HMK02-Throwbacks 1-memori cinta luka.

Family Completed 30783

Sofea...Sofea please jangan tinggalkan I Sofea.."Rayu Fauzan. Sofea hanya menjulingkan matanya lalu berpusing dan berlalu pergi. Sofea cuma menjadikan Fauzan batu loncatan untuk mendekati Megat Fariz... seorang Jutawan online yang semakin popular. Sofea selalu nampak gambar Fauzan bersama Megat di media Sosial dan menjadikan Fauzan boyfriend nya untuk mengenali Megat. kini Sofea sudah memiliki nombor telefon peribadi Megat, Fauzan sudah tidak berguna lagi untuk nya.
bagi Fauzan pula, Sofea ialah wanita pertama yang berani bertindak dulu untuk berkenalan dengan nya.
"saya minta maaf awak. saya cuma mahu mendapatkan Megat, jadi saya nak kita putus. "luah Sofea tanpa simpati.

"Tapi saya sangat cintakan awak. Megat tu dah bersusun makwe dia.. takdenya dia nk couple dengan awak Pia..."kata Fauzan.
"Saya tahu bagaimana nak mendapatkan Fariz,awak jangan campur urusan saya Fauzan."kata Sofea lagi.

"jika awak kembali pada saya sekarang saya akan maafkan awak . jika tidak jangan balik merayu pada saya lagi."ugut Fauzan. Fauzan terlalu cintakan Sofea.. Sofea wanita pertama yang meragut kepriaan Fauzan jadi susah untuk Fauzan melupakan Sofea.

Masih Fauzan ingat saat perkenalan nya dengan Sofea sebulan yang lalu.Waktu itu Fauzan sedang mencari jalan untuk melupakan Norita, kekasihnya.

"You memang kaya, Tapi you kedekut. "kata Norita.
"Sampai sini saja hubungan kita. Bye."itu Kata kata terakhir Norita. Fauzan mengambil telefon pintar nya dan mendapati ada satu Direct Message (DM) daripada seorang pengguna IG bernama Kekasihmu.
-I suka you, Jom couple. nak num phone boleh -

Mesej Yang sangat straight forward daripada Sofea. Sofea terus menghubungi Fauzan sebaik mendapat nombor telefon Fauzan.

*Assalamualaikum awak."
"Waalaikumussalam. nama awak apa?"Tanya Fauzan.
"nama girlfriend pun tak kenal. nak merajuk lah."kata Sofea dengan manja. Fauzan tergemap sendiri... 'suka hati Mengaku kekasih,dia yang telefon kita tak nak bagi nama pulak "bisik hati Fauzan. kemudian Fauzan mengambil keputusan drastik, dia membalas kepada si pemanggil.

"share lokasi you, I ambil.. I dah rindu nak dating dgn my girlfriend.
Dalam 30 minit kedua-duanya sudah tiba di sebuah hotel. Fauzan ke sana atas permintaan Sofea sendiri.
Sofea terlalu open minded dan extrovert. pada pertemuan pertama itu, Sofea sudah menggoda Fauzan. Fauzan yang memang sudah tidak begitu teguh imannya dengan mudahnya menurut Semua kemahuan Sofea lalu menghanyutkan mereka ke lautan dosa. Fauzan menyedari bahawa dia bukan lelaki pertama mendapatkan dara Sofea tetapi Sofea wanita pertama yang berjaya menakluk batang hikmat Fauzan.

"You tak takut pregnant ke?"Soal Fauzan.
"I makan ubat perancang, jangan takutlah."Kata Sofea dengan selambanya.
"Kalau You mengandung pun I Akan bertanggungjawab."balas Fauzan.
"Tak perlu.... I tak Akan mengandung."yakinnya Sofea.
.Hampir setiap minggu mereka mengulangi perbuatan terkutuk itu. dan selepas sebulan Sofea mahu memutuskan perhubungan mereka demi untuk bersama dengan Megat.

'Apalah nasib aku asyik dapat perempuan Yang salah saja.

kekasihnya di Universiti dulu, Asmira mendekatinya demi duit. Norita pula tak reti nak bersyukur dan Sofea menggunakan nya untuk mendekati lelaki lain. Fauzan nekad untuk tidak jatuh cinta lagi. Dia akan meminta ibunya memilih calon isteri untuk nya. pilihan ibu pastinya yang terbaik.
"Seindah pada waktu itu
Dalam sendu membelaiku
Asmara melewati
Kala sendu

Tersurat prpisahan Ini
melayari hari
Terpadamlah api
Cinta yang menyala

Buka alasan itu
Yang ku mahu darimu
Impian yang ku bina
Pudar layu
Tiada bermakna

Setelah lama ku korbankan
Tiada bererti
Dan biarkan terasing disini

Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara" itu tadi lagu dendangan penyanyi popular Nasir Wahab berjudul Memori cinta luka." suara juru hebah radio mengisi ruang bilik Fauzan.
"Ish... lagu ni mengejek Aku pula." geram Fauzan. Dia memandang ke luar jendela yang semakin gelap. Fauzan bangun menutup tingkap biliknya dan berlalu keluar ke dapur.

ibu Fauzan, Datin Arfah masih berkungfu di dapur.
"apa menu kita malam ni mom? kueh tiawkungfu kah?" soal Fauzan. Datin Arfah tersentak.
'bila masa budak ni turun.'kata hati Datin Arfah.
"mama buat mee Hailam, teringin tekak ni nak makan."jawab Datin Arfah
"Alhamdulillah... aku nak dapat adik rupanya."doa Fauzan.
Datin Arfah meluku kepala anaknya
"Adik apanya... Apalah Zan buat lama-lama dalam bilik. tak keluar ya hari ni.Bila mama boleh dapat cucu kalau begini."Datin Arfah sudah memulakan ceramah. Fauzan merendahkan badannya dan berjalan itik ke tangga untuk melarikan diri.
'kebih baik lari daripada menyakiti hati ibu 'pesan Fauzan kepada para pembaca yang budiman.
Bila tiba waktu makan malam... Fauzan muncul di meja makan. Baru sahaja Datin Arfah nak membuka mulut Fauzan berkata.
"Mama... kita makan dulu ok. mee ni kalau dah sejuk dan kembang. tak sedap dah, lepas makan Zan ada pengumuman untuk di buat."kata Fauzan.

"Betul kata Fauzan tu kalau awak nk membebel pun bukan di depan rezeki tlya Datin."sampuk Dato' Ismail.
"Abang pun bercakap, bukan saya seorang saja."balas Datin Arfah. Dia geram dengan suami dan anaknya itu. Datin Arfah mahu seorang Menantu yang sekepala dengan nya.

Selepas menikmati makan malam bersama kedua ibu dan bapanya Fauzan berkata.

"Mama dan papa nak tengok Zan kahwin tak?"soal Fauzan. Datin Arfah melafaz syukur di dalam hati.
"Zan dah ada calon ke?" soal Datin Arfah?" wajahnya penuh dengan keterujaan
"belum. Tapi Zan nak mama dan papa cari kan seorang calon isteri untuk Zan."kata Fauzan... tapi ada syaratnya..."sambung Fauzan dengan cepat.

"Ish budak ini... nak minta tolong pun ada bersyarat pula."Darin Arfah sudah mahu membebel.

"It's ok mama, kita boleh batalkan rancangan Zan untuk kahwin "ugut Fauzan.
"Baiklah apa syaratnya."soal Fatin Arfah. Dia perlu sentiasa mengalah bila melibatkan anaknya itu maklumlah anak tunggal.

"Mama tak perlu tunjuk gambar dia atau bawa dia datang jumpa dengan Zan. Zan nak tengok isteri Zan bukan bakal isteri."Fauzan melihat ke arah raut wajah kedua-dua ibu bapa nya itu..."Maknanya, Zan tak kisah apa rupa dia, hodoh ke cantik ke.. gemuk ke kurus ke..."soal Fatin Arfah untuk pengesahan.
"Zan tak rasa mama akan pilih yang hodoh untuk Zan... betul tak mama!"Fauzan mengembalikan soalan itu.Dia tahu citarasa Datin Arfah.

"Bagaimana kalau Pilihan mama tu nak jumpa Zan.?"
"Mama bagi jer number telefon dia dan Zan akan beritahu pada dia sendiri "balas Fauzan.

"Baiklah.. kalau Zan dah beri persetujuan... Mama dah ada calon untuk Zan."kata Datin Arfah dengan senyuman.

"Amboi Datin Arfah.. dah siapkan calon ya.."usik Dato' Ismail.

"Saya dah bertanya pada ibu bapa nya.... mereka setuju.. Alhamdulillah, syukurlah Zan minta Mama carikan calon untuk Zan.
"Majlis tu Zan nak buat secepat mungkin, boleh tak mama."soal Fauzan
"Boleh... bisa di atur."jawab Datin Arfah.

Che da bagi kisah Throwback dulu ya beberapa chapter untuk Throwback dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience