~KITA... SAHABAT!!~

Short Story Completed 2034

Bab 6

_"Riiinduuuu...serindu rindunyaaaa..."_

Irah menyanyi ikut rentak lagu jiwang yang dipasang drpd radio..
Irah menyanyi bukan kerana saja2..tapi hatinya diulik rindu yang mendalam.

Sudah dua hari hidupnya tanpa mendengar suara Akmal. Irah rasa begitu kehilangan. Rasa loss. Mungkin kerana dia sudah biasa diusik, dimanja, dicare sepanjang masa tak kira pagi, ptng atau malam.

"Rindunya! Rindukan suaranya.", jerit batin Irah.

Semenjak itu, Irah asyik gelisah macam cacing kepanasan. Tidak tentu arah dibuatnya. Hidupnya terasa sunyi dan sepi tanpa kekasih hati. Itu tak kena. Ini tak kena. Hampir semualah tak kena.

Namun, dalam masa yang sama, Reeza selalu contact Irah. Hanya Reeza yg setia menghubunginya. Selalu ambik berat tentangnya.

Cuma.... Reeza bukannya Akmal. Suara Reeza tdk dpt menghiburkan hatinya. Walaupun Irah kenal Reeza bertahun2 lamanya, Reeza, sepupunya yg menaruh perasaan pdanya sehingga sekarang. Tapi malangnya, hati Irah tak dapat menerima lamaran cinta Reeza. Entah kenapa, Irah begitu mudah menyerahkan cintanya kepada Akmal walaupun hanya berkenalan 3 hari. Irah tak nafikan yang Reeza itu ada rupa dan ramai yang meminatinya.. tapi sayang, cintanya hanya untuk Ains Syahirah bukannya perempuan lain. Tetapi bagi Irah, Reeza tdk sama dgn Akmal. Akmal adalah insan yang bertuah dlm hidupnya.

Untuk menenangkan perasaan rindunya itu, akhirnya, Irah mengambil keputusan untk bersiar2 di Waterfront utk mncari ketenangan.

Di sana, perasaannya sedikit terhibur dgn pemandangan sekeliling. Gelagat orang sekeliling banyak mngeletek hatinya. Namun, segalanya hanya seketika. Irah cemburu melihat pasangan kekasih yang bermadu asmara. Seolah2 dirinya tercabar dan diperli. Irah sedikit terkilan kerana Akmal tiada di sisinya waktu itu. Ketika irah sampai d rumah, moodnya masih blum pulih. Puas dia menelefon Akmal malah beratus2 chat dia hantar tiada langsung tanda2 dibalas. Selagi Akmal tdk mnghubunginya, selagi itulah dia masih gelisah.

*******

Kini, dah masuk hari yg kelima, barulah Akmal mnghubungi irah. Waktu itu, Irah baru sahaja menyuap nasi ke dalam mulutnya, tiba2 telefon bimbitnya berdering. Hampir tercekik dibuatnya dek terkejut. Tanpa sempat menghabiskan suapan, pantas dia berlari mendapatkan telefon bimbitnya itu. Dia yakin dan pasti panggilan itu daripada Akmal. Wawa yang berada di hadapannya terpinga-pinga memandang Irah sambil menggelengkan kepala.

"Iraahhhh... irahh.."

*****

"Hai sayang..." gemersik suara Akmal di hujung talian.

"Kenapa lama tak call I?" Keluh Irah.
Hakikatnya mendengar suara Akmal saja dah terubat rindunya. Apatah lagi dipanggil sayang.. lagi berbunga2 hati Irah dibuatnya.

"Macam mana nak call, I nak tdur pn xsempat. Sibuk sngt!" Akmal mengeluh dengan nada simpati.

"We all terpaksa siapkan design yg nak kena submit... Sorrylah sayang.. I betul-betul tak sempat nak call sayang." Akmal menarik nafasnya.

"Irah rindu akmal tak nie?", duga Akmal.

"Mana tak rindu. Rindu sngt2 laahh..."bisik Irah malu2.

Akmal ketawa perlahan di hujung talian. Kedengaran bahagia bila Irah ucap begitu.

"Bestnya.. syg ckp mcm tue. I pun rindukan U.. Mujurlah sbb busy, sampai tak sempat call syg. Klu x mmng Akmal akn cll syg selalu.." kata Akmal mula bermain kata.

Irah terasa bahagia sangat2. Sehingga berguling2 atas katil bujangnya. Kadang2 berbaring.. kadang2 meniarap. Semata2 melayan karenah kekasih hati. Sehingga lupa makanannya yang belum dihabiskan.

Kelakuan Irah diperhatikan Wawa dari jauh. Wawa hnya melihat sahabat itu. Dia merasakan bagai tidak penting lagi dalm hdup Irah. Iraah lebih utamakan Akmal daripada dirinya sendiri.

"Cepatnya, kamu berubah hati Irah...,"
keluh Wawa sedih.

_bersambung _

Original : Cik Pink
Edited by : UkhtiSya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience