-Ros Hitam 2-

Horror & Thriller Series 709

Setelah puas berfikir akhirnya Alisa Aryana memutuskan untuk pergi menemui clientnya Encik Irham yang mungkin sudah lama menunggu. Alisa Aryana berasa resah sebaik sahaja masuk ke bilik mesyuarat dan melihat Encik Irham dan beberapa orang lagi sedang berbincang.

"Assalamualaikum Encik Irham. Ma..maaf saya terlewat hari ini." ujar Alisa Aryana perlahan. Sungguh dia tidak berani hendak menatap wajah Encik Irham, seolah-olah ada satu perasaan aneh yang bertandang di hatinya. Hish... perasaan apa ni?

"Waalaikumusalam Cik Alisa Aryana. Tidak mengapa, bukan kami tidak biasa dengan pengarah yang lewat seperti ini," sindir Encik Irham dan menekan perkataan 'pengarah' itu kepada Alisa Aryana seolah-olah memerlinya. Wajah Alisa Aryana mula memerah menahan malu dan marah dengan kata-kata Encik Irham.

'Cis mamat ni. Dia ingat aku sengaja ke nak datang lambat waima ini syarikat papa aku sendiri. Huh!' Alisa Aryana menghamburkan amarahnya di dalam hati. Sudahlah kepalanya berserabut memikirkan perihal bunga ros hitam yang muncul secara tiba-tiba di pejabatnya, ditambah pula dengan perangai sinis Encik Irham itu.

"Okay enough, kita sambung our discussion. Cik Alisa Aryana, apa pendapat cik jika syarikat cik membuat satu projek untuk menampung kekurangan hotel dengan menggunakan bahan-bahan material yang akan kami sediakan?" soal Encik Irham serius. Mata Alisa Aryana membulat. 'Hotel?! Mamat ni dah gila agaknya!' getusnya.

"Ermm... maaf Encik Irham, tapi syarikat saya ni mana boleh bina hotel sekalipun bahan-bahan materialnya ada. Lagipun syarikat ini hanya melakukan projek lain seperti perumahan, bangunan pasaraya dan membaik pulih masalah kabel sahaja." Encik Irham dan beberapa orang pembantunya terdiam mendengar penjelasan Alisa Aryana.

Alisa Aryana pula sudah termangu-mangu di situ. Salahkah apa yang dia cakap? Lagipun Tan Sri Aryan masih belum menerangkan sepenuhnya tentang pengurusan syarikat milik keluarganya itu. Tangan Alisa Aryana sudah menggaru belakang tudung shawlnya kerana berasa gelisah dengan suasana senyap itu.

Encik Irham menghembuskan nafasnya perlahan. Susahlah jika syarikat Alisa Aryana tidak melakukan projek perhotelan itu, fikirnya. Namun sempat dia mengerling ke arah Alisa Aryana yang sudah senyap membatu itu. Entah mengapa hatinya tercuit melihat telatah gadis comel yang merupakan pengarah syarikat Mega Entertainment. Encik Irham tahu bahawa Alisa Aryana merupakan anak kedua Tan Sri Aryan.

Alisa Aryana kembali semula ke pejabatnya setelah perbincangan itu selesai. Tangannya mencapai bunga ros hitam itu lalu dibeleknya. Siapalah yang letak? Tanpa disedarinya bunga ros hitam itu mengeluarkan asap hitam nipis dan menyelubungi Alisa Aryana sebelum hilang.

yeay... chapter baru dah publish

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience