas dek otaknya bahawa lelaki itu akan menyatakan hasrat tersebut. Bukan dia tidak mahu, cuma keyakinan belum ada.
" Its okay. Abang tak paksa. Cuma, kalau Ain betul sayangkan abang, Ain mesti tak nak tengok abang kena seksa kat kubur nanti. Ain cantik. Cukuplah kecantikan Ain tu abang yang nampak. Abang tak nak kongsi dengan lelaki lain. Ain hak abang. " tutur Taufiq masih berusaha memujuk isterinya. Isterinya itu sudah cukup baik dan sempurna untuknya. Tetapi dia mahu yang terbaik lagi buat isterinya.
" Err.. abang pergi mandilah. Dah nak maghrib kan. Nanti terlepas solat. Ain kemas meja ni dulu. Nanti malam Ain masak untuk abang. " Ain Imani terus bangun. Dan tanpa menunggu kata balas daripada suaminya, dia terus membawa baki kek tadi ke dapur. Sungguh dia tidak selesa ingin berbicara soal itu. Hatinya masih keliru. Selama dia hidup, tiada seorang pun yang berani menegurnya berkaitan aurat termasuk keluarganya. Dari kecil sehingga dewasa, dirinya sekarang ini bermula sejak kecil. Bukan dia tidak mahu berubah, tetapi hal itu disampaikan dalam keadaan mengejut. " Maafkan Ain bang. Kalau Ain dah betul yakin, insyaAllah Ain akan berubah. "
****
HARI BERGANTI HARI, sejak apa yang berlaku pada hari lahirnya minggu lalu, hubungannya dengan Ain Imani seakan goyah. Mereka lebih banyak mendiamkan diri. Taufiq yang sedang duduk di atas katil itu meraup wajah.
Pintu yang terkuak dari luar membuatkan matanya memandang tepat ke arahnya. Kelihatan isterinya yang baru masuk ke bilik itu menghampiri katil. Taufiq yang sedang memegang buku berpura-pura fokus membaca. Walhal tiada satu pun yang masuk dalam otaknya.
" Abang, busy ke? "
" Tak adalah. Kenapa? "
" Ain ada beli ni. " Ain Imani meletakkan sebuah beg kertas di atas katil itu. Dia yang turut duduk di sebelah suaminya memandang lelaki itu dengan senyuman kecil.
Taufiq memandang beg tersebut sedikit berkerut. Buku yang dipegang diletakkan di atas meja sisi. Diambil beg yang dihulur isterinya. Isi beg dikeluarkan. Sedikit membulat matanya apabila tangannya memegang beberapa helai tudung. Turut berada di dalam beg itu beberapa helai selendang.
" Ain nak pakai. Tapi Ain tak pandai. Ain tak pernah pakai. Abang ajar Ain, boleh? " dengan wajah menunduk Ain Imani menuturkan hal berikut. Jarinya bermain sesama sendiri.
" Ain serius ke? Abang tak nak Ain pakai tudung kerana terpaksa. Abang nak Ain ikhlas. "
" Ain yakin dengan hati Ain. Ain nak berubah. Ain nak cantik untuk abang sorang. Ain tak nak kumpul dosa. Ain tak nak masuk neraka. Ain betul nak pakai tudung. Selama ni Ain jahil pasal aurat. Sepanjang Ain hidup, Ain tak pernah jaga aurat Ain. Ain takut. Ain banyak dosa. " Ain Imani mula teresak kecil ketika meluahkan segalanya kepada si suami.
" Hei, dah. Abang akan bimbing Ain. Percayalah. Jangan nangislah. " dipeluk lembut tubuh isterinya. Belakang badan Ain Imani diusap lembut bagi menenangkan gadis itu. " Abang ajar Ain eah? Abang ada dengan Ain. Dahlah. Syyyy. "
" Abang janji tak tinggalkan Ain? " secara tiba-tiba Ain Imani bertanya seperti itu.
" Eh, kenapa tanya macam tu. Ain dah sempurnakan hidup abang. Tak ada sebab untuk abang tinggalkan Ain. Abang nak hidup dengan Ain, dengan bakal anak-anak kita. Abang sayangkan Ain. "
Jawapan itu sedikit melegakan hatinya. Ain Imani semakin mengeratkan pelukan di tubuh suaminya. " Esok abang ajar Ain pakai tudung tu eah? Ain nak pergi kerja pakai tudung. Boleh? "
" Boleh sayang. "
Malam itu menjadi malam terindah buat Taufiq. Tak disangka kebisuan yang melanda beberapa hari lepas menghadirkan sesuatu yang indah. Disangkanya kebisuan isterinya tempoh hari disebabkan hasrat yang disuarakan tetapi ianya tidak tepat sama sekali. Dalam banyak detik, malam itu telah menghadirkan detik terindah.
****
PUAN ZAHIRAH sedikit tercengang sebaik pintu utama rumah dibuka. Matanya tidak lepas dari memandang susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya itu.
" Ma? Kenapa pandang Ain macam tu? " Ain Imani menegur lembut. Kenapa mamanya memandang seperti itu? Berbeza sangatkah wajahnya bertudung?
Tanpa berkata apa-apa terus dipeluk tubuh anaknya yang tidak banyak berubah. Cuma sedikit tembam berbanding dulu. Mungkin faktor pemakanan. Hatinya menzahirkan rasa syukur melihat perubahan anaknya. Tidak disangka dalam tempoh dua bulan, menantunya telah berjaya membawa perubahan kepada anak perempuannya itu. " Cantik Ain pakai tudung. " Puan Zahirah memuji sambil diusap lembut kepala anaknya itu.
Ain Imani tersenyum kecil mendengar pujian berikut. " Papa mana ma? "
" Ada kat dalam tu. "
Kepala terangguk kecil. Kepalanya menoleh. Taufiq sedang melangkah ke arahnya dengan tangan membawa beg baju.
" Assalamualaikum ma. Maaflah dah dua bulan kahwin baru kali ni dapat datang. Fiq busy sikit, Ain pun busy. Ni baru ambil cuti. " Taufiq menyalam tangan ibu mentuanya itu.
" Tak apa. Eh jom masuk. Panas kat luar ni. " Puan Zahirah mempelawa keduanya untuk masuk. Wanita itu melangkah terlebih dahulu.
" Kakak !!! "
Ain Imani yang baru melangkah ke dalam rumah terkejut apabila suara nyaring itu menyapa gegendang telinganya. Dilihat adik lelakinya, Ainul Iman sedang berlari mendapatkannya. Sekejap sahaja dia sudah berada di dalam pelukan lelaki itu.
" Iman rindu akak ! " jelas Ainul Iman sebaik pelukan terlerai.
" Yalah kau rindu. Entah-entah kau suka akak tak ada kat rumah. Dapatlah bermanja dengan mama papa kan. " sengaja Ain Imani menguji adiknya. Keningnya sedikit terjongket.
" Isyh akak ni. Iman seriuslah. Bosan sorang-sorang. Tak ada kawan nak ajak gaduh. "
" Owh. Kau rindu nak gaduh jelah ni? "
" Tak adalah. Akak, Iman ada sorang je kakak. Walaupun akak ni terkadang menyakitkan hati, tapi Iman tetap sayang akak. Faham tak? Isyh sekeh jugak kepala tu nanti. " dengan sengaja Ainul Iman menarik tudung yang dipakai kakaknya sebelum melarikan diri.
" Iman !!! " tanpa menunggu Ain Imani mengejar adik lelakinya itu.
Taufiq yang melihat sekadar menggeleng kecil dengan telatah dua beradik itu. Kakinya menapak perlahan ke arah sofa. Dihampiri bapa mentuanya yang sedang menonton tv itu.
" Assalamualaikum pa. Apa khabar? Papa sihat? " tangan lelaki tua itu dikucup hormat. Kemudian Taufiq terus mengambil tempat di sebelah bapa mentuanya.
" Macam mana Fiq? Everything okay? " Encik Habsyah terus mengaju soalan utama sementara anak perempuannya sedang sibuk di dapur.
" So far, semua okay. Tak terbongkar lagi. " jelas Taufiq ringkas. Sekejap kepalanya menoleh ke arah dapur. Bimbang sekiranya isterinya keluar nanti dan mendengar perbualan mereka itu.
" Just continue. Papa tengok Ain dah banyak berubah. Terima kasih sebab banyak membantu papa. Papa gagal didik anak papa, dan papa serahkan kepada Taufiq pula. Jaga Ain baik-baik. "
Taufiq tersenyum mendengar kata-kata Encik Habsyah. " InsyaAllah pa. "
****
PAGI ITU, Ain Imani sedikit tidak bermaya. Wajahnya kelihatan pucat. Taufiq yang sedang menjamu sarapan paginya mengerling ke arah isterinya. Makanan gadis itu langsung tidak tersentuh. Malah sedari tadi dilihat isterinya itu sibuk mengurut dahi.
" Ain, kenapa tak makan ni? Ain okay tak ni? " soalnya sedikit risau.
" Tak naklah. Tak ada selera. "
" Makanlah sikit. Nanti perut kosong. Makan eah? Abang suapkan. " lalu disuapkan nasi lemak ke mulut isterinya.
Belum sempat makanan itu menerjah masuk ke dalam mulut, Ain Imani terus bangun dan berlari ke arah tandas. Taufiq yang mendengar akan bunyi sesuatu turut bangun. Tangan dibasuh di sinki sebelum kakinya bergerak ke arah tandas yang dituju isterinya.
" Hei, kenapa ni? " diusap belakang badan isterinya.
Ain Imani tidak menjawab. Sebaik tekaknya terasa okay, mulutnya terus dibasuh. Ketika tubuhnya cuba berdiri tegak, kepalanya kembali melayang menyebabkan tubuhnya hampir terjelupuk di atas lantai. Mujur ada suaminya menahan.
Gelisah dengan keadaan isterinya, Taufiq terus mencempung tubuh kecil itu ke ruang tamu lalu dibaringkan di atas sofa. " Ain kenapa ni? Okay tak? Kita pergi klinik eah? " diusap lembut kepala isterinya. Tudung yang berbalut di kepala gadis itu sudah ditanggalkan bagi memberi keselesaan.
" Abang pergilah sarapan. Ain okay dah ni. "
" Macam mana abang nak sarapan kalau Ain macam ni? Risau abang tau. Kita pergi klinik eah? Pucat ni. "
Ain Imani merenung lembut ke dalam anak mata suaminya. Tangannya bergerak ke wajah lelaki itu. " Ain okaylah. Abang janganlah risau sangat. Pergilah makan. "
Taufiq tidak mendengar kata-kata isterinya. Dia terus duduk di samping Ain Imani. Tangannya tidak lekang dari mengusap dahi isterinya itu. " Abang panggil doktor datang sini nak? " cadangnya pula.
" Terpulanglah kat abang. Ain ada pilihan ke nak cakap tidak? " Ain Imani tersenyum kecil memandang suaminya. Dia sendiri tidak pasti kenapa dengan dirinya pada hari ini. Sedari bangun tadi pagi dia mula rasa tak sedap badan.
" Abang naik sekejap ambil fon. Ain stay sini. Jangan nak mengada bangun. Abang ikat punggung tu karang. " sempat dicubit pipi tembam isterinya sebelum kakinya menapak naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.
Beberapa minit kemudian Taufiq turun kembali. " Ain, baring kat bilik eah? Nanti kawan abang datang. " diarahkan Ain Imani agar bangkit. Tangannya memaut lembut bahu si isteri. Dengan keadaan gadis itu yang tampak lemah, bimbang hatinya mahu membiarkan gadis itu berjalan sendiri.
" Kawan abang tu lelaki ke perempuan? " Ain Imani menyoal sebaik tubuhnya dibaringkan ke atas tilam empuk di atas katil itu.
" Hmm, perempuan. " selamba Taufiq menjawab sambil menjongketkan kening. Sengaja mahu menyakat isterinya. Sengih kecil terlakar di bibir.
Membuntang mata Ain Imani mendengar jawapan suaminya. Mujur dia tidak kuat untuk bangun, kalau tidak mahu diligan suaminya satu taman perumahan itu. Matanya sekadar menjeling ke wajah suaminya.
" Ain cemburu eah? "
" Abang cakap kat Ain, perempuan mana tak cemburu bila suami dia sebut pasal perempuan depan dia? Ain ada hatilah. Abang curang dengan Ain, nahas abang Ain kerjakan. " ujar Ain Imani sedikit geram. Sempat dicubit lengan suaminya sehingga lelaki itu menyeringai sakit.
" Ain, dia ni kawan baik abanglah. Lagipun dia dah ada suami. Dah ada anak dah pun. Tu pun nak jeles ke. Aish isteri abang ni, tahu jugak cemburu. " tanpa rasa bersalah tatkala melihat wajah cemberut isterinya, spontan jarinya menarik hidung gadis itu.
Bunyi deringan telefon bimbit mengejutkan Taufiq. Dicapai telefon bimbit yang diletak di atas meja sisi. Panggilan disambut. Ain Imani hanya mendengar perbualan suaminya itu.
" Ain baring je. Kawan abang dah datang. Abang buka pintu kejap eah? " Taufiq yang sedang duduk di birai katil bingkas bangun. Sebelum melangkah keluar dari bilik itu, sempat kepalanya menoleh. " Jangan risau. Dia datang dengan suami. Don't jelous ya sayang. " dilayangkan flying kiss buat si isteri.
Ain Imani menggeleng kecil melayan kerenah suaminya itu. Beberapa minit menunggu, seorang perempuan yang mungkin seusia suaminya melangkah masuk dan menghampiri dirinya. Ain Imani cuba untuk bangun. Senyuman dihulur.
Sementara di tingkat bawah, Taufiq yang baru sahaja siap menghidangkan air buat suami sahabatnya itu mengambil tempat di sofa berdekatan. Dilihat kanak-kanak yang mungkin berusia lingkungan dua dan tiga tahun sedang bermain dengan alat permainan masing-masing.
Mindanya terbayang jikalau dia turut mempunyai anak ketika itu, pasti suasana di dalam rumah itu berubah. Dengan suara anak kecil, pasti meriah. Bibirnya tersenyum membayangkan situasi sedemikian. Sementara menunggu isteri yang sedang diperiksa, diambil peluang untuk beramah mesra dengan suami sahabatnya itu. Sebelum ini dia hanya mengenali lelaki itu sepintas lalu. Malah jarang sekali untuk bersua muka.
" Fiq, saya dah check isteri awak. "
Entah dari mana dan sejak bila, sahabatnya muncul. Herni yang baru selesai melakukan pemeriksaan ke atas isteri sahabatnya itu mengambil tempat di sebelah suaminya.
" Macam mana dengan Ain? Dia okay ke? " Taufiq menyoal sedikit gelisah.
Herni menguntum senyum. " Don't worry. Ain kena penyakit buatan suami dia sendiri. "
Taufiq yang tidak memahami mengerut dahi. " Sakit buatan saya? Sakit apa? "
" Congrats Fiq ! Papa to be ! Two month already ! "
Pada mulanya Taufiq sedikit tercengang. Tetapi hanya untuk beberapa saat sebelum bibirnya turut tersenyum. " Are you serious? " soalnya ingin meminta kepastian.
Anggukan yang diberi sahabatnya menambahkan riang di hati. Alhamdulillah. Ternyata Allah memakbulkan permintaannya.
" Thanks Ni. I'm so suprise with that. Oh God, I will be a papa. "
" Welcome. Hah, nanti ada masa awak bawa Ain pergi klinik saya. Nanti saya bekalkan vitamin dan apa-apa yang isteri awak perlukan. Okay? "
" Okay. I will. "
" Hmm, so everything settle. So let me go home. " Herni yang sudah bangun mendukung anak kecilnya yang sedang duduk di atas karpet berbulu itu. Manakala suaminya mendukung anak seorang lagi. Mereka menapak ke muka pintu.
" I'll bank in the money. Thanks for everything. "
Herni mengangguk kecil. Sebaik mengucapkan salam, dia serta suami terus masuk ke dalam kereta yang diletak di luar pagar.
Setelah kelibat kereta sahabatnya hilang dari pandangan, Taufiq pantas merapatkan daun pintu. Dia kemudian mendaki anak tangga. Bilik yang menempatkan isterinya dituju.
" Ain ! Thank you so much sayang ! " tanpa berlengah terus dipeluk tubuh isterinya. Ain Imani yang tidak mengerti terkebil-kebil memandang suaminya.
" Kenapa ni bang? "
" You're pregnant ! Kita akan ada anak ! " penuh teruja Taufiq memberitahu hal tersebut kepada isterinya. Sungguh dia tidak dapat menyembunyikan rasa gembira di hati. Memang saat itu yang ditunggu.
" Abang serius? "
" Yup. Abang serius ni. Yeah ! I'm excited to be papa ! " sekali lagi tubuh Ain Imani menjadi mangsa pelukannya. Malah dikucup lembut dahi isterinya. Hatinya terasa amat bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Maka haruslah dia menunaikan nazarnya.
****
BEBERAPA HELAI baju T serta kemeja disangkut di ruang baju di dalam almari dengan panjang 10 kaki itu manakala seluar pula disangkut di ruang seluar. Sempat bebola matanya melilau melihat seluruh ruang di dalam almari itu dari bawah ke atas. Di saat matanya terhala ke atas, diperhati lama sebuah kotak sederhana yang terletak di penjuru atas di dalam almari itu.
" Kotak apa tu ya? Hmm, nak tengok. Tapi dosa. Tapi tetap nak tengok. " mulut Ain Imani mengomel sendiri. Matanya masih lagi terarah pada kotak tersebut. " Tak apalah. Nanti mintak maaf kat dia. Tapi tinggi. " tatkala terpandang kerusi meja solek, bibirnya tersenyum.
Diangkat kerusi kecil itu dibawa berhampiran almari. Tanpa memikirkan keadaannya yang sedang mengandung, laju sahaja Ain Imani memanjat kerusi berkenaan. Tangannya mencapai kotak tersebut.
Berjaya mengambilnya, terus sahaja dia turun dari kerusi. Kaki berjalan ke arah katil. Punggung dilabuh di birai katil. Kotak yang seakan kotak hadiah itu ditenung. Dengan lafaz bismillah, penutup kotak dibuka. Bertambah tercengang apabila matanya menangkap beberapa objek di dalam kotak yang dipangkunya itu. Frame. Album. Itu yang dia nampak.
Minatnya lebih terarah kepada album tebal di dalam kotak itu. Diambilnya lalu diselak satu persatu. Matanya terpaku pada gambar di mana suaminya sedang memegang piala bersama sijil dengan berpakaian lengkap seragam seorang chef. Dan diselak lagi, gambar yang hampir serupa. Suaminya sedang bergambar bersama beberapa orang chef terkemuka di dunia. Semakin terdesak otaknya untuk mengetahui isi di dalam kotak itu selain album. Tangannya menarik sebuah fail yang terletak di bahagian paling bawah. Dikeluarkan isi fail tersebut. Sekeping sijil bersaiz A4 dipegang. Bagai tidak percaya dengan apa yang dibaca.
CHAMPION
Journey To Culinary World Cup, Luxembourg 2014
Serentak itu pintu bilik yang tadi tertutup rapat dikuak dari luar.
" Ain buat apa kat bi.. " belum sempat ayat dihabiskan, Taufiq turut tercengang. Pandangan terarah pada objek yang berada di tangan isterinya. Laju kakinya menapak ke arah Ain Imani. Sijil serta fail yang dipegang isterinya lantas diambil.
" Ain buat apa ni?! Siapa izinkan Ain ambil kotak ni?! Sejak bila pandai selongkar barang abang ni?! " dengan wajah berang Taufiq menyoal.
Ain Imani sedikit tersentak dengan jerkahan tersebut. Belum pernah sepanjang mereka berkahwin, lelaki itu meninggikan suara dengannya. Matanya mula berkaca.
" Abang tipu Ain. " ujarnya perlahan. Tidak berani ingin bertentang mata dengan suaminya.
" Sejak bila Ain pandai buat macam ni?! Tak pandai nak mintak izin dah ke?! Sesuka hati nak tengok harta orang. Hormat sikit Ain ! Abang ni suami Ain ! Ni hak abang, privasi abang ! Ain tak boleh nak kembur sesuka hati Ain. Kalau abang selongkar beg tangan Ain, apa Ain rasa?! " Taufiq masih tidak dapat mengawal amarahnya. Nada suaranya masih seperti tadi.
" Kenapa abang tipu Ain?! Abang tak jujur dengan Ain. Abang cakap, abang pekerja restoran, so apa semua ni? Chef. Abang chef ! Tapi abang sanggup tipu Ain. Ain ni tak penting ke pada abang? Ain tak pernah tipu abang. Kenapa abang buat Ain macam ni? Apa salah Ain? Kenapa abang perlu tipu? " bertalu-talu Ain Imani menyoal. Air matanya sudah lama mengalir di pipi. Baru matanya berani untuk memandang wajah suaminya. Nafasnya turun naik begitu pantas.
Melihat wajah si cinta hati yang dibasahi air mata itu membuatkan kemarahannya mula reda. Hatinya beristighfar kecil. " Ain, abang bukan nak tipu Ain. " tangannya cuba memegang bahu si isteri yang masih menangis. Tetapi tangannya ditepis.
" Kenapa mesti tipu? Entah-entah, sayang abang kat Ain selama ni pun tipu jugak. Abang tak sayang Ain kan?! " Ain Imani menebak.
" Ain, abang cuma tipu Ain pasal ni je. Okay abang ngaku dengan Ain, abang memang bukan pekerja restoran. Abang owner restoran kat area KL ni. Abang bekas chef. Abang bukan orang susah sepertimana yang abang cerita kat Ain sebelum kita kahwin dulu. Tapi abang buat semua ni demi kebaikan Ain. " Taufiq menjelaskan panjang lebar.
" Kebaikan apa? Abang cakap kat Ain kebaikan apa? "
" Semua ni, adalah dirancang Ain. Perkahwinan kita, dirancang. Papa jumpa dengan ayah abang, mereka berbincang. First memang abang tak setuju. Abang tak nak tipu bakal isteri abang. Tapi abang kena buat. Ni amanah papa dengan mama. Masa tu Ain yang terdesak nak kahwin. Papa nak abang ubah Ain. Ain pun tahu Ain dah berubah sekarang ni kan. Dari tak pandai buat kerja dapur, Ain dah pandai. Ain dah jadi isteri yang sempurna. Abang tipu semua ni, abang nak tengok sejauh mana Ain boleh terima seorang suami yang berasal dari keluarga miskin dalam hidup Ain. Ain kena faham semua tu. Ain, abang takkan sanggup nak buat semua ni kalau hanya sia-sia. "
Kemarahan yang menggunung tadi mula turun. Ain Imani terduduk kembali di atas tilam. Hanya air mata yang masih mengalir.
Taufiq turut duduk di samping isterinya. Bahu gadis itu dipaut lembut. " Abang mintak maaf. Abang tipu, abang nak hadirkan satu perubahan di dalam diri Ain. Abang mintak maaf sayang. " lalu dipeluk lembut tubuh kecil itu. Air mata isterinya dikesat dengan hujung jari. " Abang janji, abang akan jujur dengan Ain. Dahlah, tak nak marah eah? "
" Sayang abang kat Ain, tipu jugak ke? " sempat Ain Imani menyoal meskipun tubuhnya masih dipeluk.
" Ain, sayang tak boleh tipu. Abang sayang Ain, jujur. Kalau abang tipu dalam menyayangi Ain, abang takkan layan Ain macam permaisuri. Dan mungkin, Allah takkan hadirkan anak ni dalam rahim Ain. "
Terharu ! Satu perasaan yang meresap ke dalam hatinya. Ain Imani kembali mengeratkan pelukan. Dibiar tangan suaminya yang sibuk mengusap perutnya yang semakin membesar itu. " Ain mintak maaf pasal tadi. Abang maafkan Ain tak? "
Taufiq mengukir senyuman. " Abang pun mintak maaf. Abang tak patut marah Ain dalam keadaan Ain yang sedang mengandung ni. I'm sorry. Kalau apa-apa jadi kat Ain tadi, abang akan salahkan diri abang. Abang terlalu ikut emosi marah. Tapi jangan buat macam ni lagi. Kalau nak apa-apa, mintak izin abang. Okay? "
Kepala diangguk. " Abang janji sayang Ain sampai bila-bila. Jangan tinggalkan Ain. Ain sayang abang. Ain tak kisah dah pasal identiti abang, yang penting abang ada di sisi Ain. "
" InsyaAllah sayang. "
****
TANGAN SI ISTERI dipegang kemas. Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku. Dengan keadaan isterinya yang sudah sarat itu. Maka haruslah dia berhati-hati. Dipimpin isterinya ketika gadis itu melangkah keluar dari perut kereta.
" Rumah siapa ni bang? " Ain Imani menyoal. Kepalanya didongak untuk memandang wajah suaminya.
" Cantik? " soalan isterinya belum berjawab, soalan lain yang diaju. Taufiq melukis senyuman manis.
" Cantik. Tapi ni rumah siapa? Kenapa abang bawa Ain ke sini? "
Taufiq beralih ke belakang Ain Imani. Tubuh isterinya didakap dari belakang. " From now, and forever, we will stay in this house. " bisiknya perlahan.
Ain Imani tergamam untuk beberapa saat setelah mendengar apa yang dibisik suaminya tadi. " Maksud abang? "
" Ain, ni lah rumah abang. Arwah Tok Wan hadiahkan rumah ni kepada abang waktu abang kecil. Bukan abang je, adik beradik abang yang lain pun dapat rumah. Ayah kan anak tunggal Tok Wan, segala harta Tok Wan, ayah yang dapat. Tak ketinggalan abang dengan adik-adik abang pun dapat harta. Abang tak pernah tinggal kat sini. Abang cuma upah orang untuk jaga rumah ni. Abang dah janji abang nak tinggal kat rumah ni dengan isteri abang, dengan anak-anak abang. " Taufiq berjeda buat seketika. Wajah isterinya ditatap lembut. " Ain nampak kereta dalam garaj tu? Tu kereta sebenar abang. Abang beli dengan duit abang kerja sebagai chef. Lepas beberapa tahun, abang berhenti jadi chef. Abang nak jadi usahawan. Abang buka restoran sendiri. Sebab tu waktu first Ain tanya abang kerja apa, abang cakap abang pekerja restoran. Sebenarnya tu bukan tipu. Abang bekerja di restoran abang sendiri. "
Ain Imani setia mendengar segala penjelasan suaminya. " Pasal wedding? Kenapa buat dekat kampung? "
" Hmm, tu idea umi dengan ayah. Lagipun kalau ikut perancangan awal parents Ain dengan parents abang, semua tu untuk nampakkan yang kononnya abang ni memang berasal dari keluarga miskin. Kalau buat dekat rumah umi dengan ayah, mesti kantoi kan. "
Ain Imani lantas memusingkan tubuhnya menghadap si suami. Mata bundar miliknya bertentang dengan mata milik suaminya. " Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih terima diri Ain yang serba kekurangan ni. Ain sayang abang sampai bila-bila, insyaAllah selagi Ain bernyawa. Dulu Ain malu dengan kawan-kawan Ain. Sebab Ain berkahwin dengan lelaki miskin. Tapi sekarang, Ain bahagia. Ain ada suami yang sempurna untuk Ain. Abang bukan sekadar suami Ain, abang jugalah Chef Cinta Ain. Abang ajar Ain memasak, abang juga yang ajar Ain erti cinta. Terima kasih hadir dalam hidup Ain. " jemari suaminya digapai lalu digenggam kemas.
Senyuman tak lekang di bibir Taufiq. Terasa jiwanya dibuai dengan kata indah yang meniti keluar dari mulut isterinya. " Abang pun nak ucap terima kasih. Abang fikir Ain akan tinggalkan abang bila tahu yang abang orang miskin dulu, tapi tanggapan tu salah. Ain setia kat sisi abang. Terima kasih sayang terutama untuk baby dalam perut ni. Abang tak sabar nak jadi papa. Thank you for everything. "
CINTA,
Adalah satu fitrah kehidupan.
Yang menjadikan hidup ini indah.
Yang menjadikan hidup ini gembira.
Yang menjadikan hidup ini terasa dihargai.
Tetapi, CINTA juga yang membuat hidup ini suram.
Yang membuat hidup ini layu.
Yang membuat hidup ini terpinggir.
##### TAMAT #####
Share this novel