Alisa Aryana mengambil bunga ros hitam itu kerana hendak ditunjukkan kepada alongnya Rizman Adam kerana abangnya meminati perkara-perkara pelik dan mistik seperti ini. 'Tanya along je lah, maybe dia tahu pasal ros hitam pelik ni.' Hatinya tekad hendak mengetahui apa makna bunga itu.
Sebaik tiba di rumah banglo tiga tingkat keluarganya Alisa Aryana menjerit, "Mama... papa, Along!" Satu rumah bergema akibat jeritannya. Pembantu rumahnya, Mak Zuri menggeleng perlahan melihat telatah anak majikannya itu.
"Alisa... kenapa jerit macam tu? Sakit telinga mama tau. Perempuan tak elok tau terjerit-jerit macam langsuir, nanti tak ada lelaki yang nak kat kamu tu." Alisa Aryana tersengih mendengar nasihat mamanya, Puan Sri Fiffy. Kalau dah namanya Alisa Aryana memang dia tak akan ambil endah.
"Hehehe.... sorry mama. Alisa tak sengaja. Along Riz dengan papa mana? Takkan Along keluar dengan Nasya girlfriend dia yang tak berapa nak perempuan tu? Macam tomboy dah gayanya." Alisa bertanya namun masih lagi sempat mengutuk Rizman Adam yang bercinta dengan Nasya.
Puan Sri Fiffy mengeluh mendengar ketidakpuasan hati Alisa Aryana tentang teman wanita abangnya. Dia faham sangat dengan Alisa Aryana yang perspektif terhadap Nasya seolah-olah gadis ala-ala tomboy itu mahu mempermainkan Rizman Adam.
Alisa Aryana mengambil sesuatu di dalam handbagnya dan dihulurkan kepada mamanya kebetulan Mak Zuri pun ada sekali mendengar perbualan mereka.
"Apa ni Alisa? Bunga ros hitam? Sejak bila anak mama ni suka bunga?" usik Puan Sri Fiffy. Dia membelek bunga itu namun hatinya secara tiba-tiba berasa tidak sedap. Bunga ros hitam itu amat aneh baginya. Hatinya kuat mengatakan ada yang tidak kena tentang bunga itu.
"Haah, mama. Tadi dekat office Alisa nampak bunga ros hitam ni dekat meja Alisa. Tak tahulah siapa yang letak. Lagipun Alisa tak pernah nampak bunga ros warna hitam macam ni. That's why Alisa nak tunjukkan kat Along. Mama tahukan dia minat dengan benda pelik and mistik." terang Alisa Aryana.
Puan Sri Fiffy tersedar dari lamunanna setelah ditepuk bahunya oleh anak perempuannya itu. "Nantilah mama tunjuk kat papa kamu. Mungkin papa tahu," jelas Puan Sri Fiffy. Secara tiba-tiba mata Alisa Aryana dan Puan Sri Fiffy bertukar menjadi kehitaman bersama dengan asap nipis yang menyelubungi mereka selama beberapa minit.
Satu sengihan terukir di bibir Alisa Aryana dan juga mamanya tanpa disedari sebelum mata mereka bertukar menjadi normal semula. Apakah misteri yang ada pada bunga ros hitam itu? Tanpa Alisa Aryana tahu, kehidupannya dan keluarganya akan mula berubah selepas ini dan akan ada pelbagai gangguan yang bakal mereka hadapi berpunca dari bunga ros hitam itu.
Share this novel