HMK01-Prolog(peristiwa itu)

Family Completed 30783

Fauzan termangu di ruang tamu itu ibu bapa dan kawan kawannya sedang menikmati juadah yang di sediakan oleh tuan rumah. Sudah menjadi kebiasaan bagi pengantin lelaki untuk tinggal di rumah isterinya sehingga majlis persandingan yang akan diadakan esok.

"Cari Odah ke. dia dah naik ke bilik. Zan pergilah.. cari Bilik Yang ada tulisan Jawi. itu Bilik Odah la. "tegur Imam Suhaimi.Fauzan tersenyum saje kepada bapa mentuanya itu. Fauzan memanjat tangga ke tingkat 2. lama juga Fauzan memandang nama Raudhah dalam tulisan Jawi itu Raudhah... yang bererti taman syurga. cantik nama isterinya.
Pintu bilik di buka dari dalam.

"Odah.. Suami Odah dah sampai ni. masuk lah encik suami.. isteri awak ada di dalam"sakat salah seorang pengapit Raudhah yang mungkin merupakan kawannya."Fauzan masuk ke Bilik isterinya. Raudhah berdiri di tepi katil memegang tuala. ada lagi 3 orang pengapit Raudhah di dalam bilik itu. ketiga tiganya bergegas keluar setelah ditenung tajam oleh Fauzan

"Bye Odah.. Selamat bermalam pertama"
"encik suami tolong jaga kawan kami baik baik ya."
Fauzan dan Raudhah di sakat lagi.

"Awak duduk dulu ya. Nak rehatkan tubuh pun boleh, Saya nak ambil wuduk. nanti kita solat sama sama ya."kata Raudhah.

"Kenapa masih tak buka tudung tu?"soal Fauzan.

"Odah buka dalam bilik air."balas Raudhah lembut. Raudhah bergerak. Masuk ke bilik air yang ada di dalam biliknya. Fauzan seperti panas punggung kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
selang 30 minit. pintu bilik air di buka oleh Raudhah.....

" You.......... I dah siap, You pergi ambil wuduk dulu,I sediakan sejadah"

1 saat...,
2 saat..,
3 saat mereka diam...

Raudhah tidak merasakan adanya insan lain di dalam bilik itu bersamanya.

'mana pula perginya laki aku ni 'soal Raudhah perlahan.

"pelik pula tiba-tiba lesap."

tok tok tok.... pintu bilik Raudhah diketuk.
Raudhah membuka pintu itu. Sangkanya Fauzan yang mengetuk pintu itu tetapi wajah Hajah Sabariah muncul di muka pintu.

"Odah... mama Fauzan nak jumpa di luar. keluar kejap lah dia dah nak balik. kata Hajah Sabariah.Raudhah memakai tudung nya semula sebelum berlalu keluar.

"Mama dah nak balik.."tegur Raudhah lalu bersalam dengan Datin Arfah...

"Mama dan Papa balik dulu ya. Nanti Mama datang bawa menantu Mama ni balik untuk acara Sambut Menantu."kata Datin Arfah. Senyuman tak lekang di bibirnya

"Fauzan tak turun sekali?" Zap!tangkai hati Raudhah hampir putus

"Tadi Odah pergi Ambil wuduk, tengok-tengok dalam Bilik, abang Fauzan dah takde."kata Raudhah.

"Dato' Ismail..... cuba awak telefon anak awak ada di mana.
Dato' Ismail mengeluarkan telefon nya lalu menelefon anak tunggal mereka.
"entah lah Datin Arfah. ada suara perempuan jer yang jawab call Fauzan "kata Dato'Ismail.
"Hah!pompuan mana pulak."tanya Datin Arfah.
"Saya pun tak kenal...dia kata. the number You have dialled is not reachable."balas Dato' Ismail berserta gelakkan kecil.
"kenapa pula tak dapat dihubungi Mustahil anak kita boleh lesap begitu saja. Nak kata disorokkan bunian, siang hari dah ni budak tu pulak dah 38 tahun bukannya 8 tahun."bising suara Datin Arfah membebel disitu.
"Pah... kita ada di rumah orang ni.. balik rumah kita berbincang ok?" kata Dato' Ismail memujuk isterinya.mujur Imam Suhaimi dan Hajah Sabariah ada mengadakan majlis makan makan selepas akad nikah tadi.entah apa yang akan terjadi untuk majlis persandingan yang akan berlangsung esok jika Fauzan masih gagal di jumpai.

Semua orang dikerah untuk mencari Fauzan. pengantin lelaki lesap selepas 5 jam bernikah.

Selepas seminggu Fauzan masih belum pulang... Majlis sambut menantu bertukar menjadi Majlis solat hajat... memohon petunjuk ke mana menghilangnya Fauzan. Dan Raudhah kekal suci tanpa disentuh. ditinggalkan tergantung tak bertali.

....................

"Mama akan kirim duit nafkah bagi pihak Fauzan sebagai lesen supaya Odah kekal sebagai isteri Fauzan. Mama malu dengan masyarakat sekeliling. budak tu memang nk kena."marah Datin Arfah.. Datin Arfah datang bertemu Raudhah di rumah besannya selepas gagal menemui Fauzan. Fatin Arfah meminta maaf daripada besan dan menantunya.

"Salah Odah mama.... Odah tak biasa ada orang asing dalam bilik tu, Odah halau dia keluar."kata Raudhah dengan polos.

"Kalau alasan tu jer... kenapa dia tak balik rumah Mama, kemana dia pergi... mama menyesal kahwin kan Fauzan dengan Odah. kesal Datin Arfah

..................

7 hari yang lalu...

"Kau yakin nak tinggalkan Malaysia."soal Ikmal kepada Fauzan. Terkejut juga dia yang sedang berehat di rumah bila mendapat panggilan daripada Fauzan meminta nya mengambil sahabat yang baru bergelar suami 5 jam yang lalu itu.di rumah Raudhah.
kemudian fauzan memintanya menghantar ke airport. dan Ikmal terpaksa mengeluarkan wangnya untuk membeli tiket penerbangan kepada Fauzan. destinasi.....London. dan kini Ikmal sedang menunggu Fauzan untuk masuk ke dalam perut pesawat kapal terbang.

"Ya,mungkin aku akan berada di sana lama... Aku mungkin terpaksa bekerja untuk membeli tiket balik dan membayar duit kau untuk tiket ni. Sorry sahabat terpaksa minta tolong dengan kau. Kredit kad aku ada di rumah mama."kata Fauzan.

"Maaflah sahabat setakat ini jer yang aku mampu tolong."ujar Ikmal. kerja nya sebagai pembantu akaun tidak menerima gaji yang tinggi. cukup-cukup makan saja. mujur juga dia masih bujang dan tiada tanggungan lain .

"takpe, kau dah tolong aku banyak "kata Fauzan..

"Sanggup kau tinggalkan isteri kau yang cantik tu "sakat Ikmal. Dia sendiri terpikat pada Raudhah sejak melihat wanita Itu mengajar wanita dewasa mengaji dari rumah ke rumah. Walaupun Raudhah menutupi wajahnya dengan face mask Dan veil hitam tetap juga dia mengenali susuk bidadari dunia itu.

"mana kau tahu dia cantik. aku tengok,mata dia jer yang cantik " kata Fauzan tak mahu mengaku kalah.

"Siapa tak kenal dengan Raudhah, anak tunggal Imam Suhaimi dan Hajah Sabariah. dia tu cikgu mengajar mengaji. Cantik Raudhah tu, Aishwarya Rai pun kalah tahu tak. tapi aku hairan juga bila dia menutup muka dgn veil hitam masa akad nikah pagi tadi " ulas Ikmal.

"Aku beritahu dia aku tak nk tengok wajah dia sebelum akad nikah."jujur Fauzan. Fauzan telah menetapkan syarat kepada ibunya dan juga Raudhah sebelum bersetuju dengan cadangan perkahwinan itu.

"Janji dengan aku.. rahsia kan kemana aku pergi daripada Semua orang."pinta Fauzan.

"Baiklah sahabat.biar pecah di perut aku ni,tapi aku tak akan biarkan mulut aku pecah"itu janji ikmal.

Seperti mana di duga. rumah Ikmal menjadi pilihan pertama Datin Arfah untuk diterjah.

"ada apa Datin ke sini"soal Ikmal dengan gugup.

"Panggil Fauzan keluar."arah Datin Arfah.
"Tapi Fauzan tiada di sini Datin."balas ikmal.
Jika begitu,beritahu Auntie kemana Fauzan pergi?."soal Datin Arfah.

"Kenapa Datin tanya begitu. sudah pasti Fauzan ada di rumah isterinya."balas Ikmal.

"ekspresi muka You langsung tidak menunjukkan wajah terkejut sebalik nya muka You menunjukkan wajah takut."serkap Datin Arfah.

"Auntie saya tak faham maksud Auntie."Ikmal masih lagi menutupi rahsia Fauzan. Janji telah dimeterai, Ikmal akan menjaga rapat Rahsia sahabatnya itu.

"Kalau Auntie tahu Ikmal terlibat dengan kehilangan Fauzan, Auntie tak halalkan Semua bantuan Auntie pada Ikmal."ugut Datin Arfah.ikmal mula dihurung perasaan bersalah. dia sedar ibu Fauzan itu banyak membantunya. sejak kecil Ikmal dibesarkan oleh ibu nya sendirian tanpa bapa nya yang telah meninggal dunia. Kemudian Datin Arfah membantu menanggung kos persekolahan Ikmal sehingga ke menara gading. Ikmal juga seorang penerima tabung yayasan yang di uruskan oleh Datin Arfah.
Ikmal mengenali Fauzan di sekolah berasrama. Fauzan membantu Ikmal daripada di buli. semenjak itu Ikmal sentiasa ke rumah Fauzan ketika cuti sekolah.

"Auntie yakin Fauzan akan menghubungi kamu,ikmal..kerana keakraban kamu berdua.

"Apalah yang mampu saya lakukan untuk menolong Fauzan Auntie."kata Ikmal.

Selepas Fauzan keluar negara, Fauzan langsung tidak menghubunginya. dia sendiri tidak tahu apa yang di buat oleh Fauzan mahupun apa yang berlaku kepada Fauzan selepas itu.

Happy new year.... Terimalah buah tangan terbaru che da. Kenapalah Fauzan melarikan diri ya. Nama heroin Odah jer kali ni.... Guna nama mat salleh nanti ada yang igt che da plagiat cerita pula. So apa komen anda. Sudi sudi kan tgn anda mencoretkan sesuatu di ruangan komen sebagai tanda sokongan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience