Untitled

Drama Series 1866

' feeling good.
like I should....'

Nur bergegas mencapai telefon bimbitnya. Tersenyum dia melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

'mama'

"Assalamualaikum, mama".
"Waalaikumussalam, Nur sihat?" kedengaran suara puan Rayna serak di hujung talian.
"sihat. alhamdulillah. mama ? kenapa suara macam tak sihat saja?" Nur mula risau.
"Sihat saja. Biasalah, batuk batuk sikit. Tunggu cik doktor balik,"
" Mama.. makan ubat, jangan tak makan ubat. Nanti Nur call adik suruh dia bawa mama ke klinik,"
"It's okay. Along dah bawa mama semalam. Mama dah makan ubat dah. Ni tak lama lagi sembuhlah ni,"
"iyalah tu mama ni,"
" Nur, mama nak tanya ni. How about kalau ada kawan mama melamar Nur untuk anaknya?"
Nur menepuk dahi. 'Ahh, sudah... lain yang ditunggu, lain yang datang.'
"erkk,, Mama, you know me ,right? Biarlah nanti Nur cari sendiri,"
"Hehehe, okay. mama tanya je. Mama pun tak mahu paksa. Tapi kalau boleh, Nur carilah sekarang. Adik dah kahwin. Nur je tinggal ni,"
"Nur bukannya anak dara tua. Umur Nur baru 23 mama.. lagi setahun je Nur nak habis belajar. Mama tunggulah.. Setahun saja lagi," Nur membalas dengan lembut.
"Alright. I am waiting for you. Yang penting, you bahagia."
" Love you, mom. "
"Love you too. Mama nak tutup dulu ni. Sekejap lagi ada ceramah. jaga diri ya. Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam," Nur tersenyum melihat telefon bimbitnya. 'Ada ada saja mama ni'


..............................

"Hanan, Sir bukan tak nak percayakan awak. Tapi, Sir tak dengar dari mulut Nur sendiri." Firas menyandar ke kerusinya.
"Sir meragui kejujuran saya? Saya ni kawan baik Nur tahu? Dia dah lama simpan perasaan pada sir. Cuma dia tak mahu sir tahu."
"Apa yang sir boleh buat kalau awak bagitahu sir pasal ni?" Firas menongkat dagunya. 'Macam-macamlah budak ni' katanya dalam hati.
"Sir? Sir tak nak cuba beri Nur ruang?"
"Apa maksud kamu ni? Nur masih muda. Sir tahu dia nak kejar cita-cita dia dulu. Dia sangat pentingkan kerjaya dia."
"Tak apa lah, sir. Saya saja je bagitahu," Hanan kelihatan putus asa dengan Firas. 'Tu pun tak faham lagi ke? lamarlah Nur.'
"Awak ajak sir jumpa sebab ni saja?"
Hanan mengangguk lemah.
Firas menghela nafas. 'Aku ingatkan apalah yang penting sangat.'
"Sorry, sir. Saya ambil masa sir. Saya minta diri dulu." Hanan pamit.
Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Inilah perempuan.Dah buat baru nak serba salah . 'matilah aku kalau Nur tahu ni'.


.................................

Firas merenung batu nisan yang tertulis nama isterinya. 'Patutkah aku terima orang lain? macam Mana dengan janji aku untuk setia?'

"Abang minta maaf, sayang. Andai selepas ni abang terima orang lain. Abang nak sayang tahu. Datanglah mana mana wanita yang baik pada abang lepas ni, mereka takkan sama dengan sayang. Takkan. Sayang ada waktu jatuh bangun abang. Sayang pergi sewaktu abang berada ni kemuncak kejayaan. Sayang adalah anugerah Allah buat abang. Terima kasih atas segalanya. Cinta abang pada sayang takkan padam walaupun dengan kehadiran orang baru." mengalir air mata Firas. Bimbang jika dikatakan mengkhianati cinta. Dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi bahawa tidak akan menduakan arwah isterinya. Kuasa tuhan, siapa mampu ubah? Allah juga maha membolak balikkan hati. Bimbang andai kecewa dengan diri sendiri kerana tidak mampu menolak jodoh.

Perlahan dia bangun dan menggulung tikar. Dia menyeka air mata yang mengalir di pipi. 'Moga Allah merahmatimu wahai bidadari ku' . Dia meninggalkan tanah perkuburan islam Masjid Assalihin dengan rasa hiba.

Setibanya di rumah, Puan Hazirah melambai lambai dari taman bunga kecil tempat Razin bermain. Firas tersenyum melihat keletah anaknya yang semakin membesar itu.

"Hai, mom. Dah makan?" Firas mengambil tempat di sebelah ibunya.
"sudah. Kamu dari mana?" Puan Hazirah memandang anaknya penuh makna.
"Ziarah kubur arwah," balas Firas. Kemudian, dia bangun lalu mendapatkan anaknya.
"Tak ada apa apa cerita yang best ke nak share dengan ibu?"
Firas berpaling lalu kembali duduk di sebelah ibunya.
" ermm,, Tak ada," lagaknya seperti masih berfikir apa yang masih belum diceritakan kepada ibunya. Sememangnya, tiada rahsia antara Firas dan ibunya.
"Eh,, ha..Ada ada," kata Firas sambil memetik jarinya.
Puan Hazirah mula menunjukkan minat untuk mendengar cerita anaknya.
"My student suka Firas. Tapi, dia muda lagi, ibu. Firas tak ready lagi nak ada sesiapa yang ganti tempat Fatimah." Firas melentokkan kepala di bahu ibunya.
"Jangan begitu, my dear. Ibu tahu Firas takkan boleh lupakan Fatimah. Ibu sendiri takkan izinkan Firas lupakan dia. Tapi, hidup perlu diteruskan. Razin perlukan kasih sayang seorang ibu," perlahan Puan Hazirah mengusap lembut bahu anaknya.
"Ibu kan ada. Ibu boleh bagi kasih sayang pada Razin kan? Firas tak sure ada orang boleh bagi kasih sayang pada Razin macam ibu," Firas mengangkat kepalanya.
"Ibu dah tua ,Firas. Kadang, sakit sana sini. Ibu nak Firas tahu. Lain tau kasih sayang seorang nenek dan ibu. Don't worry. That girl mesti boleh jadi ibu yang baik kepada Razin." kata Puan Hazirah .
" Kita tukar topik boleh?" Firas menyengih. Tidak mahu serabut dengan hal ini lagi. Matlamat utamanya adalah untuk membesarkan Razin.
Puan Hazirah menggelengkan kepalanya. Faham benar perangai anaknya itu.


...................................

Puan Rayna mengusap lembut rambut anak perempuan tunggalnya itu. Lama benar dia tidak bertemu dengan Nur. Nur agak kedekut dengan diri sendiri. Pulang ke kampung juga hanya 3 bulan sekali. Berjimat katanya.

"Nur, macam mana bisnes tudung?"
"Alhamdulillah, ma. Dapat sambutan juga. Lagi-lagi bila nak ada program. Tapi buat untuk AJK program saja selalunya. Nur pun ambil order 3 minggu awal. Kalau diorang lambat order, memang Nur tak ambil. Nur bagi ke Kak Nia je. Dia punya jahitan pun kemas. Ramai suka tempah dengan dia," Nur menjawab. Hampir terlelap juga bila baring berbantalkan riba ibunya. Itulah terapi paling mujarab ketika dalam kesempitan.
"Alhamdulillah... Orang kampung ada juga tanya ibu. Bila boleh tempah dengan Nur. Tapi mama bagitahulah Nur belajar. Tak sempat nak siapkan tempahan baju. Mama katalah sekarang ni Nur ambil tempahan tudung saja," Puan Rayna memintal rambut Nur dengan jari telunjuknya. Wajah anaknya kelihatan sangat letih. Keletihan yang tak terungkap. Degil pun iya juga. Sudah dilarang buat bisnes baju dan tudung, nak juga. Katanya nak tanggung kos belajar sendiri. Lain anak, lain ragam.
"Kesian makcik-makcik tu. Takpalah, nanti kalau Nur cuti dan tak ada kerja, Nur bagitahu mama. okay?"
Puan Rayna mengangguk.

"Eiii, asyik kakak je dapat tidur atas riba mama... Adik pun nak juga," Hanzalah, adik kepada Nur memuncungkan mulut. Gedik benar nampaknya.
"Biarlah, kakak jarang balik. Adik tu, hari-hari jumpa mama. Bagilah kakak can. By the way, muka kau nampak gedik sangat. Tak payahlah buat muka macam tu," Nur menggelakkan adiknya. Geli betul tengok. Muka dah berbulu, ada hati nak buat muka cute.
Hanzalah meluru ke arah kakaknya lalu menggeletek pinggang Nur.
"Rasakan kau!"
Terbahak-bahak Nur ketawa.
"Mama, tolong Nur. Adik, dah lahh.. geli la," Kata Nur dalam tawanya.
"Ya Allah, budak budak ni! Adik! dah... Kesian kakak. Nur pun, jagalah mulut tu. Dah tahu adik jenis sensitif kalau orang kutuk fizikal dia," Puan Rayna menggeleng kepala.

Hanzalah berhenti menggeletek kakaknya. Dia tersenyum sinis. 'padan muka'
"Mama, kakak ni sebenarnya dia suka cikgu dia. Tapi segan nak bagitahu. For your information, that guy duda anak satu," Tanpa memikirkan tentang kakaknya, dia berterus terang pada puan Rayna .
"Eiiiii! Biadab punya adik!" laju saja tangan Nur sampai ke pipi adiknya.
"Aduh, sakitlah!" Hanzalah meraba pipinya yang merah terkena tamparan sulung Nur.
"Kau tu. Mulut celupar," Nur memuncungkan mulutnya. Pipinya sudah kemerahan kerana perasaan marah dan malu yang bercampur baur.
"wow! serius ke Nur?" Puan Rayna memandang tepat ke arah mata Nur. Terpancar reaksi wajah ingin tahu pada Puan Rayna .
Nur hanya berdiam diri.
"Mom, diam itu tanda setuju," Hanzalah menyampuk.
"Kau nak rasa penumbuk aku pula?" Nur mula berang dengan tindakan adiknya itu.
"Sudahlah, Nur. Apa salahnya kalau mama tahu. Nur kan anak mama," Puan Rayna memujuk hati Nur. Diusap lembut bahu anak perempuannya itu.
"Nur tak nak mama tahu. Nur kenal sangat Sir Firas tu. Dia tu sayang sangat arwah isteri dia. Tak mungkin dia buka hati pada perempuan lain,"
"Nur, dia bukan laki orang. Belum cuba belum tahu. Sememangnya kalau Nur kahwin dengan dia, Nur takkan jadi yang pertama dalam hati dia. Tapi, sekurang kurangnya Nur masih ada dalam hati dia. Mama rasa tak salah kalau Nur mulakan," Puan Rayna memberi pendapat.
"it's not easy, mom. Nur segan. Nur tak rapat dah dengan dia sejak dia kahwin. Nur jadi janggal sikit,"
"Biar zalah tolong kakak lamar dia. Nanti apa apa zalah bagitahu kakak," sekali lagi dia menyampuk. tapi, kali ini dia lebih bijak. Pantas sahaja dia masuk ke dalam rumah. Bimbang kakaknya mengeluarkan kemahitan silatnya.
Nur menjeling tajam ke arah pintu. Bayang adiknya sudah tidak kelihatan.
'Nasib baik kau adik aku. kalau tak, pendek umur kau aku kerjakan' Nur bermonolog.
Nur meminta izin ibunya untuk masuk ke bilik untuk menyiapkan tugasannya.


..........................

"Assalamualaikum, sir," Nur menyapa Firas dari belakang.
"Waalaikumussalam," Firas menyambut kedatangan Nur dengan senyuman.
"Sir sihat?"
" Alhamdulillah,"
"Ada apa ya sir minta saya datang ke sini?" Nur meletakkan beg tangannya di kerusi kosong di sebelahnya. Berdebar juga apabila gurunya itu mahu berjumpa dengannya.
" Straight to the point, Ustaz hadi dah sampaikan pada saya tentang awak." Wajah Firas kelihatan sangat serius.
'OMG! matilahnak!' Nur menjerit di dalam hati. Dia betul betul terlupa dia pernah minta ustaz hadi menyampaikan hasrat hatinya kepada Firas.
"Awak pasti ke dengan perasaan awak ni?" tanya Firas.
Nur hanya membeku.
"Awak boleh terima ke suami yang berstatus duda anak satu macam saya?" tanya Firas lagi.
Nur masih membeku.
"I need your answer, Nur. Jangan diam je," Firas menggelengkan kepalanya. 'Tak fahamlah aku budak ni.' getus hatinya.
"Saya mula ada perasaan dengan sir sejak saya tahu kisah hidup sir. Ya, dari zaman sekolah. Saya nekad nak lamar sir kalau sir masih bujang bila saya dah sampai umur yang sesuai untuk berkahwin. Tapi, sir kahwin lepas saya habis SPM. Saya terus lupakan sir. Langsung saya tak fikirkan soal jodoh. Sampailah satu masa, kita jumpa semula. Saya tahu sir duda anak satu. Perasaan tu datang balik. Saya cuba tepis. Tapi, makin kuat perasaan pada sir. Sebab itu jugalah saya nekad minta tolong ustaz Hadi untuk sampaikan hasrat hati saya. Tapi saya takkan paksa sir untuk terima. Saya faham. Saya juga tahu kalau saya kahwin dengan sir, cinta sir pada saya takkan sama macam cinta sir pada Kak Fatimah. But, I am ready for it. seriously sir. " Nur tidak berani memandang wajah Firas.
Firas mengangguk.
" Saya fikirkan nanti. Nak menolak terus pun tak boleh. Nak terima terus pun tak boleh. Saya tak nak terburu-buru." kata Firas.
"It's okay sir. I'm waiting for your answer," Jawab Nur. 'erkkk,, kau dah kenapa? aduh, jatuhlah saham kau lepas ni.' getus hati Nur.
Firas mengangguk lalu melemparkan pandangan ke luar tingkap kaca restoran itu. Berat hatinya saat itu. Kepalanya kembali runsing. 'Allah, bantulah hambamu ini.' doanya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience