-Gangguan Pertama-

Horror & Thriller Series 709

Malam itu Tan Sri Aryan dan Rizman Adam pulang setelah urusan mereka selesai. Alisa Aryana bergegas membuka pintu setelah mendengar enjin kereta papa dan abangnya itu lantas menarik mereka ke ruang tamu manakala Puan Sri Fiffy dan Mak Zuri memerhatikan tingkah gadis itu.

"Papa, Along... Alisa nak tunjuk something." ujar Alisa Aryana. Rizman Adam memandang ke arah adiknya dengan pandangan aneh yang sukar ditafsirkan. Ini kerana Alisa Aryana tidak pernah mahu menunjukkan sesuatu yang bagi gadis itu tidak penting.

Mata Tan Sri Aryan tertancap pada sekuntum bunga ros hitam di tangan anak gadisnya. "Aikk... mana Alisa dapat bunga ros tu? Warna hitam pulak?" soalnya. Alisa Aryana berbelah bahagi sama ada berterus terang atau tidak mengenai bunga itu.

"Pagi tadi masa Alisa terlambat sampai office sebab Alisa lupa hari ni ada meeting dengan Encik Irham tu Alisa nampak bunga ni dekat meja Alisa. Tapi Alisa tak tahu siapa yang letak. Papa, Alisa rasa tak sedap hatilah. Entah-entah bunga ni berpenunggu? Alisa takutlah Along." jawab Alisa Aryana panjang lebar. Rizman Adam terpaku mendengar kata-kata adiknya. 'Mustahil ada orang yang nak kenakan Alisa? Siapa yang letak bunga tu?'

"Apa kata esok Alisa tanya PA Alisa pasal bunga tu? Mana tahu memang ada orang yang letak?" cadang Tan Sri Aryan pula. Sedari tadi dia mendengar cerita anaknya itu. Selama ini tidak pernah ada orang yang memberi gadis itu bunga. "Tapi Alisa dah PA Alisa, dia pun tak tahu siapa yang letak." wajah Alisa Aryana kelihatan serabut.

Tiba-tiba Alisa Aryana terdengar bunyi benda jatuh dari dalam biliknya diikuti dengan suara orang bersembang. Wajahnya berubah mendengar bunyi-bunyi itu yang datang secara mengejut.

Puan Sri Fiffy juga turut mendengar bunyi-bunyi itu kecuali Tan Sri Aryan, Rizman Adam dan Mak Zuri. Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi tapak kaki berlari berulang-ulang sebanyak tiga kali. Asap hitam yang dikeluarkan dari bunga ros itu menghampiri Alisa Aryana dan Puan Sri Fiffy lalu memasuki ke dalam tubuh mereka.

Serentak itu mata Alisa Aryana dan Puan Sri Fiffy berubah menjadi hitam pekat dan bibir mereka mengukir senyuman mengerikan tanpa disedari.

Rizman Adam merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan mama dan adiknya itu. Dia memerhatikan bunga ros hitam yang masih berada di atas meja kopi itu dan cuba untuk memegang namun bunga itu tiba-tiba hilang dan berada di tangan Alisa Aryana, malah Puan Sri Fiffy juga tiba-tiba memegang bunga yang muncul entah dari mana itu bersama senyuman menyeringai pada wajah mereka. Mampukah Rizman Adam dan Tan Sri Aryan merungkai misteri bunga itu yang mulai menghantui keluarga mereka?

finally new chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience