HMK04-Throwback 3-tenda biru..

Family Completed 30783

Datin Arfah semakin sibuk menguruskan urusan perkahwinan Fauzan dan Raudhah. Awal-awal lagi Fauzan menolak untuk menyibuk.
"Mama buat jer apa yang mama suka."ringkas saja jawapan daripada Fauzan bila Fatin Arfah bertanyakan apa yang Fauzan mahu untuk majlis nya.

Datin Arfah pergi ke rumah Raudhah pula.
q "Saya dan suami bercadang nak buat majlis mereka di hotel. ada pelayan dan tak perlu mengemas rumah bila dah selesai majlis."ujar Datin Arfah.

"Maafkan saya menyampuk. Saya bukannya nak mempertikaikan kemampuan keluarga Datin untuk majlis perkahwinan anak -anak kita, tetapi Raudhah nipengantin perempuan dan saya mahu pernikahannya di Buat di rumah ini juga. kerana saya mahukan perkahwinan anak anak saya mengikut sunnah, mudah dan jimat. Oleh itu untuk mahar atau Mas kahwin kami nk minta cuma RM 22.50 sahaja dan tiada belanja hangus. barang hantaran pula cukuplah senaskhah mushaf Al-Quran dan sepersalinan solat untuk Raudhah, kerana kami bukan nya hendak menjual anak dalam proses perkahwinan ini."jelas Imam Suhaimi.

"baiklah imam, saya faham. saya akan minta pihak katering untuk mengadakan majlis di sini. nanti"ujar Datin Arfah.
"Saya dah panggil jiran-jiran untuk buat rewang. tak banyak sgt pun. beli daging 20 kilo dan Ayam dalam 30 ekor."kata Hajah Sabariah.
"kalau ikut sunnah nabi ni datin.. majlis walimah jangan membazir, cukup dengan seekor kambing. tapi jemputan kita ramai sebab itu jumlah daging dan ayam ditetapkan sebegitu.usai majlis nikah tetamu boleh terus menjamu selera. Majlis sanding hari keesokannya tu saya harap takde lah majlis merenjis, bersalin baju... poco-poco ke joget lambak ke.. bidaah semua tu.Duit yang datin peruntukkan untuk majlis perkahwinan anak-anak kita boleh lah didermakan kepada fakir miskin dan golongan Yang tidak berkemampuan.."pesan imam Suhaimi.
Datin Arfah akur.... bakal besannya ini orang yang kuat pegangan agamanya.

..............

"Bagaimana sahabat. dah sedia nak genggam tangan imam Suhaimi?. bersedia lah nk menjawab soalan cepumas ya."sindir Kamil.
"hafal tak doa Qunut tu."Soal Ikmal...
"Dia Qunut tu apa mal?" soal Fauzan.
"Parok teruk saing Aku NIH."Kata Kamil yang berasal dari Kelantan.

.............

Masanya sudah tiba.... semakin gementar hati Fauzan. di kepala nya sedang menghafal jawapan untuk semua soalan daripada imam Suhaimi.

"Dah boleh tanya soalan tu imam..... buat pop kuiz dulu,kita uji sikit bakal imam Raudhah ni....... "kata salah seorang tetamu.
"Ehem!.... imam Suhaimi berdehem. Fauzan tahu sudah tiba masa untuk soalan kuiz ditanyakan.

"Tak perlu dah nak buat ujian. anak-anak kita dari usia tujuh tahun dah belajar sehingga umur 20 tahun. kenapa nak menyusahkan pengantin lelaki. kita permudahkan sahaja."kata Imam Suhaimi kepada para tetamu.
"Fauzan dah sedia..."soal imam Suhaimi dengan lembut dan mesra secara berbisik. Fauzan mengangguk kepala nya.."selepas ijab kabul disahkan.. tanggungjawab menjaga Raudhah Walid serahkan kepada Fauzan.... Dia mungkin bukan seorang isteri yang baik tetapi dia seorang anak yang solehah dan taat kepada agama dan ibu bapa nya. Andai ada kekurangan pada anak Walid, kembali kan dengan baik..."bisik imam Suhaimi kepada Fauzan..
"Ya Walid...Fauzan faham maksud Walid. InshaAllah Walid,Zan akan jaga dia sebaik mungkin."balas Fauzan berbisik..

Raudhah akhirnya bergelar isteri Fauzan dengan dua kali lafaz. Semua tetamu menuju ke bawah kanopi untuk jamuan makan. Raudhah pula bersama Mimi,Munirah dan 2 lagi kawannya bergerak masuk ke bilik. Busana pengantin patuh syariah itu terasa sangat berat dan dia mulai rasa pening. busana Yang di hasilkan khas oleh Puan Sri Zalia itu sangat cantik.. bahagian dalam menggunakan kain Jacquard tanpa corak berwarna biru tua dan luarannya pula menggunakan kain Jacquard berwarna kuning diraja. dengan sedikit corak berbunga. Raudhah mengenakan niqab berwarna hitam bagi memenuhi syarat yang dibuat oleh Fauzan itu dan patuh syariah.

Fauzan ditinggalkan sendirian. dia tertoleh toleh ke kanan dan kiri.

"imam..cuba tengok menantu imam tu, kesian dia keseorangan "bisik seorang tetamu kepada Imam Suhaimi. imam Suhaimi menoleh kearah yang ditunjukkan. memang benar kelihatan seperti Fauzan sedang kesesatan.

"
"Cari Odah ke. dia dah naik ke bilik, pening kepala tadi Zan pergilah.. cari Bilik Yang ada tulisan Jawi. itu Bilik Odah la. "kata Imam Suhaimi.Fauzan tersenyum je kepada bapa mentuanya itu. Fauzan memanjat tangga ke tingkat 2. lama juga Fauzan memandang nama Raudhah dalam tulisan Jawi itu Raudhah... yang bererti taman syurga. cantik nama isterinya itu.
Satu lagi sebab mengapa Fauzan tidak masuk ialah kerana bunyi sekumpulan wanita sedang ketawa dari dalam sana.
Pintu bilik di buka dari dalam. Mimi menapak keluar....
"Odah.. Suami Odah dah sampai ni. masuk lah encik suami.. isteri awak ada di dalam"sakat Mimi yang merupakan salah seorang pengapit Raudhah, juga kawan baik Raudhah.

Fauzan masuk ke Bilik isterinya. Raudhah berdiri di tepi katil sedang memegang tuala. ada lagi 3 orang pengapit Raudhah di dalam bilik itu. ketiga tiganya bergegas keluar setelah ditenung tajam oleh Fauzan.

"Bye Odah.. Selamat bermalam pertama"
"encik suami tolong jaga kawan kami baik baik ya."
Fauzan dan Raudhah di sakat lagi.

"Awak duduk dulu ya. Nak rehatkan tubuh pun boleh, Saya nak ambil wuduk. nanti kita solat sama sama ya."kata Raudhah.

"Kenapa masih tak buka tudung tu?"soal Fauzan.

"Odah buka dalam bilik air."balas Raudhah lembut. Fauzan seperti panas punggung kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
'solat berjemaah.... Adoi apa aku nak buat ni' bisikan hati Fauzan bergema.
Minda pantas mencari akal, telefon pintarnya di ambil dan nombor Ikmal di dial.
"hah, pengantin baru.. nak apa ni.'suara ikmal seperti mamai kedengaran.
"Mak.... tolong aku, beli tiket flight atas nama aku ke London untuk petang ni kemudian ambil aku di rumah Raudhah please."ujar Fauzan. matanya dilirikkan ke arah pintu bilik air. beg pakaian nya yang di bawa masih belum di buka. dia cuma perlu menukar pakaiannya dan keluar dari rumah mentuanya secepat mungkin..'apa ke gila nk Aku jadi imam, aku mana reti.'kata hati Fauzan, dia nekad untuk lari. tetapi dompetnya tertinggal di rumah, dia cuma ada passport kerana memang sentiasa di simpan di dalam beg luggage nya. oleh kerana itu Fauzan perlu meminta pertolongan daripada Ikmal.
'bagaimana dengan majlis persandingan esok'bisik hati Fauzan..'persetan Semua itu....'balas hatinya. itu.
"Oitt musibat, aku kat luar pagar ni. cepat lah."kata Ikmal.
Fauzan mengambil beg nya dan keluar dari situ. imam Suhaimi masih rancak berborak dan tidak kelihatan bayang hajah sabariah.orang yang melihat nya tidak berkata apa. mungkin sebab rumah kenduri, kelibat orang asing pasti ada di mana mana. Fauzan sendiri sudah menukar baju pengantin dengan t-shirt polo berwarna hitam dan jeans biru.
sebaik masuk ke dalam kereta Ikmal.
"let's go to Airport."Kata Fauzan.
"Flight petang takde Zan" kata Ikmal.
"Kau check dengan. flight mana ? Malaysia Airlines? other carrier Ada kau checked?" soal Fauzan.
"Ikmal menggeleng kan kepala nya.
Fauzan berjaya mendapat kan satu seat ke London dengan British airways.
"thanks bagi pinjaman kad kredit kau. nanti Aku bayar balik Bro." kata Fauzan.
"Kau yakin nak tinggalkan Malaysia."soal Ikmal kepada Fauzan. Terkejut juga dia yang sedang berehat di rumah bila mendapat panggilan daripada Fauzan meminta nya mengambil sahabat yang baru bergelar suami 5 jam yang lalu itu.di rumah Raudhah.
kemudian fauzan memintanya menghantar ke airport. dan Ikmal terpaksa mengeluarkan wangnya untuk membeli tiket penerbangan kepada Fauzan. destinasi.....London. dan kini Ikmal sedang menunggu Fauzan untuk masuk ke dalam perut pesawat kapal terbang.

"Ya,mungkin aku akan berada di sana lama... Aku mungkin terpaksa bekerja untuk membeli tiket balik dan membayar duit kau untuk tiket ni. Sorry sahabat terpaksa minta tolong dengan kau. Kredit kad aku ada di rumah mama."kata Fauzan.

"Maaflah sahabat setakat ini jer yang aku mampu tolong."ujar Ikmal. kerja nya sebagai pembantu akaun tidak menerima gaji yang tinggi. cukup-cukup makan saja. mujur juga dia masih bujang dan tiada tanggungan lain .

"takpe, kau dah tolong aku banyak "kata Fauzan..

"Sanggup kau tinggalkan isteri kau yang cantik tu "sakat Ikmal. Dia sendiri terpikat pada Raudhah sejak melihat wanita Itu mengajar wanita dewasa mengaji dari rumah ke rumah. Walaupun Raudhah menutupi wajahnya dengan face mask Dan veil hitam tetap juga dia mengenali susuk bidadari dunia itu.

"mana kau tahu dia cantik. aku tengok,mata dia jer yangcantik " kata Fauzan tak mahu mengaku kalah.

"Siapa tak kenal dengan Raudhah, anak tunggal Imam Suhaimi dan Hajah Sabariah. dia tu cikgu mengajar mengaji. Cantik Raudhah tu, Aishwarya Rai pun kalah tahu tak. tapi aku hairan juga bila dia menutup muka dgn niqab cream masa akad nikah pagi tadi " ulas Ikmal.

"Aku beritahu dia aku tak nk tengok wajah dia sebelum akad nikah."jujur Fauzan. Fauzan telah menetapkan syarat kepada ibunya dan juga Raudhah sebelum bersetuju dengan cadangan perkahwinan itu.

"Janji dengan aku.. rahsia kan kemana aku pergi daripada Semua orang."pinta Fauzan.

"Baiklah sahabat.biar pecah di perut aku ni,tapi aku tak akan biarkan mulut aku pecah"itu janji ikmal.

alahai Fauzan. tak reti nk jadi imam pun nak lari ke London...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience