Bunga cinta mula berputik

Drama Series 1866

"hoii!" sergah Hanan
Tersentak Nur dari lamunannya. Minah ni kalau tak sergah orang sekali, memang tak sah.
"Kalau boleh beri salam, kenapa mesti sergah orang macam tu?" sakit betul hatinya jika disergah begitu.
"hehe,, Assalamualaikum Ustazah Nur Hasanah binti Mohd Hazim," kata Hanan lalu meletakkan tangan kanannya di dada sambil membongkokkan badan tanda hormat.
"Waalaikumussalam. Kan elok tu bunyinya," Nur membuka buku sejarah yang berada di atas mejanya.
"Kau berangan apa tadi? berangan jadi wife Sir Firas?" tanya Hanan. Selamba saja mulutnya bertanya. Kalau cili ada depan mata, rasanya Nur sudah mencili mulutnya yang lancang itu.
"Tolonglah, Nan. This is not the right time," Nur memandang tepat ke mata Hanan.
Seram saja melihat wajah serius Nur. "okay, okay.. Sorry lah,"
dia mengusap lembut bahu Nur. Kemudian, kembali ke tempatnya di belakang Nur.

"wey, senyap senyap! Sir Firas datang," kata Danny selaku ketua kelas.
Sunyi sepi suasana kelas 5 Al Hafiz. Sekarang adalah waktu subjek Kimia iaitu subjek yang paling digemari pelajar. Terutamanya pelajar perempuan. Mungkin kerana gurunya yang sedap mata memandang.

Firas Adha melangkah masuk ke dalam kelas 5 Al Hafiz dengan senyuman yang ceria.
"Assalamualaikum , semua," Firas Adha terlebih dahulu memberi salam sebelum Danny sempat membuka mulut.
"Waalaikumussalam wbt" balas para pelajar 5 Al Hafiz.
"Sihat, semua?" tanya Firas Adha sambil mengeluarkan marker pen whiteboard dari pecil case miliknya.
"Alhamdulillah, sihat cikgu," serentak para pelajar menjawab.
"Alhamdulillah.. Jadi, seperti yang dijanjikan, harini kita akan buat revision chapter form 4 sebagai persediaan peperiksaan kamu semua minggu hadapan. Sir harap, korang dah study sikit-sikit. Taknak dah ada yang dapat merah merah markahnya," kata Firas Adha. Matanya memandang setiap murid kelas tersebut tanpa terlepas seorang pun.
" Hafiy kenapa tak datang?" tanya Firas Adha.
"Dia datang tadi, cikgu. Tapi, dia balik sebab demam," kata Danny. Semua benda dia tahu. Tak peliklah jika pelajar kelas itu mejoritinya memilih dia sebagai ketua kelas.
"Lah, ye kah? Semoga dia cepat sembuh," kata Firas Adha.
"Alright, so, jom kita start belajar. Buka buku past year paper by topik. yang sebenar tu nanti kita buat di kelas malam," sememangnya tajuk tingkatan empat itu lebih mudah kerana memperkenalkan basic Kimia kepada pelajar. Subjek kimia tingkatan 5 akan rasa susah apabila pelajar tidak mahir silibus tingkatan 4.

'tuk tuk tuk'
meja Nur diketuk oleh Firas menggunakan jari telunjuknya.
"Nur, baca dan jawab soalan seterusnya," arah Firas.
"ha? " Nur blur. 'Aduh, kantoilah aku berangan waktu kelas dia. Soalan berapa pula ni.' kelam kabut dia membelek belek buku itu.
"Haish budak ni.. muka surat 96," kata Firas sambil menggelengkan kepala.
Nur menggaru kepala yang tidak gatal. "hehehe, maafkan saya , Sir."
" Hitung jisim molar bagi Ammonium, NH4. Jawapannya, C iaitu 18 gram per mol. " Nur menjawab
"Bagus, berangan pun betul jawapan. kalau macam ni, termenung selalu pun Sir tak kisah," Firas berseloroh.
Nur menggaru kepalanya sambil menyengih. Dia kembali melabuhkan punggung di atas kerusi. Malu sungguh dia saat itu. Dia beristighfar di dalam hati. Minta dijauhkan daripada zina hati.

Tepat jam 2 petang, kelas subjek kimia tamat. semua pelajar diarahkan ke surau untuk solat jemaah. Selaku penolong ketua pelajar, Nur perlu meronda di kawasan blok A untuk memastikan tiada pelajar yang ponteng solat zohor berjemaah. Setibanya dia di hadapan bilik guru, dia ternampak Firas Adha berada di muka pintu memberi isyarat untuk dia mendekati gurunya itu.
"Ya, Sir? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya Nur.
"Awak boleh tolong panggilkan Nazry Naim untuk saya? Lepas solat zohor saya nak jumpa korang," kata Firas.
"Boleh, Sir. Sir nak cakap pasal program biah solehah?" tanya Nur.
Firas menganggukkan kepalanya. " Terima kasih, Nur".
"sama-sama , sir," balas Nur.
Dia berlalu pergi dari bilik guru dan pergi ke surau.

Selesai sahaja perbincangan dengan Nur dan Nazry tentang program yang bakal diadakan selepas minggu peperiksaan, Firas membawa dua anak muridnya itu ke kedai western food berdekatan dengan sekolah mereka.

" Nur, nanti awak dah habis SPM, awak nak sambung ke mana? " tanya Firas.
"Saya minat medicine, Sir. Tapi saya nak hafal Quran dulu di Darul Quran," jawab Nur.
"wah, baguslah. kawan kawan saya pun ramai macam awak. ambil akademik, dalam masa yang sama ambil Quran," kata Firas lalu menyedut air sirap menggunakan straw. " Nazry? kamu nak sambung mana selepas ni?" soalan itu beralih kepada Nazry Naim.
"Saya nak sama macam Nur. Tapi, saya ambil diploma terus dalam bidang qiraat di Darul Quran," kata Nazry Naim.
" Wah, mudahlah kalau macamtu. Nanti senang nak minta tolong. Ada kawan sekolah sama universiti," kata Firas.
" Saya dulu, nakal. malas belajar. Bila nak SPM, baru nak serius. Trial SPM saya semua E. Tapi alhamdulillah, berkat doa ibu saya, saya dapat straight A SPM," Firas menyuap kentang putar ke dalam mulutnya. kemudian dia menyambung." Antara inspirasi saya untuk berjaya adalah struggle ibu saya lahirkan dan besarkan saya. Dulu waktu saya lahir, ibu saya hampir hilang nyawa sebab nak selamatkan saya. Dia disahkan ada kanser payudara masa saya dalam kandungan dia. Dia doa minta Allah panjangkan usia dia sebab nak tengok saya berjaya. Saya dulu pun 50/50 saja untuk hidup. Tapi alhamdulillah Allah bagi peluang hidup tapi tu pun lambat sedar. Apa yang saya ada sekarang ini semua untuk ibu saya. Andai lepasni Allah nak tarik nyawa ibu saya, saya sanggup ganti nyawa saya. Tak layak saya hidup tanpa pengorbanan ibu saya.Now, apa yang saya buat semua untuk buat ibu saya gembira. you guys kena hargai jasa parents. belajar rajin rajin. Banggakan mereka. " kata Firas.
Nur dan Nazry mendengar dengan tekun cerita hidup gurunya itu.

Selesai saja makan, Firas menghantar Nazry ke asrama lelaki. Kemudian, dia menghantar Nur ke asrama perempuan.

"Terima kasih , sir. Harini saya terinspirasi dengan kisah hidup Sir. Saya doakan yang terbaik untuk sir dan keluarga sir." kata Nur sebelum keluar dari kereta Honda Accord milik guru subjek kimianya itu.

" Most welcome, my dear. Jangan lupa study.Jangan clumsy sangat ,okay? Tak bagus untuk kesihatan mental awak," kata Firas.

Nur menghadiahkan senyuman kepada gurunya sebelum melangkah masuk ke asrama. Sungguh menginspirasikan. Hatinya tiba-tiba rindu akan ibunya di kampung. 'rindu mama, Ayah, along, angah, kak cik. Apalah khabar mereka di sana..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience