~KITA... SAHABAT!!~

Short Story Completed 2034

Bab 7

Irah sangat mencintai Akmal hingga dia lupa pada Pencipta. Irah terlena dan terhanyut dgn dunia percintaannya. Hingga lupa bersujud pada Allah yg Maha Esa...

Wawa begitu sedih melihat sahabatnya . Namun Wawa xboleh berkata apa-apa kerana dia sngt tahu sikap sahabatnya yg jauh berubah. Irah tidak seperti dulu lagi..

"Moga kau kembali seperti dulu...Irah".

******

Pada keesokkan pagi nya, Wawa keluar bersiar2 mencari ketenangan..
Wawa singgah di pantai, tempat dia ngn Irah selalu mnghlngkn stress dan penat lelah mreka seharian setelah bekerja. Pada saat itu, juga air mata Wawa x berhenti mngalir. Segala memori kenanngan bersamaa Irah mengamit sanubarinya. Wawa rindu kan sahabatnya itu.. Gelak tawanya.. senyumannya..
Kedai bunga mreka pn terbiar dan kembali sunyi sepi sejak Irah mngenali Akmal..

Terasa tiada lagi roh persahabatan mereka di dlam kedai itu..

Tiba2, Wawa menangkap bunyi yang lazim dia dengari..

... _Sesegar..hijau daunan_..
... _Begitulah..kita diibaratkan_..
.. _Tiada siapa yang bisa memisahkan kita_..
... _Antara...kita semua_..

Wawa tak mampu lagi menahan tangkungan air mata. Dibiarkan pecah mngalir laju.
Lagu itu.. lagu Wawa n Irah paling minat dan selalu nyanyikan utk mengambarkan betapa kuatnya ikatan persahabatan mereka.

Terkadang kita cuba untuk bersabar dan kuat untuk setiap ujian dan dugaan yang Allah berikan,tapi hakikatnya kita sentiasa lemah walaupun luaran nampak kuat. Hanya air mata yang mampu mnguraikan segalanya..

Wawa menangis. Air matanya terus mngalir jatuh ke pipi. Ujian yg datang mnguji persahabatan mreka sama ada persahabatan kerana Allah ataupun tidak..

*****

Bila Wawa masuk sebuah kedai yang berhampiran,dia ternampak susuk seseorg. Seseorg yg amat2 dikenalinya..
" Siapakah dia?"

Wawa menghampiri lebih dekat utk mengenal pasti siapakah empunya diri itu. Alangkah terkejutnya
Wawa apabila dia nmpk Akmal dgn seorang perempuan lain. Dan prempuan itu bknnya Irah.. Seorang perempuan yang lebih seksi dan mengoda drpd Irah dengan berpakaian hampir bertelanjang.
Dan kelihatan Akmal sangat bahagia malah tangannya sempat merangkul pinggang perempuan itu. Kedengaran gelak manja mereka dari jauh. Seolah2 pasangan yang sangat2 bahagia..

" Ya Allah.."

Wawa cepat2 berlalu pergi. Dia nekad ingin beritahu Irah secepat yang mungkin apa yg dia lihat sebentar tadi. Segalanya demi Anis Syahirah. Sahabat Dunia Akhirat. Dia taknak Irah dikecewakan.

_Bersambung_

Original : Cik Pink
Edited by : UkhtiSya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience