CERPEN 2 : SELAMAT TINGGAL BINTANG

Short Story Series 2946

" WEI, kau rasa result SPM kita macam mana?
Kau rasa kita dapat straight A tak? " Batrisya yang sedang membaca novel
mengerling sekilas ke arah sahabat baiknya itu.

" Manalah aku tahu. Alah tak payah fikirlah,
lagipun dah lepas SPM. Terima jelah result kita
nanti. " balasnya selamba. Matanya kembali
menyambung bacaannya yang terganggu.

" Amboi kau cakap senang gila, kau nak masuk
U ke tak sebenarnya ni? " Nurin merengus
geram. Sakit hati dengan sikap selamba
sahabatnya yang satu itu.

" Naklah, orang gila je tak nak. " bidas Batrisya.

" Kau bukan gila ke? " selamba Nurin menyoal.

Serta-merta Batrisya menoleh ke arah Nurin
yang sedang berbaring di sebelahnya.

Tangannya pantas mencapai bantal yang berada
di hadapannya dan dipukul ke badan gadis kecil
di sebelahnya itu.

" Wei, main kasar nampak. " marah Nurin lantas
tangannya turut mencapai bantal yang tadinya
menjadi alas kepalanya dan dipukul ke badan
Batrisya. Giliran gadis itu pula yang berang. Keadaan bilik yang teratur mula bersepah
apabila dua gadis itu mula bermain perang
bantal.

Tok ! Tok ! Tok !

Bunyi ketukan pada pintu menghentikan
perbuatan yang dilakukan Batrisya dan Nurin. Dua gadis itu saling berpandangan.
Batrisya terlebih dahulu bergerak ke arah pintu
bilik. Tombol pintu dipulas perlahan.

" Ibu, kenapa ni? " soalnya sebaik pintu bilik
terbuka. Kelihatan susuk tubuh Puan Maznah di
hadapannya.

" Isya sibuk ke? "

" Tak adalah. Kenapa? "

" Ibu nak minta tolong Isya pergi kedai. Belikan
minyak masak. Ibu ingat nak goreng cekodok
buat minum petang, tapi minyak habis. " jelas
Puan Maznah kepada anak gadisnya.

" Hmm, okay. Isya pakai tudung sekejap. " Batrisya melangkah masuk ke dalam biliknya. Tudung yang tergantung di dalam almari dicapai
dan disarung ke kepala.

" Kau nak pergi mana? " soal Nurin yang sejak
tadi hanya memerhati tingkah Batrisya.

" Ibu suruh pergi kedai. " Batrisya menjawab
ringkas dengan langkah yang diatur menuju ke
muka pintu.

" Nak ikut ! " Nurin bingkas turun dari katil lalu
mencapai tudung miliknya. Kakinya menapak
mengikut langkah Batrisya. Sesampainya di ruang dapur, dilihatnya Batrisya
sedang mengambil duit daripada ibunya.
Kemudian gadis itu berjalan ke arahnya.

" Jom ! " Batrisya menarik tangan Nurin agar
mengikutnya.

" Isya, jangan bawa motor laju sangat ! "

" Baik ibu ! " laung Batrisya dari luar rumah
menjawab pesanan yang dititipkan oleh ibunya.

Selepas hampir 15 minit perjalanan, mereka
sampai di hadapan sebuah kedai runcit
sederhana besar. Batrisya memarkir motosikal
miliknya di tempat yang sepatutnya. Mereka melangkah masuk ke dalam kedai runcit
tersebut. Batrisya sibuk mencari barang yang
dipesan ibunya manakala Nurin pula sibuk
mengambil makanan kegemarannya. Tak lain
tak bukan adalah makanan yang mampu
mendatangkan penyakit.

" Wei, kau ni kuat betul makan jajan. Kau dah
lama hidup ke? " tegur Batrisya apabila melihat
makanan yang diambil oleh Nurin tadi.

" Alah, bukan hari-hari pun. " Nurin membalas
selamba. Gadis itu sibuk membayar harga
barang miliknya.

Batrisya sekadar menggelengkan kepalanya.
Sudah banyak kali dia menasihati sahabatnya
itu, namun ianya sia-sia apabila nasihatnya
tidak diikut. Selesai membayar harga barang
yang dibeli, mereka mengatur langkah menuju
ke motosikal untuk pulang ke rumah.

****

HARI INI, merupakan hari yang dinantikan oleh
semua pelajar lepasan SPM tahun 2014. Walaupun jam masih awal, namun keadaan di
dalam dewan SMK Seri Menanti mula riuh
dengan suara pelajar.

Batrisya dan Nurin yang baru sahaja sampai di
dewan itu mengambil tempat jauh daripada
rakan-rakan mereka yang lain.

" Wei, tak payahlah takut sangat. Releks jelah. "
ujar Batrisya dengan riak wajah selamba.

" Kau ni, macam tak ada apa-apa. Kau ni batu
ke apa, tak ada perasaan.. "

" Ngek mu. " Batrisya menampar perlahan bahu
sahabatnya itu.

" Assalamualaikum. Perhatian kepada pelajar
lepasan SPM tahun 2014 agar beratur mengikut
kelas masing-masing dan sila ambil slip anda
daripada guru tingkatan masing-masing. "

Sedang Batrisya dan Nurin sibuk berbual, suara
daripada guru kaunseling itu mengejutkan
mereka berdua. Pelajar lain mula beratur di
hadapan guru tingkatan bagi mengambil slip
keputusan masing-masing.

" Jom wei. " ajak Batrisya. Dia bingkas bangun
daripada duduk.

" Aku takutlah. "

" Dah, tak payah nak drama sangat. Jom. " Batrisya mula menarik tangan Nurin agar turut
bangun.

Nak atau tidak gadis itu terpaksa bangun. Mereka jalan beriringan menuju ke guru
tingkatan bagi kelas 5 Kenanga.

" Kau depan. " Nurin menolak tubuh Batrisya ke
hadapan. Manakala dia berdiri di belakang
sahabatnya itu.

" Ceh, muka punya gengster. Tapi penakut. " sempat Batrisya mengejek sebelum berjalan
meninggalkan Nurin di belakang.

Selepas Batrisya mengambil slip keputusannya,
dia terus keluar dari barisan. Kini giliran Nurin
untuk mengambil slip keputusannya.

" Kau dah tengok ke? " soal Nurin sebaik
mendekat kepada Batrisya.

Gadis sebayanya itu sekadar menggeleng. " Jom.
Satu, dua, tiga. " Batrisya terus melihat slip yang berada di
tangannya. Membuntang matanya apabila
melihat keputusan SPM miliknya itu. Nurin di
hadapannya turut memberi reaksi yang sama.

" Isya, aku dapat !! " jeritnya teruja.

" Rin, aku pun dapat !! " Batrisya turut menjerit
kegembiraan.

" Yeah !! " Batrisya dan Nurin menjerit serentak. Keduanya begitu gembira. Mereka saling
berpelukan.

Terdapat beberapa orang pelajar yang berada di
dalam dewan itu melihat telatah mereka namun
Batrisya dan Nurin langsung tidak ambil peduli.

" Alhamdulillah, kita berdua dapat result
cemerlang. " ujar Nurin. Matanya sedikit berair,
mungkin terlalu gembira.

" Ya. Syukur sangat. Eh, jom balik. Mesti ibu nak
tahu result kita. "

" Jom ! "

Mereka jalan bersama. Tanpa berjumpa dengan
para guru dan rakan, mereka meninggalkan
sekolah tersebut. Gembira ingin menunjukkan
kejayaan berikut kepada Puan Maznah.

Perjalanan dari sekolah ke rumah hanya
memakan masa 15 minit. Sebaik sampai di
laman rumah, kelihatan Puan Maznah sudah
menunggu kepulangan mereka di muka pintu.

" Ibu, Batrisya dapat ! " Batrisya menjerit riang
lantas berlari anak ke arah Puan Maznah. Tubuh
ibunya itu dirangkul erat.

Nurin hanya memerhati. ' Kalaulah aku ada
mak, mesti dapat kongsi kegembiraan ni. Mak,
Nurin berjaya capai impian Nurin. Nurin rindu
mak, Nurin tak tahu mak kat mana. Nurin rindu
kasih daripada mak. Nurin harap suatu hari
nanti kita dapat jumpa walaupun saat tu Nurin
dah tak mampu nak peluk mak. Nurin harap
dapat jumpa mak sebelum Nurin tinggalkan
dunia ni. ' Nurin bermonolog sendiri di dalam
hati. Sedih dengan nasib yang menimpa, tiada
ibu dan bapa. Dia sendiri tak kenal siapa ibu
bapanya. Tanpa sedar air matanya menitis
menuruni pipi.

" Nurin, sini sayang. " Puan Maznah yang sedar
perasaan anak angkatnya itu menggamit. Nurin
ialah anak angkatnya. Dia menjaga gadis itu
sejak kecil lagi. Kasih sayangnya kepada Batrisya
sama seperti kasih sayangnya kepada Nurin. Dia
tidak pernah membezakan antara keduanya.

Perlahan- lahan Nurin mengatur langkah ke
arah Puan Maznah. Apabila dia berada di
hadapan wanita itu, tubuhnya terus dipeluk
erat. Nurin turut membalas pelukan tersebut.

" Tahniah. Anak ibu dua-dua berjaya. Ibu
sayang anak-anak ibu. " ucap Puan Maznah
lembut.

Mereka bertiga bercantum dalam satu pelukan
kasih.

****

" ISYA !!! "

Batrisya yang sedang menolong ibunya memasak
di dapur memandang pelik ke arah Nurin yang
menjerit bagai orang gila itu.

" Kau kenapa? Gila ke? " soalnya selamba tanpa
menyedari bahawa Puan Maznah berada di
sebelahnya.

" Isya, tak baik cakap macam tu. " tegur Puan
Maznah.

" Err, sorry. Hee. Hah, kenapa menjerit bagai
nak rak ni? Aku tahulah nama aku enak disebut.
"

" Poyolah kau. Ni, tadi pakwe kau datang hantar
surat. " Nurin mengambil tempat di hadapan
Puan Maznah.

" Pakwe? Bila masa pulak aku ada pakwe. Siapa?
"

" Abey posman. Nah, surat kau. Aku pun dapat
jugak. " Nurin menghulurkan beberapa pucuk
surat kepada Batrisya.

Gadis itu yang sedari tadi sibuk memotong sayur
menghentikan perlakuannya. Diambil surat yang
diberikan oleh Nurin. Dibeleknya surat yang
dipegang. Surat tawaran ke IPT. Dilihatnya satu
persatu. Tiada satu pun bidang yang ditawarkan
menarik minatnya. Namun apabila tiba pada
surat terakhir..

" Rin, kau dapat macam aku dapat? " soalnya
kepada Nurin yang masih teliti membaca
suratnya.

Nurin memandang tepat ke wajah sahabatnya
merangkap cinta hatinya itu walau terkadang
gadis itu sungguh menjengkelkan.

" UPM, am i right? "

Batrisya mengangguk kecil.

" Ada. "

Lama mereka berpandangan antara satu sama
lain. Kemudian pandangan tersebut beralih ke
wajah Puan Maznah.

" Kenapa pandang ibu? "

" Ibu, kami dapat UPM.. " jelas Batrisya.

" Ibu benarkan tak kami sambung belajar kat
sana sementara tunggu keputusan belajar
oversea. " ujar Nurin pula.

Puan Maznah sekadar tersenyum. " Kenapa
tanya ibu? Tu keputusan Isya dengan Rin kan.
Ibu tak kisah. Tapi kena ingat pesan ibu dulu.. "

" Belajar rajin-rajin, tak tinggal solat, rajin
berdoa, selalu ingat Allah, pandai jaga maruah
diri dan keluarga. " terang Nurin.

" Belajar kerana nak berjaya, yakin pada Allah,
tak sombong, sentiasa mendengar nasihat, capai
impian masing-masing. " giliran Batrisya
menyampuk.

Puan Maznah tergelak kecil. " Ingat pun. Ibu
izinkan. "

" Yeah !! Terima kasih ibu. " ucap Batrisya dan
Nurin serentak. Keduanya menghampiri Puan
Maznah lantas tubuh wanita itu dipeluk erat.

****

*SETELAH BEBERAPA BULAN*

" ISYA !!!! "

Batrisya yang sedang duduk seorang diri di kafe
UPM sedikit terkejut mendengar jeritan
sahabatnya itu. Novel yang dipegang diletakkan
di atas meja.

" Asal kau ni? Meroyan ke apa? " soalnya sedikit
geram. Mana tidaknya, menjerit macam orang
kena histeria. Mahu terkejut dibuatnya. Nasib
baik dia tiada sakit jantung, kalau ada mahu
jalan terus.

" Kalau aku meroyan dah lama kena hantar
Tanjung Rambutan. Bengong !! " Nurin
menjawab selamba. Gadis itu mengambil
tempat berhadapan dengan Batrisya. Tanpa
meminta izin tangannya terus mencapai gelas
minuman yang mengandungi separuh jus oren.
Diteguknya perlahan.

" Wei, belilah sendiri. Apa barang rembat air
aku. " Batrisya merampas kembali gelasnya.

" Kedekut tahi hidung masin. "
" Dah tu kau ingat tahi hidung kau manis? "

" Bla bla bla. Macam mak nenek. "

" Apa kes menjerit tadi? " soal Batrisya sengaja
mengubah topik perbualan mereka.

" Hah, hampir terlupa. Kau ingat tak yang aku
ada mohon sambung study oversea? "

" Kau jangan cakap yang kau.. " ayat Batrisya
tergantung di situ. Matanya memandang tepat
ke wajah Nurin.

Nurin mengangguk kecil sambil tersengih. " Yup.
Aku dapat. Australia ! " balasnya teruja.

Batrisya tercengang seketika. " Kau serius?
Jangan main-main wei. " ujarnya ingin meminta
kepastian.

" Aku seriuslah. Kenapa ? " berkerut dahi Nurin
menyoal. Sepatutnya sahabatnya itu gembira,
tapi raut wajah yang dipamerkan seperti..
" Kau kenapa tak happy ? Tak suka ke aku dapat
study oversea ? "

" Thats mean kita kena pisah kan? Sampai hati
kau nak tinggalkan aku sorang kat sini. Kau tak
sayang aku ke? Yelah, aku tahu aku banyak
sakitkan hati kau tapi aku sayang kau. Kau
nyawa aku wei. Kau kembar, sahabat, cinta hati,
bulan, bintang aku. Kau tahu tak? Nanti siapa
nak bebel kat aku, siapa nak jaga aku kalau
demam, siapa nak suap aku makan, siapa nak
teman aku belajar. "

Terkesima Nurin mendengar tutur kata yang
meniti keluar dari mulut Batrisya. Dia dapat
lihat bahawa mata sahabatnya itu sudah
digenangi air. Terharu? Ya, itu yang dia rasa.

" Aku minta maaf Isya. Aku pentingkan diri, aku
tak fikir perasaan orang yang dekat dengan aku.
Aku gembira dengan semua ni, tapi aku tak
sedar aku dah buat orang lain sedih. Aku minta
maaf. Tak apalah, aku tak pergilah. "

" Aku tak halang kau pergi. Aku cuma sedih nak
pisah, tu je. Kau pergilah, tu impian kau. Aku
cuma fikir siapa yang nak ambil alih tempat kau
tu nanti. Tak apalah, kau pergi. Sayang tau,
bukan senang nak dapat. Lagipun sekarang kan
zaman teknologi, kita boleh berhubung
jugakkan. " jelas Batrisya cuba menenangkan
hati Nurin. Dia tahu hati gadis itu berbelah
bahagi. Tapi dia juga harus fikir, jangan kerana
pentingkan diri, dia menguburkan hasrat
sahabatnya sendiri.

" Tapi kau.. "

" Aku okay. Aku kan kuat. Lagipun takkan aku
nak halang kau capai apa yang kau nak. Kau
pergilah, aku tak kisah. Tapi ingat, jangan sesaat
pun kau lupa kat aku. Faham?! "

Muka yang tadinya muram berubah ceria. " Of
course aku ingat kau bintang. Takkan aku nak
lupa kat orang yang banyak tolong aku, walau
terkadang kau tersangatlah menyakitkan hati. "

Batrisya turut tersenyum. " Nanti kau jangan
lupa bagitau ibu. Eh, bila pergi? "

" Bulan depan. "

" Hmm, okay. Apa pun, tahniah. "

" Thanks Isya. Kau memang super star untuk
aku. "

Batrisya hanya mampu mengukir senyuman
walau hakikatnya dia tidak rela untuk kehilangan
sahabatnya yang satu itu. Tapi apakan daya, dia
pasrah.

****

PUAN MAZNAH berlari anak ke muka pintu.
Apabila daun pintu dikuak, kelihatan seraut
wajah yang cukup dikenalinya itu berada di
hadapannya.

" Assalamualaikum Maz. "

" Waalaikumussalam. "

" Kau ingat aku tak? Ni suami aku. "

Lambat-lambat Puan Maznah mengangguk. "
Jemputlah masuk. " pelawanya ramah.

Apabila tetamu yang bertandang ke rumahnya
itu sudah mengambil tempat di atas kerusi,
Puan Maznah bergerak ke dapur untuk
membuatkan minuman.

" Jemputlah minum. "

" Maz, aku datang sini ada sebab. "

" Kau nak apa Mariah? Aku ingat kau dah lupa
kat rumah ni. " balas Puan Maznah acuh tak
acuh.

" Maz, aku rasa kau tahu tujuan aku. Mana Elia?
" soal Puan Kamariah sambil matanya
menerawang mencari kelibat seseorang.

" Baru sekarang kau cari dia? Kau lupa janji kau.
Kau cakap kau cuma berhijrah untuk beberapa
bulan dan kau nak bawa Nurin tinggal dengan
kau bila kau dah senang, tapi selepas 18 tahun
baru kau datang? "

" Maz, aku datang bukan nak gaduh. Aku cuma
nak Elia. Tu je. Tolong aku Maz. "

" Betul cakap isteri saya ni. Kami cuma nak Elia,
itu je. " lelaki yang segak berkemeja yang duduk
di sisi Puan Kamariah menjawab.

" Cakap memang mudah. Aku tak pernah lupa
apa yang kau pesan kat aku waktu kau beri
Nurin pada aku. 18 tahun aku jaga dia, aku yang
bagi dia makan, aku yang besarkan dia. Aku dah
anggap dia sebagai anak aku. Sekarang kau
datang nak ambil dia? Tak semudah tu Mariah
aku nak lepaskan dia pada kau. "

Puan Kamariah mula menitiskan air mata. Ya,
dia sedar memang sukar. Semuanya berpunca
daripada dirinya sendiri. " Tolong Maz, aku nak
jumpa Elia. Aku nak tebus silap aku sebab
abaikan dia. Aku nak jaga Elia, aku nak bagi
kasih sayang kat dia. Aku tak pernah lupakan
anak aku, aku rindu dia. "

" Kau tak pernah rasa Mariah, bila masa Nurin
tanya pasal ibu dia pada aku. Waktu tu aku
hanya mampu menipu. Kau ingat aku suka tipu?
Tapi demi jaga hati dan perasaan dia, aku tipu.
Aku yang pujuk dia bila dia sedih, aku yang jaga
dia bila dia sakit. Aku hanya benarkan kau
jumpa dia, tapi untuk biarkan kau ambil dia,
aku takkan benarkan. "

" Tapi dia anak aku. Aku berhak. "

" Tak perlu bercakap pasal hak, kalau kau
sendiri sanggup buang anak. "

" Aku tak buang Elia. "

" Kau buang dia. Sekarang kau nak kutip balik? "

" Maz, tolong bagi peluang untuk aku jaga Elia. "

" Macam aku cakap tadi, kau hanya boleh
jumpa. Dahlah Mariah, kau balik je. Lagipun
Nurin tiada kat sini. Bila dia balik aku akan
bagitau kau. "

" Dia kat mana? "
" Kau tak perlu tahu dia kat mana. Kalau tak
ada apa, kau boleh balik. Aku ada kerja. "

Puan Maznah bingkas bangun dan meninggalkan
ruang tamu itu.

" Abang, Mariah nak anak Mariah. "

" Dah sayang, kita balik dulu. Nanti kita fikir lagi.
"

Puan Kamariah bingkas bangun apabila
dilihatnya suaminya sudahpun berdiri. Matanya
memandang sepi ke arah dapur sebelum
kakinya melangkah meninggalkan ruang tamu
itu.

Puan Maznah yang memerhati kereta Mercedes
Benz dari tingkap dapur sedari tadi hanya
berdiam. " Maafkan aku Mariah. " ucapnya
sendiri.

****

SETELAH diperhatikan jalan raya sudah mula
lengang ketika itu, Batrisya terus melintas dan
meninggalkan sahabatnya Nurin yang sedang
mengikat tali kasutnya seorang diri di belakang.

Setelah selesai membetulkan ikatan tali pada
kasutnya, Nurin terus sahaja lintas tanpa
melihat keadaan sekeliling. Batrisya sudah lama
selamat berada di seberang jalan.

Pinnnnnn !!!!

Bunyi tersebut membuatkan Nurin yang berada
di tengah jalan itu berhenti melangkah. Kepala
gadis itu sempat menoleh ke kanan sebelum
kakinya terkaku di situ.

" Rin !!! " Batrisya melaung kuat.
Nurin memejamkan mata. Sungguh dia berasa
lemah untuk melangkah. Hatinya hanya mampu
mengucap. Tiba-tiba terasa tubuhnya tertolak ke
tepi. Nurin pantas membuka mata. Sempat dia
menarik nafas lega. Ketika kepalanya
didongakkan, sekali lagi Nurin tercengang. Tak
disangka dia berada di dalam pelukan orang
yang tidak dikenali.

" Are you okay? "

Suara lelaki itu menyedarkannya daripada terus
mengelamun. Bagai belatuk Nurin sekadar
mengangguk.

" Rin, kau okay tak? " entah dari mana Batrisya
muncul di sebelahnya.

Nurin mula menjauhkan jarak di antara dia dan
lelaki yang telah menyelamatkannya.

" Okay.. " jawabnya perlahan.

" Encik, terima kasih tolong kawan saya ni.. "
ucap Batrisya lembut.

" Lain kali hati-hati lintas jalan ya? Takut jadi
macam tadi. "

" Okay. Kami akan lebih berhati-hati. Terima
kasih. " balas Batrisya. Nurin hanya mendiamkan
diri sedari tadi.

" Take care. Assalamualaikum. "

Sebaik lelaki itu berada jauh daripada mereka, Nurin
mula mengatur langkah kakinya.

" Rin, kau okay tak ni? " Batrisya mengulangi
soalan yang sama seperti tadi. Sungguh hatinya
risau apabila melihat sahabatnya itu hampir
dilanggar kereta jenama Proton tadi.

" Okay. " Nurin memandang sekilas ke wajah
Batrisya. Sepanjang perjalanan pulang,
fikirannya asyik memikirkan tentang lelaki yang
menolongnya tadi. Tidak tahu mengapa, tetapi
hatinya kuat mengatakan dia ada kaitan dengan
lelaki tersebut.

****

" IBU, ada orang datang. "

Puan Maznah yang sedang mengemas dapur
memandang ke arah suara tersebut.

" Siapa? "

" Entah, Isya tak kenal. " Batrisya menjawab
ringkas sebelum tangannya mencapai gelas dan
diisi dengan jus oren. Sudah beberapa hari dia
pulang, maklumlah cuti. Lagi pun lagi beberapa
hari sahabat merangkap kembarnya itu akan
berlepas ke Australia. Maka dengan sendirinya
dia menambah cuti.

" Isya tolong layan tetamu tu sekejap. Nanti ibu
keluar. " arah Puan Maznah sambil tangannya
masih sibuk melakukan kerja dapur.

Batrisya mengangguk sebelum melangkah
semula ke ruang tamu.

" Tetamu? Siapa? " otak Puan Maznah cuba
memikirkan gerangan tetamu yang singgah di
rumahnya itu. " Jangan-jangan.. " wanita itu
pantas membersihkan tangannya. Kakinya
pantas berjalan menuju ke ruang tamu.

Dilihatnya Batrisya sedang melayan tetamu yang
hadir. Turut serta ialah Nurin.

" Assalamualaikum.. " ucap Puan Maznah sebaik
berada di ruang tamu itu.
Semua yang ada menyambut salam tersebut.

" Isya, masuk bilik. Bawak Nurin sekali. "

Baru sahaja Batrisya dan Nurin mengangkat
punggung masing-masing, tiba-tiba..

" Nanti ! Siapa Nurin Elia? "

" Masuk bilik sekarang ! " tegas Puan Maznah.

Batrisya dan Nurin saling berpandangan. Dahi
mereka kelihatan berkerut. Mungkin pening
dengan sketsa yang berlaku.

" Maz, kau cakap kat aku mana anak aku ! "
desak Puan Kamariah. Dia yang tadinya duduk
mula berdiri.

" Anak? Siapa anak mak cik? " sampuk Batrisya
selamba.

" Nama anak mak cik.. "

" Isya, Nurin, masuk bilik ! " Puan Maznah masih
bertegas.

" Nurin Elia anak mak cik. "

" Dah Mariah, kau balik je. Anak kau tak ada kat
sini. "

" Ibu, apa ni? Kenapa mak cik ni cakap Nurin
anak dia? " soal Nurin yang senyap sejak tadi.
Dia mula bingung dengan keadaan itu.

" Nurin jangan dengar. Nurin masuk bilik
sayang. "

Puan Kamariah terus menghampiri Nurin. "
Nurin Elia? "
Nurin mengangguk mengiyakan. Tanpa diduga
tubuhnya sudah berada di dalam pelukan
wanita yang sebaya dengan ibunya itu.

" Mak cik siapa? " soalnya sebaik pelukan
terungkai.

" Ni mama sayang. Mama yang lahirkan Nurin.
Mama ibu kandung Nurin. " jelas Puan
Kamariah.

Nurin yang masih tercengang itu memandang ke
wajah Puan Maznah. Matanya terkebil-kebil.

" Maz, terus terang je kat Nurin. Kenapa kau
nak tipu. Kalau betul kau sayang dia, kau takkan
tipu dia. Kau tak nak dia gembira ke? "

Puan Maznah menyeka air mata yang bergenang
di tubir matanya. Batrisya yang melihat pantas
menghampiri ibunya. Bahu wanita itu dipaut. "
Ibu, apa semua ni? "

" Nurin, dia ibu Nurin. " jelas Puan Maznah
ringkas. Demi Nurin, dia terpaksa berterus
terang.

Nurin mula mengalirkan air mata. Dia
memandang tepat ke wajah wanita yang
dikatakan sebagai ibunya itu.

" Nurin anak mama sayang. " Puan Kamariah
sekali lagi menarik tubuh Nurin ke dalam
pelukannya.

Menolak tidak, membalas pun tidak. Nurin
hanya mengeraskan diri. Dia masih tidak
percaya dengan apa yang berlaku.

" Assalamualaikum. " ucapan salam itu
mengejutkan semua yang ada. Semua mata
terarah ke arah pintu. Di situ berdirinya seorang
lelaki yang hampir sebaya dengan Nurin dan
Batrisya.

" Nurin, tu abang Nurin. Nashrul Iman. Abang
tiri Nurin. Abang susuan Nurin. " terang Puan
Kamariah.

Sekali lagi Nurin tercengang. Dia kenal dengan
lelaki yang dikatakan sebagai abang tirinya itu.

Ya, lelaki itu yang telah selamatkannya.

" Nurin penat, Nurin nak rehat. " sebaik berkata
sedemikian, Nurin terus meninggalkan ruang
tamu itu. Gadis itu masuk ke dalam biliknya.

Batrisya turut bangun dan mengikut langkah
sahabatnya itu.

" Nurin ! " Puan Kamariah ingin mengikut
langkah anaknya tetapi ditahan oleh Puan
Maznah.

" Mariah, bagi dia ruang untuk fikir semua ni. "
usulnya.

Puan Kamariah kembali terduduk di atas sofa.
Matanya mula mengeluarkan cecair jernih.

Sungguh hatinya berasa takut. Takut sekiranya
Nurin tidak menerima dirinya. Ya, semuanya
atas kesilapan dirinya sendiri.

****

WIDA pantas melangkah ke arah pintu apabila
kedengaran bunyi loceng yang nyaring itu.

Sebaik pintu rumah sewanya dibuka, terjengul
wajah seorang lelaki bercermin mata di
hadapannya.

" Nurin mana? Dia okay tak? " soal Nashrul Iman
sedikit cemas.

" Masuklah. Dia ada kat bilik. "
Tanpa menunggu lama Nashrul Iman terus
membuka kasut yang tersarung di kaki. Kakinya
menapak ke arah bilik yang menempatkan
Nurin. Apabila terpandangkan tubuh lemah
gadis itu terbaring di atas katil, Nashrul Iman
terus menghampiri.

" Nurin, okay tak ni? " soalnya prihatin. Rambut
panjang gadis itu diusap lembut.

" Abang. Sakit. " jawab gadis itu dengan suara
yang agak perlahan.

" Syhhh. Abang ada kat sini. Ubat mana? "

Gelengan kepala daripada Nurin telah memberi
jawapan kepada soalannya. Nashrul Iman
memandang seketika ke wajah Wida yang
berada hampir dengannya.

" Dah berapa hari Nurin demam? "

" Err, dah tiga hari. "

" What? Tiga hari? Baru nak bagitau? " soal
Nashrul Iman kurang berpuas hati. Dahinya
sedikit berkerut. Pandangannya kemudian
beralih ke wajah lemah Nurin. Melihat keadaan
gadis itu, dia turut merasai. Selama beberapa
bulan Nurin berada di bumi Australia itu, hanya
dia yang berada di sisi gadis itu. Dia ditugaskan
untuk menjaga adik tirinya itu. Ibu bapanya
mengamanahkan segalanya kepadanya.

" Abang, sakit.. " Nurin merintih lemah. Air mata
kelihatan mengalir perlahan di pipinya.

" Syhhh. Tahan ya. Abang ada dengan Nurin. "
ujar Nashrul Iman cuba menitipkan kata
semangat kepada adiknya itu. Hanya mulut
boleh berkata sedemikian, namun hatinya sedih
melihat penderitaan gadis muda itu. Tangannya
menggenggam erat jemari halus adiknya.

" Saya tidur sini malam ni. " jelas Nashrul Iman
kepada Wida.

" Tapi.. "

" Saya jaga Nurin. " pintasnya tanpa sempat
sahabat adiknya itu menjawab.

Wida yang tidak mampu menjawab sekadar
mengangguk kecil. Dia kemudiannya bergerak
meninggalkan bilik tersebut.

" Nurin tahan ya? Esok kita balik. Nanti dah
balik, Nurin dapat rawatan kat hospital. Nurin
kena kuat. Nurin bertahan ya? " tutur Nashrul
Iman seraya jemari kasarnya menyeka lembut
air mata yang masih mengalir di pipi adiknya.

" Abang, Nurin. Nak. Mati ya? " soal Nurin
tergagap-gagap.

" Nurin jangan cakap macam tu. Nurin tak
sayang keluarga Nurin ke? Nurin nak tinggalkan
kami? "

Mata kuyu Nurin memandang sayu ke wajah
lelaki yang berada di sampingnya itu.

" Dah, tidur. Nurin kena rehat. Abang teman
Nurin malam ni. " Nashrul Iman mengukirkan
senyuman. Dia tidak mahu melihat adiknya itu
bersedih. Meski bibir tersenyum, namun tidak
hatinya. Kepala Nurin diusap manja sehinggalah
gadis itu mula terlena.

****

SETELAH selesai pengkebumian di tanah
perkuburan islam Kampung Seri Menanti,
Batrisya terus menapak masuk ke dalam
biliknya. Ya, luaran memang dia nampak kuat
tetapi hatinya tidak sekuat itu. Batrisya
melabuhkan punggungnya di atas tilam. Apabila
matanya terpandangkan beg yang terdampar di
tepi meja belajar, hatinya seakan tertarik untuk
melihat isi beg tersebut.
Perlahan-lahan jarinya menarik zip beg tersebut.

Dilihatnya satu persatu isi kandungan beg
tersebut. Sedang dia sibuk mengeluarkan
pakaian dari dalam beg, tangannya terjumpa
sebuah buku yang terletak di bahagian tersorok
beg tersebut. Batrisya pantas mengambil.

Diselak satu demi satu helaian buku berikut.

Diari yang ditulis Nurin. Batrisya sekadar senyum
membaca apa yang tercoret di dalamnya.

Setelah hampir separuh daripada buku itu
diterokainya, terjatuh beberapa sampul surat
dari dalam buku diari berikut. Batrisya meneliti
nama yang tertulis pada sampul berikut. Salah
satu daripadanya tertulis namanya. Batrisya
meletakkan buku yang dipegang di sisi. Laju
sahaja tangannya membuka sampul yang telah
digam itu. Sehelai kertas dikeluarkan dari dalam
sampul.

------------------------------------------
Batrisya,
Aku harap kau jumpa surat ni. Saat kau baca
surat ni, masa tu aku dah tinggalkan dunia ni.
Isya, ada beberapa perkara aku nak luah kat
kau. Aku tulis surat ni sebab aku takut tak
sempat nak luahkan dari mulut aku sendiri.
Isya, kau sahabat terbaik yang pernah aku ada.
Kaulah sahabat, kembar, kakak, musuh, cinta
hati pengarang jantung, bulan, matahari,
bintang, segalanya bagi aku. Selama 18 tahun
aku hidup, kau yang setia berada di sisi aku.
Kau tak pernah nak tinggalkan aku sendiri.
Kadang-kadang pun aku rasa rimas bila kau
selalu dengan aku, sampai aku tak boleh nak
buat apa yang aku suka sebab bila aku nak buat
sesuatu kau akan keluarkan syarahan kau tu.
Tapi aku tahu kau buat semua tu sebab kau nak
jaga aku. Kau tak nak aku terkucil dari landasan
walau sedikitpun. Walau kau selalu marah,
bebel, ceramah kat telinga aku, aku tahu kau
sayangkan aku. Kau nak aku jadi yang terbaik.
Kau pernah cakap kau nak kita sama-sama jadi
bintang yang menyinar. Isya, kau sayang aku
kan? Aku sayang kau, tapi aku tak mampu nak
berada di sisi kau buat selamanya. Aku minta
maaf Isya. Allah dah takdirkan hidup aku. Saat
aku tulis surat ni, aku dah tahu peluang hidup
aku. Isya, aku minta maaf atas segala salah
silap aku selama ni. Aku minta maaf kalau aku
ada sakitkan hati kau. Aku nak kau tahu,
walaupun aku dah tiada kat dunia ni, sayang
aku pada kau tetap ada Isya. Walau aku tak ada
kat sisi kau, kau kena yakin semangat aku ada
dekat kau. Aku harap kau kuat Isya. Aku tak
mampu bertahan. Kau capai cita-cita kau. Aku
sayang kau. Kaulah bintang aku. Walaupun kita
tak dapat bersinar sama-sama, tapi bagi aku
kau dah bersinar. Kau dah hadiahkan sinar
bahagia pada aku. Selamanya kau ialah bintang
yang bersinar. Maafkan aku, aku dah tak lama.
Kau maafkan aku ya? Isya, sampai sini je aku
mampu menulis. Jangan pernah lupakan aku.
Buat kali terakhir aku nak ucapkan selamat
tinggal bintang. Lepas ni aku tak dapat lihat
sinar daripada kau. I love you star.
Yang ikhlas,
Nurin Elia
------------------------------------------

Batrisya memejam rapat kelopak matanya. Dia
tidak dapat menahan air matanya daripada
mengalir. Surat yang berada di tangan di kucup
lembut.

" Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas roh sahabat
baikku Nurin Elia. Kau tempatkan dia di
kalangan orang-orang yang beriman. " tuturnya
bersama deraian air mata. Sesekali jemarinya
menyeka air mata yang mengalir.

Pandangannya beralih semula pada surat yang
dipegang. " Nurin, aku sayang kau. Kau bintang
aku. Semoga kau bahagia kat sana. Terima kasih
sebab selalu menyinar dalam hidup aku. Aku
takkan lupakan kau. Goodbye star. I will miss
you. " sejurus itu Batrisya mengucup lembut
surat tersebut. Meski hatinya redha dengan
ketentuan Tuhan, tapi amat sukar baginya
untuk mengharungi semua ini. Hatinya hanya
mampu berdoa.

****

ANGIN lembut menyapa wajahnya. Rambut yang
dibiar lepas beralun lembut. Bintang yang
bekerdipan di angkasa ditatapnya. Bibirnya
menguntumkan senyuman. Mindanya kembali
teringat pada satu perbualan.

" Isya, kalau aku tak ada kau rindu aku tak? "

" Kau nak pergi mana? "

" Aku cakap kalau. Kau rindu aku tak? "

" Tak ! "

" Sampai hati kau tak rindu kat gadis comel
macam aku ni. Kalau orang lain kan mesti
diorang rindu aku sampai demam. "

" Poyolah kau. Kau nak cakap apa sebenarnya
ni? "

" Isya, kau nampak bintang tak? "

" Aku tahu kau rabun tapi jangan samakan
dengan aku. Aku tak rabun. "

" Aku serius ni ! "

" Okay-okay. Garangnya. Aku nampaklah.
Kenapa? "

" Aku nak bila kau rindu aku, kau tengok
bintang. Boleh? "

" Kenapa mesti bintang? Bunga tak boleh? "

" Tak. Bintang jugak. Sebab aku kan dah janji
nak jadi bintang buat kau. Jadi kau kenalah
tengok bintang. "

" Yelah Nurin. Bila aku rindu jelah aku tengok
bintang, kalau tak rindu aku tak payah
tengoklah kan. "

" Isya !! "

Batrisya tergelak kecil mengingati peristiwa pada
malam itu. Kini sudah lima tahun peristiwa itu
berlaku. Dan ia bermakna sudah lima tahun
Nurin meninggalkannya. Namun seringkali dia
merasakan bahawa Nurin berada di sisinya.

Masih terdengar gelak tawa gadis itu. Sungguh,
dia tidak pernah melupakan sahabatnya itu.

Setiap masa dia akan mengingati gadis yang
berjaya menjadi bintang hatinya.

" Rin, aku tunaikan janji aku. Setiap masa aku
rindukan kau. Dan setiap malam aku tengok
bintang. Bila aku tengok bintang, aku akan
nampak muka kau. Aku dengar ketawa kau. Aku
rasa pelukan kau. Aku doakan kau Nurin. Aku
dah nak grad. Kalau kau ada, mesti kita dapat
ambil gambar sama-sama. Aku harap kau hadir
dalam mimpi aku. Aku rindu kau. Hmm,
okaylah. Aku nak tidur ni. Selamat malam cinta.
Selamat tinggal bintang. Esok aku akan tengok
bintang lagi. " Batrisya bermonolog sendiri. Buat
kesekian kalinya dia memandang ke arah
bintang yang tampak bercahaya itu sebelum
tangannya menarik rapat daun tingkap.

### # TAMAT ####

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience