Alam baharu

Drama Series 1866

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi gebu Nur. Tenang. ya. Tenang. Itu yang dirasakan oleh Nur saat itu. Matlamat utamanya saat itu adalah untuk membahagiakan ibunya Dan mendapat redha Allah.

Dia teringat peristiwa 6 tahun yang lalu. Peristiwa mimpi yang tewas dengan realiti.
"Aku harap kau tak meletakkan harapan yang tinggi untuk Sir Firas. Aku taknak kau sedih. Aku dengar, Sir Firas nak kahwin. Kau rasa kau masih ada tempat di hati dia?" dalam renungan mata Hanan pada Nur.
Dia tahu, sahabatnya itu mahu yang terbaik buatnya. This is slowtalk session.
"Tak, jangan risau. Aku tak pernah berharap. Cuma aku bercita-cita. Andai dia masih belum berpunya di saat yang sesuai untuk aku berkahwin, aku akan lamar dia. Tapi, andai dia sudah berpunya, aku doakan yang terbaik untuk dia. Bahagia dia, bahagia juga aku," Nur membalas dengan tenang. Dia mahu Hanan tahu yang dia takkan lakukan sesuatu yang akan menjatuhkan maruah kaum wanita.
"Nur, untuk kau balas jasa dia dengan cara nak bahagiakan dia, tak semestinya kau perlu memilikinya. Kau usaha jadi yang terbaik dan jadi orang hebat. Aku percaya. Itulah kebahagiaan sebenar buat seorang guru. Ingat pesan aku ni. Jangan kau terburu-buru untuk mencintai. Bercintalah dengan ilmu. Jaga hati tu baik baik," nasihat Hanan bagai anak panah yang tertusuk tepat di dada. Sakit, tapi cukup menyedarkan.
Saat itu, Nur bertekad mahu mencapai impiannya demi membahagiakan ibunya sebagaimana yang dilakukan oleh guru yang dijadikan idola baginya.


..........................

"Assalamualaikum ,Al Hafizah Nur Hasanah," sapa Hanan dari belakang.
"Waalaikumussalam," balas Nur.
" Ready dah ke nak pergi meeting sekejap lagi?" tanya Hanan.
" Dah," pendek Nur menjawab.
" Sucikan hati, betulkan niat. Insya-Allah, semuanya baik baik saja," kata Hanan.
kata-kata Hanan dibalas senyuman manis dari Nur. Tenang hatinya mendengar nasihat Hanan. sememangnya Hanan layak digelar sahabat dunia akhirat.

" Kamu semua sihat?" tanya Firas kepada bekas anak-anak muridnya itu.
"Alhamdulillah, sihat..." serentak Nazry, Haziq, Nur , Hanan dan Farizah menjawab.
"Tak sangka saya dapat jumpa kamu semua lagi. Terima kasih sudi bekerjasama untuk buat program ni. Sir harap adik adik kamu di sekolah tu boleh jadikan kamu contoh yang baik. " kata Firas.
Program mentaliti juara itu akan diadakan minggu hadapan. Mesyuarat itu adalah mesyuarat kali terakhir sebelum tiba hari kejadian.
Masih sama seperti dulu. Masih terasa seperti pelajar sekolah. Nur dan Nazry sememangnya biasa ke hadapan dan tidak pernah berasa janggal untuk melontarkan pandangan. Jika tidak, mana mungkin mereka dilantik menjadi ahli jawatan kuasa tertinggi persatuan di universiti mereka.
Mesyuarat itu berjalan dengan lancar. Semua masalah telah dicari jalan penyelesaiannya. Syukur semuanya dipermudahkan.

"So, lepasni kamu nak pergi mana? " tanya Firas Adha.
"Balik Melaka, cikgu. Dah 2 bulan saya tak balik," balas Nur
"Saya pun balik Melaka," giliran Nazry pula.
"Senang cerita, kami semua balik Melaka, cikgu. Kami naik satu kereta. Pakmat tempe ni bawa kereta," Hanan berseloroh.
Pecah tawa semua yang berada di situ. Sedap saja mulut dia beri gelaran begitu pada orang. Kalaulah Nazry tu geram, mahu kena tinggal di tepi highway nanti.
"Ada-ada saja kamu ni," Firas menggelengkan kepala. 'Masih sama,' monolog Firas dalam hati. Dia sangkakan anak muridnya itu akan berubah apabila memasuki alam univerisiti. Tapi, tiada apa perubahan pada dirinya. Beza sungguh dengan Nur dan Farizah. Makin ayu dan nampak jelas kematangan mereka.
"hehehehe.. " Hanan menggaru kepala yang tidak gatal.
"Sir pula? Sekejap lagi nak pergi mana?" tanya Haziq.
"Sir nak ambil anak kat taska. Lepastu balik rumah la. apa lagi yang boleh buat. hidup orang bujang," jawab Firas diiringi tawa kecil.
"Aik, dah ada anak, kata bujang. Maroh bini kat rumah tu, sir." Hanan mencelah. Ada saja dia ingin menyakat gurunya itu.
" Wife saya meninggal 1 tahun yang lalu. Masa lahirkan my son," jelas Firas.
Semua terkedu mendengar pengakuan itu.
"upss, Sorry sir.." Hanan berkata sambil menutup mulutnya dengan jari jemari mulusnya.
"It's okaylah, saya okay. Alhamdulillah, happy saja hidup saya sekarang. Cuma, biasalah jika teringat tu," Faris menghadiahkan senyuman ikhlas kepada murid-muridnya itu.


........................................

" Nur, kau dengar tadi Sir cakap?" tanya Hanan.
"Dengar," balas Nur pendek.
"Kau tak nak cuba rapat dengan Sir?" Hanan menduga Nur. Dia ingin kepastian sama ada Nur masih ada perasaan terhadap guru subjek Kimia itu.
"Tak nak," sekali lagi Nur menjawab dengan ringkas. Dia cuba fokus terhadap kerjanya. Hanan jika dilayan, makin menjadi jadi nanti. Dia sedang belajar untuk move on. Tidak mahu terganggu dengan perasaan cinta. Bimbang jika perasaan itu menganggu hafalan Qurannya.
"Tapi Aku rasa tak jadi masalah kalau kau nak cuba rapat dengan dia," Hanan masih lagi mahu membicarakan hal itu walaupun dia sedar Nur tidak berminat. "Nur, aku rasa benda ni semua jadi ada hikmahnya. Manalah tahu Allah nak beri kau peluang untuk bahagiakan dia." tambah Hanan lagi.
"Hanan, cinta tak semestinya memiliki. lagipun, aku tak ada perasaan dengan dia pun. Hanan, tolong jangan cakap pasal ni, okay? Aku dah la kurang mengulang hafalan. lepastu nak buat zina hati. lagi teruk la hafalan aku," tegas Nur berkata.
"Okay, okay , okay," Hanan mengangkat tangannya tanda mengalah. 'Itulah kau, orang kata,sarang tebuan jangan dijolok.' Hanan bermonolog. Hanan rasa Nur sesuai dengan Sir Firas. Baginya, tiada salah jika Nur berkahwin dengan guru itu kerana Nur bukan merampas laki orang. Kalau laki orang, memang dia sendiri akan pelangkung sahabatnya itu. Namun, dia amat mengenali Nur. Sangat menjaga sensitiviti orang. Dia takkan melakukan sesuatu yang menyakiti orang lain. Buktinya, dia menjauhkan diri dari Sir Firas sejak pulang dari walimah guru itu 6 tahun lepas.


.....................................

Nur menyelak helaian buku karangan Buya Hamka. Dia merupakan peminat setia tokoh itu. Boleh dikatakan semua buku tulisan Buya Hamka telah dimilikinya. Tak pelik jika bilik tidurnya dikelilingi almari buku.
Nur menghentikan pembacaan apabila terdengar suara kanak-kanak menangis. Dia mencari arah suara tersebut. Rupanya di sebalik gelongsor kanak-kanak, kelihatan anak kecil sedang menangis akibat terjatuh ketika bermain kejar kejar dengan rakan yang berada di sebelahnya. Nur mendekati dua kanak kanak tersebut.
"Are you okay?"Nur bertanya. diusapnya kepala kanak kanak itu. " Awak kan good girl. strong girl. good girl tak boleh sedih lama-lama," Nur menarik tangan kanak-kanak tersebut perlahan. Dibawanya kedua-dua anak itu ke kerusi di bawah pokok pinang.
"Kamu berdua dari mana? " tanya Nur.
"Saya dan dia dari rumah. Rumah dia sebelah rumah saya. Kalau petang, kami datang sini untuk main. Tapi tadi kami main kejar-kejar. Lepastu dia terjatuh. Kepala dia terkena gelongsor, aunty." terang kanak-kanak berbaju ungu itu.
"Ouh, macam tu ceritanya. Okay, kalau macamtu mungkin Allah saja nak bagi kita jumpa hari ini. Sebelum itu, nama saya Nur. Nama awak?" Nur menghulur tangan kepada kanak-kanak berbaju biru tadi untuk bersalaman. kelihatannya, dia sudah tenang.
"Saya Asiah," jawab kanak kanak itu.
"Saya Razin," jawab kanak kanak berbaju ungu tadi sambil menghulur tangannya untuk bersalaman.
"Wah, sedap-sedap nama kamu, ya. Asiah dan Razin nak aiskrim?" tanya Nur.
"Nak!!!" mereka menjawab dengan girang.
"Jom!" Nur memimpin tangan kedua kanak-kanak itu.
mereka berjalan dengan penuh riang. Nur seperti berjalan dengan adik-adiknya.

Nur, Asiah dan Razin duduk di pondok gazebo di tepi taman itu. Mereka saling bertukar cerita dan diselang selikan dengan gelak tawa.
" Razin, Asiah? " sapa seseorang dari belakang.
Nur berpaling untuk melihat gerangan lelaki yang menegur mereka.
"Abah!" Razin menerpa ke arah lelaki tersebut.
Terkedu Nur melihat Firas di hadapan matanya.
"Nur?" Firas menyapa dengan penuh hairan.
Nur hanya mengangguk.
Firas perasan semenjak dia berkahwin, Nur tidak lagi mesra dengannya. Nur lebih suka berdiam diri dan bercakap apabila perlu. Dia faham situasi Nur sebagai seorang penghafaz Alquran dan pelajar jurusan perubatan.
"Abah, tadi aunty ni tolong Asiah sebab Asiah jatuh. Aunty belanja Razin dan Asiah aiskrim," cerita Razin kepada bapanya. Sungguh lucu teletah anak itu.
"Terima kasih Nur," kata Firas.
"Sama-sama," pendek Nur menjawab.
"Razin, Asiah, pergilah main di situ," Firas menunjuk ke arah gelongsor kanak- kanak di hadapan mereka.
Razin dan Asiah berjalan beriringan ke gelongsor itu.
" Nur, awak nampak lain sangat. Sangat berbeza dengan Nur yang saya kenal 6 tahun yang lepas," kata Firas.
"Saya masih samalah, sir. mungkin sir dah lama tak jumpa saya. Tu yang mungkin nampak lain," Nur menafikan perubahannya. Bimbang hal sebenar dapat dihidu oleh gurunya.
"ya, mungkin juga," Firas menyedapkan hati.

Nur sudah berasa tidak senang duduk di situ. Orang yang lalu lalang di situ asyik memandang ke arah mereka.
"Boleh makcik tumpang duduk?" tanya seorang makcik. Umurnya mungkin dalam lingkunga 60-an.
"Boleh, makcik. Sila-sila," Nur menyambut kedatangan makcik itu dengan ramah sekali.
"Terima kasih," kata makcik tersebut.
Nur dan Firas mengangguk sambil menghadiahkan senyuman manis kepada makcik itu.
"Nama makcik, Salmah. Anak berdua ni nama apa?" Makcik Salmah memperkenalkan diri.
"Saya Nur," jawab Nur .
"Saya Firas," jawab Firas.
"oh,, bawa anak anak main di taman ya?" makcik Salmah nampak berminat untuk berkenalan dengan mereka.
Bulat mata Nur mendengar pertanyaan makcik Salmah.
"Eh , tidak. Ini anak murid saya , makcik" jawab Firas.
Nur hanya tersenyum .
"Lah, makcik ingatkan kamu berdua suami isteri," pecah tawa makcik Salmah.
Nur dan Firas tersengih sesama sendiri. Nur mula rasa tidak selesa dengan perbualan itu.
"Makcik, Sir, saya minta diri dulu ya," Nur mahu segera pulang. Bimbang andai Makcik Salmah akan mengusik mereka berdua lagi.Makcik Salmah nampak sangat peramah dan boleh 'masuk' dalam kumpulan orang muda.
"Hati-hati," pesan Firas.
Nur bersalam dengan Makcik Salmah sebelum pulang. Lega rasanya menjauhkan diri dari Firas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience